“Awak suka rambutan?”
Soal Hafiz kepadaku yang sedang asyik memunggah buah-buah rambutan di kebunnya ke dalam sebuah bakul besar.
“Suka jugak la…Tapi jarang aku dapat makan..”
Jawabku sambil tersenyum.
“Jarang dapat makan? Pasal apa pulak?”
Soal Hafiz seakan tidak mengerti.
“Ye lah..aku mana ada kebun macam kau. Kat KL tu bukan senang mahu cari buah rambutan. Kalau ada pun tak segar macam dari kebun…”
Jawabku laju.
Aku mencapai sebiji buah rambutan lantas mengupas dan menelan isinya. Ternyata rambutan dari kebun Hafiz cukup manis dan lazat.
“Kalau macam tu, awak makanlah puas-puas rambutan ni. Nak bawak balik rumah pun tak apa..”
Kata Hafiz. Dia tampak sedikit teruja.
“Yeke ni? Nanti kembung pulak perut aku makan banyak sangat…
”Jawabku sekadar berseloroh. Hafiz ketawa kecil.
“Kristina..”
Panggilnya.
“Ye…”
Balasku.
“Saya nak tanya satu soalan boleh?”
Soalnya.
“Tanyalah..”
Jawabku sambil terus mengunyah buah rambutan.
“Rumah awak kat mana?”Soalnya ingin tahu.
“Aku tak ada rumah..”
“Tak ada rumah, maksud awak?”
Hafiz sedikit terkejut mendengar jawapanku.
“Maksud aku, aku tak ada rumah yang cantik macam rumah kau.. Kalau ada pun pondok buruk je…Tu pun aku kongsi dengan kawan..”
Jawabku selamba sambil terus meratah buah rambutan di hadapanku.
“Tak percayalah…Awak cakap awak kerja bank..”
“Kau percaya ke?”
“Mungkin..”
“Aku tipu je la..”
“Jadi, awak kerja apa?”
“Tak ada kerja…”
Jawabku selamba.
“Awak jangan tipu sayalah. Saya tak percaya…”
Kata Hafiz tidak puas hati.
“Kalau aku cakap aku gangster, kau percaya?”
“Tak..”
Jawabnya acuh tak acuh.
“Hafiz, aku tahu kau tahu siapa aku kan?”
Soalku menduga.
Mustahil lah dia tak percaya cakap aku. Dia terdiam. Aku tahu dia sengaja mahu mengujiku.
“Mungkin jugak saya tak tahu..”
Hafiz berkata lagi.
“Kau jangan nak tipu aku..aku tahu lah kau kenal aku! Kau jangan buat-buat lupa la!”
Rengusku.
Entah kenapa aku berasa panas bila dia masih mahu berteka-teki denganku.
“Saya betul-betul tak kenal awak…”
“Tipu lah! Kau dah kenal aku kan? Kenapa tak nak mengaku?!”
Marahku.
Kulit rambutan aku campak kasar. Mustahil dia lupa soal pertembunganku dengannya di depan kedai seven eleven dulu. Nampak sangat dia cuma berpura-pura.
“Saya tak kenal siapa Kristina yang sebenar tapi saya tak pernah lupa yang Kristina adalah orang yang nak belasah saya hari tu. Tapi sayangnya dia kalah…”
Kata Hafiz dengan nada mendatar. Bunyi macam perli je tu.
“Owh jadi kau ingatlah ye? Aku bukan kalah la, tapi kau tu yang pengecut!”
Aku mendengus marah. Hafiz benar-benar membangkitkan kemarahanku tiba-tiba.
“Awak..jangan la marah. Saya gurau jela..”
Hafiz tertawa kecil. Aku semakin panas. Boleh dia ketawa saat aku marah.
“Ni bukan gurauan lah! Kalau bukan sebab orang ramai kat situ hari tu, dah lama aku bunuh kau tahu tak?!”
Getusku.
Aku mula menggenggam penumbuk. Aku betul-betul naik angin sekarang. Kata-kata Hafiz sebentar tadi benar-benar mencabar jiwaku.
“Jadi, awak bunuh la saya sekarang. Biar awak puas hati..Tapi awak gembira ke kalau awak bunuh saya? Apa yang awak dapat?”
Nada Hafiz mula berubah serius.
“Kalau aku dapat bunuh kau, Abang Bob akan lagi percaya pada aku! Dia akan jadikan aku ketua!”
Tegasku.
“Awak yakin Abang Bob akan ambil awak jadi ketua? Saya rasa awak ni kuat beranganlah!”
Kata Hafiz sinis. Sedikitpun dia tidak gentar dengan ugutanku.Wajahku memerah menahan marah.
“Kau memang mahu mampus ke?!”
Dengan pantas aku menarik kolar baju t-shirtnya. Amarahku kian memuncak. Hafiz sedikit tergaman dengan tindakan spontanku. Kini, baru aku teringat tentang arahan Abang Bob supaya aku membunuhnya. Arghh, kenapa aku mesti lupa arahan itu. Ini semua gara-gara Hafiz dan Kak Tiha. Dia yang membuatkan aku lupa seketika pada tujuanku keluar ke pinggir kota semata-mata mahu mencari lelaki itu. Dan sekarang ni lelaki itu ada di depan mata. Jadi, apa aku tunggu lagi?
“Kalau awak nak bunuh, bunuh lah! Biar awak puas hati. Tapi awak jangan menyesal pulak!”
Kata Hafiz selamba.
Wajahnya begitu tenang. Aku semakin berang. Kali ini aku mencapai sebilah pisau di dalam bakul rambutan dan cuba menikam tengkuk Hafiz. Namun dengan sekelip mata Hafiz memegang pergelangan tanganku yang memegang pisau itu sekuat hati. Tanganku dipulas kuat ke belakang. Pisau itu terlepas.
Kesakitan pada urat-urat lenganku mula terasa. Bahu kiriku terasa berdenyut-denyut. Luka kesan tembakan di kawasan itu belum sembuh sepenuhnya lagi. Hafiz kemudian mencapai pisau itu dan melemparnya jauh-jauh. Aku meronta-ronta supaya dilepaskan. Arghh!! Sekali lagi aku kalah dengannya! Sial!
“Lepaskan aku la bodoh!”
Aku menjerit nyaring. Hafiz meleraikan pegangannya perlahan-lahan. Aku merentap kasar tanganku dan cuba melangkah beberapa langkah ke belakang. Aku memegang bahu dan lenganku. Terasa pedih sangat.
“Maafkan saya Kristina..saya tak ada maksud nak sakitkan awak..”
Kata Hafiz dengan nada bersalah. Aku mencebik.
“Kau memang sengaja nak sakitkan aku kan? Kau tahu tubuh aku lemah sekarang..jadi sebab tu kau nak balas dendam ye?!”
Aku mendengus geram.
Wajah tenang Hafiz semakin membuatkan darah aku mendidih.
“Saya bukan seperti yang awak fikir..awak silap..”
“Habis tu? Kau nak aku fikir kau tu baik, alim macam ustaz? Macam tu? Pergi mampuslah!”
Aku masih membentak namun sedikitpun tidak merubah ketenangan pada wajah Hafiz.
“Saya cuma nak awak berubah…”
“Berubah? Kau nak ubah aku macam mana ni? Aku Kristina la weyh…tak ada siapa pun boleh ubah aku!”
“Kristina..saya tahu awak ada kelembutan dan sifat kewanitaan awak yang tersembunyi. Janganlah awak padamkan segala sifat semulajadi awak hanya kerana dendam awak tu…Saya teringin sangat nak tengok awak berubah jadi yang sopan-santun, berbudi bahasa dan lemah-lembut…”
Terang Hafiz dengan panjang lebar. Aku terpana seketika. Cukup lembut kata-katanya di telingaku. Namun, aku cepat-cepat tersedar dari alam nyata.
“Heh, kau jangan mimpilah? Aku tetap aku..kau jangan beranganlah nak ubah perangai aku. Aku tahu la kau tu baik, alim, sopan sebab kau lahir dalam keluarga baik..Tapi aku? Kau tahu tak macam mana aku lahir? Aku lahir alam keadaan penuh dengan kehinaan dan membesar dengan penuh jijik! Aku memang tak boleh jadi macam kau! Sampai mati pun aku tetap diri aku yang sekarang..”
Balasku.
Entah mengapa tiba-tiba hatiku berasa sebak apabila menuturkan kata-kata itu. Aku dapat rasakan bagi insan sebaik Hafiz, dia akan fikir aku perempuan yang tak ada maruah diri dan kasar tidak seperti perempuan lain.
“Awak silap besar Kristina…Saya sebenarnya lebih teruk dari awak yang sekarang…”
Kata Hafiz tegas.
“Lebih teruk macam mana?”
Soalku tidak mengerti.
“Hafiz yang awak kenal sekarang jauh berbeza dengan Hafiz yang dulu..”
“Maksud kau?”
“Saya dulupun samseng macam awak jugak. Saya pernah menjadi ketua samseng yang sangat disegani suatu masa dulu…”
Kata-kata Hafiz membuatkan aku tersentak.
“Kau jangan nak main-main..Tak payah nak reka cerita lah. Ni bukan drama la bro!”
“Saya tak reka cerita lah!”
Sergah Hafiz tiba-tiba membuatkan aku terdiam tidak terkata.
“Sudah ramai orang yang mati di tangan saya…Saya dah bunuh ramai orang termasuklah abang saya sendiri. Saya kejam Kristina…malah saya lebih kejam dan tak berhati perut dari awak..Saya tak ubah macam syaitan yang bertopengkan manusia…KakTiha pulak, selalu jadi mangsa sepak terajang saya…Segala-galanya bermula setelah kami kehilangan mak dan ayah kami dalam satu kemalangan jalan raya…”
Hafiz menyambung kata-katanya.
“Habis tu, macam mana kau boleh berubah?”
Soalku.
Aku tertarik untuk mendengar ceritanya selanjutnya.
“Segala-galanya berubah lepas saya bertemu dengan seorang ustaz yang merupakan tok guru mengaji di kampung ini. Dia yang membuka mata saya kepada erti Islam yang sebenar. Dia mengajar saya akidah Islam dan mendidik saya menjadi muslim sejati..Alhamdulillah awak..Allah beri saya taufik & hidayahNya supaya saya kembali beriman kepadaNya…”
Aku termangu mendengar kata-kata Hafiz. Perkataan ‘Allah’, ‘Islam’dan ‘Iman’ begitu janggal pada pendengaranku. Apakah ertinya tu? Tapi, tiba-tiba hatiku berasa tenang sangat saat mendengar perkataan itu.
“Kristina…”
Hafiz memanggil namaku lembut.
“Ye..”
Jawabku perlahan. Pandangan kami bertautan. Ada perasaan halus sedang menular ke dalam hatiku.
“Sebab tu saya tak nak awak jadi macam saya yang dulu..Saya nak awak berubah menjadi seorang muslimah sejati…Islam itu benar Kristina. Saya yakin awak akan temui ketenangan bila awak mendalami Islam..Islam itu akan menjauhi awak dari segala perbuatan jahat…Saya yakin Allah masih sayangkan awak, Dia mahu memberi petunjuk kepada awak…”
Kata Hafiz lembut.
“Islam tu apa? Allah tu siapa?”
Akhirnya aku berani bertanya. Sungguh, aku benar-benar bingung dan tidak mengerti kata-kata Hafiz.
“Islam itu agama Allah yang akan kekal hingga ke ahirat…Allah itu Tuhan kita yang Maha Esa…Kita sebagai orang Islam wajib menyembah Allah walau dalam keadaan apa sekalipun…”
Jawab Hafiz sambil tersenyum. Aku mengangguk-angguk sedikit memahami jawapan Hafiz. Aku seperti tersedar dari mimpi. Rupa-rupanya selama ini aku tidak tahu apa agama aku, aku tidak tahu siapa Tuhanku. Yang aku tahu, aku hidup dalam keadaan bebas. Tuhanku adalah kejahatan dan bunuh-membunuh adalah aktiviti harianku. Adakah aku masih ada peluang untuk berubah seperti Hafiz? Apakah masih ada ruang untuk aku mengenal Allah? Sedikit demi sedikit, perasaan bersalah dan menyesal dengan perbuatan jahatku selama ini menular ke dalam hati.
Share this novel