BAB 16

Romance Series 9672

13 jam kemudian...

"Hello Paris!" jeritku apabila keluar daripada pesawat.

Aku berjalan menuju ke balai ketibaan. Selepas selesai memeriksa pasport dan mengambil bagasi, aku segera bergerak ke restoran makanan halal. Perutku sudah memberi tanda untuk diisi makanan.

Selesai memesan dan membayar makanan, aku mengambil tempat duduk di penjuru restoran. Telefon segera aku keluarkan untuk memberitahu kepada ahli keluargaku bahawa aku sudah tiba di Paris.

Selesai memberitahu dan menjawab pertanyaan mereka, aku meletakkan telefon di atas meja dan memulakan suapan pertama.

"Boleh saya duduk sini?" suara seorang lelaki menyapa telingaku.

Dhanial? Again?

"Diam tu tandanya setuju. So, saya duduk sinilah." balasnya sambil duduk di hadapanku.

Aku hanya memandang kosong kepadanya sebelum menyambung menyuap makanan ke mulutku.

"Hilang dah rindu saya kat awak lepas nampak muka awak. 10 tahun, Marinah. 10 tahun saya cari awak. But, akhirnya kita jumpa kat kota cinta nie, Paris. Mana tahu cinta kita boleh berputik kat sini, kan?" tanya Dhanial sambil tersenyum memandang wajahku.

"It won't happen. And the most important thing, I'm not Marinah." nafiku.

"Stop lying, please. I know that you are Marinah."

" Apa bukti yang saya ialah Marinah?"

"Your eyes, my dear. Mata hazel awak yang meyakinkan saya bahawa awak adalah Marinah."

Aku terdiam. Sudahnya, aku hanya tunduk ke bawah.

"I'm really sorry... Saya tak patut buat awak macam itu... Please, give me one more chance?" kata Dhanial.

"Sorry? Kenapa perlu minta maaf? Awak ada buat salah ke?" tanyaku.

"Marinah..."

"Stop it, Dhanial. Awak dah sakitkan hati saya and senang - senang jer awak nak minta maaf?"

"I know awak still marahkan saya, but perkara tu kan dah lama berlaku. Can you forget it?"

"I can forgive you but I can't forget what have you done to me. Remember that, Dhanial." putusku sebelum keluar dari restoran tersebut.

"Marinah!!!" jerit Dhanial sambil mengejarku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience