BAB 44

Romance Series 9672

"No!" bentak Dhanial. Dia bangkit dan berjalan ke hulu ke hilir di hadapanku.

"Tak ada mana - mana perempuan dalam dunia nie yang nak bermadu. Same goes to me, Dhan. Saya tak boleh share awak dengan sesiapa pun." ujarku perlahan.

"So, abang tak akan kahwin dengan Syiraa and sayang tak perlu share abang dengan sesiapa pun. I'm totally yours."

"No, how about Syiraa? Dia mengandungkan anak awak kan? Takkan awak nak biarkan dia macam tu jer?"

"Then, how about you, wifey? Sayang tengah mengandungkan zuriat abang kan? For your information sayang, belum tentu baby dalam perut Syiraa tu baby abang tau sebab abang tak pernah sentuh dia langsung."

"Kalau betullah yang baby tu bukan baby awak, buktikan kat saya. Saya dah penat lah nak fikir semua nie."

"Okay sayang, I'll prove it to you."

Aku mengangguk perlahan. Dhanial menarik nafas kemudian melabuhkan punggungnya di sebelahku. Tanganku ditarik dan dielus perlahan. Daguku diangkat oleh jari agar mata ini bertentang dengan matanya.

"Sayang langsung tak percayakan abang? I know yang anak dalam kandungan sayang nie terhasil daripada perasaan marah dan cemburu abang. I'm sorry sayang." ucap Dhanial sambil tangan kanannya mengelus pipiku manakala tangan kirinya mengenggam erat tangan kananku.

"Bukan tak nak percaya but I don't know, husband. Saya keliru. And, kalau pasal anak kita nie, it's not your fault, sayang. Saya tak marahkan awak. Saya tahu awak ada hak ke atas saya." balasku lembut sambil mengucup dahinya.

Dhanial menarik senyum sebelum melagakan dahinya dan dahiku. Dia melingkarkan tangannya di pinggangku dan aku meletakkan tanganku di lehernya. Begitu dekat sekali kedudukan kami sehingga aku dapat merasakan hembusan nafasnya.

"Abang janji yang abang akan settlekan hal nie dengan Syiraa secepat mungkin. Tapi satu jer abang minta. Tolong percayakan abang walau apa jer yang abang buat." ucap Dhanial seraya mengucup bibirku lembut.

"I'll try, abang." ujarku lalu mengucup pipinya selepas dia melepaskan bibirku.

"Jom naik, dah malam nie."

Aku mengangguk lalu cuba bangkit tapi sakit kepala menghalangku. Dhanial yang perasan dengan keadaanku segera ingin mengangkatku tapi aku melarang.

"Eh, tak payahlah angkat saya. Saya boleh jalan, awak just papah saya jer." tolakku.

"Tak apalah sayang, biar abang dukung sayang." bidas Dhanial balik. Hish dia nie, degil lah.

"Saya tak nak susahkan awak."

"Sayang tak pernah susahkan abang. Kesanggupan sayang untuk kandungkan anak abang lebih hebat daripada apa yang abang buat untuk sayang. Dah, jangan risau. Abang dukung eh?" terang Dhanial lalu mengangkatku. Aku menarik senyum dan melingkarkan tangan di lehernya.

"I takkan kahwin dengan you, Syiraa." putus Dhanial. Ketika itu, aku dengan Dhanial berjumpa dengan Syiraa di sebuah restoran. Mulanya, aku memang tak nak ikut tapi apabila didesak Dhanial dan dia berkata yang dia mahu aku dengar semuanya, jadi aku turutkan saja.

"What?! Semalam you cakap lain, harinie you cakap lain? Nie semua mesti sebab perempuan nie kan? I dah bagitahu you kan yang I nak jumpa you jer? Yang you pergi ajak perempuan nie buat apa?" sembur Syiraa. Haih, perempuan nie. Ada makan penampar aku pulak harinie.

"Perempuan yang you cakap nie isteri I. Nama dia Marinah. Suka hati I lah nak bawak wife ke tak. I rasa better I bawak dia supaya tak adalah cerita - cerita yang tak diingini tercetus." bidas Dhanial. Dia meletakkan tangan kanannya di bahuku. Aku memandangnya dan dia menarik senyum sehingga menampakkan lesung pipit di sebelah pipi kirinya. Aku mengusap lesung pipitnya.

"Baby, apa nie? You nie, betullah orang cakap. Habis madu sepah dibuang. You dah hisap madu I then you buang I macam tu jer? You tak sayang ke dengan anak kita nie?" ujar Syiraa lagi seraya mengusap perutnya yang masih kempis.

Baby? Nak muntah aku dengar. Gatal punya perempuan. Tak tahu malu. Perempuan gila!

"Hmm, tak. Sebab I tahu dalam perut you tu bukan anak I but anak orang lain. You ingat I nie bodoh ke, tak tahu mana halal, mana haram? Come on lah Syiraa, dah berapa ramai jantan yang you dah tidur sama? Nie anak siapa? Sam? Zikri? Danish? Or Haqiem?" balas Dhanial, sinis. 'Padan muka kau, gila nak suami orang, macam tak ada jantan lain kat dunia nie.' desis hatiku.

Berubah riak wajah Syiraa. Dia merengus sebelum menyambung bicara, "Jangan jadi bodohlah, Dhanial. Dah terang lagikan nyata yang anak nie anak you." balas Syiraa, tak mahu kalah.

"Apa buktinya?" tanya Dhanial.

Syiraa terdiam. Aku ketawa kecil. Dhanial menarik senyum lagi lalu mengusap kepalaku yang berbalut tudung. Tanpa memandang wajah Syiraa, dia menyambung, "Kalau nak tipu, biarlah nampak real. Nie tak, nak menipu tapi buat diri nampak bodoh. So shame of you."

"You tak guna!" bentak Syiraa. Dia mengambil purse dan ingin berlalu. Namun, panggilan Dhanial membuatkan dia berhenti dan menoleh ke arah Dhanial.

"I just want to inform you that I'm gonna be a daddy. A real daddy sebab wife kesayangan I nie tengah pregnant anak pertama kami." beritahu Dhanial, ringkas tapi cukup membuatkan hati Syiraa bertambah sakit. Dia menghentak kakinya sebelum berlalu keluar dari restoran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience