BAB 17

Romance Completed 21305

Hari ini aku keluar berjalan-jalan di sekitar kampung bersama Hafiz. Dia yang iya-iya mengajak aku keluar. Katanya selama aku di kampungnya, aku asyik berkurung sahaja di dalam rumah. Lagipun luka di bahu kiriku sudah semakin pulih. Kesakitan semakin lama semakin kurang. Tubuhku sedikit demi sedikit beransur kuat kembali namun pergerakan bahuku masih lagi terbatas.

Pejam celik, rupa-rupanya sudah hampir sebulan aku terdampar di kampung yang aku tidak tahu namanya. Namun suasananya agak berlainan dengan bandar Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan bingit dengan keriuhan kota. Di sini suasananya agak menenangkan jiwa dengan pohon-pohon yang menghijau dan udara yang cukup segar. Penduduknya pun tidak lah berapa ramai. Mereka semua sangat ramah denganku walaupun mereka baru sahaja mengenaliku hari ini. Ternyata kehadiranku sedikitpun tidak menganggu perhatian mereka.

“Kristina..”

Sapa Hafiz tiba-tiba.

“Ye..”

Sahutku.

“Kenapa dari tadi saya tengok awak diam je..ada masalah ke?”

Soalnya.

“Tak ada apa-apalah..aku suka dengan kampung ni..”

Jawabku ringkas.

“Yeke..kalau macam tu awak tinggallah lama sikit kat sini..”

“Erm..tengoklah dulu macam mana..Rasanya dah lama aku kat sini. Aku takut menyusahkan kau dan Kak Tiha kalau aku terus tinggal kat sini..”

Jawabku jujur. Malas mahu berselindung.

“Ish mana ada menyusahkan. KamI lagi suka kalau awak kat sini. Paling kurang awak boleh temankan Kak Tiha kalau saya tak ada…”

Kedengaran ikhlas kata-kata yang dituturkan oleh Hafiz.

“Betul ni? Bukan senang tau nak jaga aku…”

Kataku sekadar berseloroh.

“Eleh, susah apanya…badan awak kecik jek. Kalau awak jatuh, senang je saya nak dukung…”

Jawab Hafiz sambil tersenyum.

“Heh kau ni..ke situ pulak ek…”

Kataku.

Aku tergelak kecil. Lucu dengan kata-kata Hafiz. Namun, jauh di sudut hatiku amat menyenangi kehadiran Hafiz dalam hidupku. Setiap kali aku berbicara dengannya, pasti ada perasaan halus yang cukup membuatkan jiwa kecilku bergetar. Kadang-kadang aku keliru, kenapa aku rasa begitu? Tidak pernah sebelum ini aku berasa seperti itu. Tapi, aku suka.

“Awak…”

Panggil Hafiz lagi.

“Ye..apa lagi?”

“Awak tak pernah ada boyfriend ke?”

Soalnya teragak-agak.

“Apa? Boyfriend?!”

Terkejut aku bila Hafiz menyoal tentang itu. Sungguh tidak masuk akal.

“Ye..boyfriend a.k.a teman lelaki? Ada?”

Dia mengulangi soalan itu. Aku tergelak.

“Hafiz, kau ni luculah. Aku tak pernah ada boyriend. Dalam hidup aku tak pernah terfikir pun nak ada boyriend. Buang masa je lah!”

Jawabku selamba. Aku menyambung gelakku.

“Kalau sekarang, awak masih tak terfikir soal nak ada boyfriend?”

Soalnya tidak puas hati.

“Tak..”

“Kalau pasal kahwin pun awak tak terfikir?”

“Tak..”

“Kalau saya jadi suami awak, awak tak terfikir jugak?”

“Tak..”

Aku terdiam seketika mendengar soalannya yang terakhir. Tawaku mati. Tiba-tiba hatiku rasa berdebar-debar.

“Kejap..kejap. Apa kau cakap tadi? Boleh kau ulang sekali lagi?”

Soalku tidak mengerti. Mana tahu aku salah dengar tadi.

“Saya tanya awak..awak tak pernah terfikir ke yang saya akan jadi suami awak?”

Hafiz mengulangi soalan itu dengan bersungguh-sungguh. Darah panas tiba-tiba menyerbu mukaku sebaik sahaja dia menghabiskan tutur katanya. Aku terdiam seketika.

“Apa maksud kau?”

Soalku lagi.

“Kristina…”

Panggilnya lembut.

“Erm…”

Sahutku.

Saat ini pandangan Hafiz jatuh dalam ke dalam anak mataku. Aku menelan air liur. Jantungku seperti mahu pecah. Apa dah berlaku ni?

“Kalau awak sudi, boleh ke saya jadi suami awak?”

Aku terpana mendengar kata-kata Hafiz. Aku bermimpi ke?

“Err..Hafiz. Kau ok ke tak ni? Kau jangan main-main dengan aku…”

Kataku cuba menenangkan jiwaku yang sedang berkocak hebat. Aku yakin, Hafiz cuma bergurau!

“Kristina..saya tak main-main. Saya betul-betul nak jadi suami awak…Saya nak jaga awak sampai akhir hayat saya..Saya nak bimbing awak jadi isteri solehah satu hari nanti..Saya betul-betul cintakan awak…”

Sayu Hafiz menuturkan kata-katanya. Aku termangu.

“Hafiz..aku tak boleh terima semua ni..”

Aku menggelengkan kepala tidak percaya. Mana mungkin aku kahwin dengan Hafiz.

“Kenapa? Beritahu saya kenapa? Saya kena tahu sebabnya..”

Hafiz seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku.

“Sebab aku tak layak untuk kau…”

Jawabku sebak.

“Tak layak? Maksud awak?”

Soalnya tidak mengerti. Aku menarik nafas dalam-dalam.

“Aku bukan perempuan baik. Aku bukan lagi gadis suci. Aku tak mampu nak jadi isteri solehah macam kau nak. Baik kau lupakan sajalah niat kau tu…Cari perempuan yang lebih baik dari aku…”

Jawabku jujur.

Aku yakin inilah jawapan yang terbaik untuk Hafiz walaupun hatiku berkocak hebat ingin menerima lamaran Hafiz. Namun, aku tidak mahu Hafiz menanggung dosa-dosa silamku hanya kerana aku isterinya. Hafiz terlalu baik untuk orang seperti aku.

“Kristina..awak silap. Cinta saya cuma pada awak. Saya sanggup terima awak walau macam mana sekalipun. Saya tak pernah silap dengan niat saya…”

Kata Hafiz lembut. Nafasku semakin sesak.

“Betul kau boleh terima aku?”

“Ye..saya akan terima awak seadanya kalau awak sudi jadi isteri saya..”

“Kau boleh terima aku walaupun aku pernah kena rogol dengan ayah aku sendiri? Walaupun aku pernah bunuh ayah aku dan ramai orang? Walaupun aku pernah terlibat dengan perniagaan dadah?”

Soalku bertalu-talu.

Kelihatan Hafiz begitu terkejut dengan soalanku. Dia tiba-tiba terdiam tidak terkata. Hatiku terasa perit.

“Kau tak boleh terima kan? Aku kotor Hafiz…Aku terlalu banyak buat dosa. Aku bukan perempuan baik untuk kau. Kau pernah cakap dengan aku kan? Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik macam kau. Perempuan yang jahat hanya untuk lelaki yang jahat. Tapi aku jahat..aku tak layak untuk kau…”

Jawabku sayu.

Entah mengapa aku begitu sebak apabila menuturkan kata-kata itu. Namun, air mata yang bergenang di kelopak mataku aku tahan. Aku tidak mahu kalah dengan perasaanku sendiri.

“Awak silap kristina…”

Akhirnya Hafiz bersuara setelah lama berdiam diri.

“Apa yang silap? Kau memang tak boleh terima aku kan? Mengaku jelah Hafiz!”

Marahku.

Wajah Hafiz kelihatan tegang.

“Saya boleh terima awak yang sekarang. Tak kisah la apa dosa awak selama ini sebab saya pernah buat dosa jugak. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Yang penting saya tetap cintakan awak. Saya benar-benar ikhlas nak jadikan awak permaisuri hidup saya…Sejak pertama kali saya jumpa awak kat depan seven eleven tu, hati saya kuat mengatakan yang awak jodoh saya. Saya bertekad, satu hari nanti kalau saya jumpa awak balik, saya akan didik awak, ubah awak supaya jadi wanita yang solehah. Hari-hari saya doa pada Allah supaya saya dipertemukan dengan awak lagi. Dan..Alhamdulillah akhirnya saya jumpa awak kat kampung saya sendiri. Sebab tu, saya nak awak jadi isteri saya yang sah supaya saya dapat bimbing awak…”

Kata Hafiz dengan panjang lebar. Aku terkesima. Duniaku seperti berhenti berputar seketika. Air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya tumpah jua membasahi pipiku. Sungguh aku tak percaya dengan apa yang aku dengar sekarang. Begitu ikhlaskah cinta Hafiz padaku?

“Sudikah awak jadi isteri saya?”

Soalnya lagi.

“Hafiz..aku..aku…”

Aku teragak-agak untuk membuka mulut. Tidak tahu apa yang aku perlu katakan sekarang.

“Kristina..tak apalah kalau awak tak dapat beri jawapan sekarang. Awak fikirlah dulu. Saya tak kan paksa awak. Tapi saya yakin Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak…”

Hafiz lebih pantas memintas.

Aku terdiam lagi. Aku kehilangan kata. Aku langsung tidak sangka yang Hafiz sudah lama menaruh hati padaku. Ya Allah…layakkah aku untuk dia? Aku sebenarnya malu sangat dengan dosa silamku yang tidak terbendung. Aku rasa terlalu jauh diriku jika dibandingkan dengan Hafiz. Ya Allah..apa yang perlu aku buat sekarang. Engkau berikanlah petunjukmu kepada hambaMu ini Ya Allah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience