BAB 21

Romance Completed 21305

Hatiku berbunga riang. Duniaku seperti penuh dengan warna-warni. Tubuhku terasa seperti mahu terbang. Alhamdulillah, berkat doa kami suami isteri, akhirnya aku disahkan positif mengandung 5 minggu. Aku langsung tidak sangka kerana tidak silap aku baru 2 minggu lepas aku datang period tapi itupun cuma 3 hari. Tidak seperti bulan-bulan sebelumnya yang biasanya paling kurang 6 hari. Namun, aku dan Hafiz cukup gembira dengan berita yang kami tunggu-tunggu selama ni.

Pulang dari klinik, aku meminta Hafiz singgah sekejap di supermarket tidak jauh dari rumahku untuk membeli barang-barang dapur. Aku minta Hafiz menunggu di dalam kereta kerana aku singgah sekejap saja di sini. Sedang aku keluar dari supermarket tersebut dengan membawa beg-beg plastik berisi barangan dapur, tiba-tiba bahuku terlanggar seseorang. Lelaki. Barang dalam genggamanku terlepas. Aku merengus geram. Siapa pulak yang langgar aku ni? Aku berpaling ke arah lelaki itu.

“Kristina??”

Kata lelaki itu. Dia terkejut melihatku. Aku turut terkejut.

“Tony?”

Soalku.

Mulutku sedikit ternganga. Langsung tidak pernah terfikir akan berjumpa musuh lamaku di sini.

“Lu masih hidup rupanya…”

Katanya sinis. Riak wajahnya beransur tenang.

“Ye..memang aku masih hidup. Jadi, kenapa lah?”

Soalku kembali. Sinis. Dia tersenyum sumbing. Satu-persatu kisah lampau aku dengannya menerjah ke ruang benakku.

“Bagus..bagus..Mana lu pergi selama ni? Wahh banyak berubah ye lu sekarang..tak sangka..”

Kata-kata sinisnya membuatkan hatiku tiba-tiba merasa panas. Aku menjelingnya tajam.

“Aku pergi mana, itu bukan urusan kau. Aku dah tak nak ada kena mengena dengan kau!”

Jawabku kasar. Aku cuba mengorak langkah untuk pergi dari situ namun Tony lebih pantas menghalang.

“Wait..wait…Lu tak nak jumpa abang Bob ke? Dia rindu sangat kat kau tu..”

Katanya lagi.

“Buat pengetahuan kau, aku dah tak nak masuk campur urusan Abang Bob. Aku dah tak nak buat kerja-kerja haram tu. Kau kirim salam je lah dengan dia!”

Rengusku.

Sumpah, aku tak mahu lagi melibatkan diri dengan kumpulan Mario. Aku sudah insaf.

“Wow! Nice…kiranya lu dah insaf la? Kristina mahu jadi muslimah sejati tu beb!! Memang tabik spring ar..”

Perlinya. 2 orang pengikutnya di belakang ketawa sinis. Panas hatiku semakin membara. Kurang ajar!

“Suka hati aku lah nak jadi apa. Tak ada kaitan dengan kau ok! Ke tepi! Aku nak balik!”

Gertakku. Namun mereka masih mentertawakanku.

“Kristina!”

Tony tiba-tiba memegang lenganku kasar.

“Hoi Tony! Lepaskanlah! Kau jangan berani nak sentuh aku!”

Aku mengeraskan suaraku sambil merentap kasar lenganku. Pegangannya terlepas.

“Hei betina! Lu jangan ingat lu berubah macam ni lu boleh terlepas dari gua! Lu memang pembelot! Lu tahu kan apa akibatnya kalau Abang Bob tahu lu belot?!”

Sergah Tony. Giliran aku pula ketawa sinis.

“Ye..aku tahu. Aku akan mati kan?”Soalku sinis.

“Haaa…pandai pun. Jadi, lu kena melutut dengan gua sekarang! Kalau tak, gua kasi tahu sama Abang Bob..”

Kata Tony lagi membuatkan telingaku semakin panas.

“Hei Tony! Kau jangan mimpilah! Nyawa aku bukan di tangan Abang Bob atau kau! Hidup mati aku Allah yang tentukan…baik korang bertaubatlah sebelum terlambat!”

Gertakku. Nafasku turun naik menahan amarah. Tony dan pengikutnya ketawa lagi dan kali ni lebih kuat.

“Hahaha..Ustazah Kristina la ni…Weyh..boleh blah la!!”

Kata Tony dengan tawa yang masih tersisa. Aku semakin berang. Kalau ikutkan nak je aku tumbuk muka mamat ni tapi kesabaranku masih kuat. Aku mesti teguh iman. Aku seharusnya tidak kalah dengan nafsu amarahku kali ini. Aku tidak mahu lagi melibatkan diri dalam sebarang pertarungan.

“Tony…sudah la. Kalau aku ada buat salah dengan kau dulu..Aku minta maaf. Tapi aku mintak tolong kau sangat-sangat..Tolong jangan ganggu hidup aku lagi…”

Aku merayu. Suaraku sedikit mengendur. Aku harap mereka boleh terima rayuanku. Namun aku silap, ketawa mereka semakin kuat bergema. Aku mengetap bibir.

“Kristina..Kristina…Lu ingat lu boleh terlepas macam tu je? Ni, parut yang lu bagi kat perut gua masih ada lagi tau! Gua tak kan puas selagi lu tak mampus! Sepatutnya gua tembak lu sampai mampus hari tu…gua tak patut lepaskan lu!”

Katanya berbaur dendam. Hatiku mula terdetik sesuatu.

“Owh jadi, kau lah yang rancang nak tembak aku dengan Michael?”

Soalku menduga.

“Yes! So, lu mahu buat apa? Bunuh gua? Cubalah kalau berani!”

Katanya sambil ketawa terbahak-bahak. Sabarku kian menipis. Penumbukku aku genggam kemas. Tak guna kau Tony! Rupa-rupanya dia yang membuatkan Michael terbunuh dan aku pula hampir-hampir terbunuh.

“Ehh ustazah marah ke? Jangan la marah..kan lu dah insaf…mana boleh marah-marah..”

Tony masih tidak puas memerli ku. Sabar Kristina..sabar! Jangan kalah dengan perasaan marah kau! Kau mesti kuat! Ingat Allah! Hatiku memujukku. Aku menarik nafas dalam-dalam dan aku hembus kasar. Tanpa menghiraukan mereka aku cepat-cepat mengorak langkah untuk pergi dari situ dan menuju ke arah kereta Hafiz yang diparkir tidak jauh dari situ.

Tony cuba mengejarku tetapi nasib baiklah ada polis yang sedang membuat rondaan di situ tiba-tiba muncul. Kalau tidak, aku pasti satu pertarungan akan tercetus lagi antara aku dengan Tony. Sebolehnya aku akan cuba elakkan dari bertarung dengan sesiapapun kerana aku sudah serik. Biarlah kenangan hitamku terkubur begitu sahaja. Biarlah aku tenang dan bahagia bersama kehidupan baruku bersama suamiku yang tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience