Sepanjang makan malam itu aku lebih banyak berdiam diri. Tidak tahu apa yang perlu aku bualkan. Aku hanya menjadi pendengar perbualan antara Kak Tiha dan Hafiz. Ternyata aku masih bingung dengan apa yang menimpaku kini. Aku rasa aku kini bukan Kristina tapi orang lain. Aku seperti lemah betul. Kristina yang aku kenal tidak pernah selemah ini. Perasaanku pula tidak seperti biasa tetapi luar biasa. Rasa lain sangat. Tetapi susah mahu gambarkan lain yang macam mana. Aku keliru dengan perasaanku sendiri.
“Kristina tinggal kat mana sebelum ni?”
Kak Tiha cuba menegurku. Suapanku terhenti seketika.
“Kat KL…”
Jawabku sepatah.
“Tinggal dengan mak ayah?”
Soal Kak Tiha lagi.
“Tak lah..dulu tinggal dengan ayah je. Mak pulak meninggal sejak aku lahir lagi..”
Jawabku sayu.
“Ayah Kristina kerja apa? Mana dia?”
Soal Kak Tiha. Aku mengetap bibir. Arghh! Kenapa mesti sebut tentang ayah saat ni. Jiwaku yang baru beransur tenang menjadi serabut balik mendengar perkataan ‘ayah’.
“Dia dah mati!”
Jawabku sedikit geram. Nafasku terasa sesak. Kenapa la soal mak ayah jugak yang ditanya. Tak ada soalan lain ke.
“Owh maafkan akak…akak tak tahu..”
Kata Kak Tiha seperti orang bersalah.
“Tak apa kak…Akak tinggal dengan berdua je ke?”
Aku mengalih topik perbualan.
“A’ah kami tinggal berdua je. Mak ayah kami pun dah lama meninggal…”
Tiba-tiba Hafiz yang dari tadi berdiam diri menyampuk. Dia memandangku dengan pandangan yang cukup redup. Aku melarikan anak mataku dari bertentangan dengannya. Entah kenapa aku rasakan seperti ada perasaan halus menular dalam segenap hatiku setiap kali memandang Hafiz. Argh, mengarut! Aku tak patut rasa seperti ini terhadap mana-mana lelaki!
“Kristina kerja ke sekarang?”
Kak Tiha menyoalku lagi. Aku sedikit tersentak.
“Err..a’ah..kerja…”
Jawabku teragak-agak.
“Kerja apa?”
Aduhh, banyak pulak soalan Kak Tiha ni. Macam mana aku mahu jawab. Tak kan nak cakap aku kerja sebagai gengster kot. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Hish, apa la!
“Owh..saya kerja bank..”
Aku cuba menipu.
“Kat mana tu?”
“Akak..dah la tu. Tak payah la tanya Kristina banyak-banyak. Akak ni macam wartawan la pulak..”
Hafiz lebih pantas memotong cakap Kak Tiha. Aku menarik nafas lega. Huh, nasib baik Hafiz pandai menyelamatkan aku dari menjawab soalan-soalan bonus Kak Tiha. Aku memandangnya sekilas. Dia sekadar tersenyum melihatku.
“Tak ada la..akak cuma nak tahu je..Salah ke?”
Kak Tiha memprotes. Aku hanya diam.
“Salah tu tak salah tapi kan kita tengah makan ni. Tak elok cakap banyak masa makan…nanti tak berkat.”
Jawab Hafiz.
“Yela..akak salah.. Akak minta maaf ye Kristina. Akak memang macam ni. Suka kenal-kenal dengan tetamu…”
“Eh tak apalah kak.. Saya tak kisah pun..tanya jela..Selagi saya boleh jawab , saya jawab..”
Jawabku sambil tersenyum kelat. Rasa seperti tersangatlah hipokrit.
“Tak apalah..nanti kita borak lagi ye. Nak borak banyak-banyak nanti ustaz tu tak suka pulak…”
Kata Kak Tiha sambil mengerling ke arah Hafiz. Aku tertawa kecil.
“Owh akak perli Hafiz yer.. Hafiz cuma nasihatkan je. Sunnah Rasulullah S.A.W tu kak..”
Jawab Hafiz selamba.
“Baik ustaz..akak ngerti dong..”
Kata Kak Tiha sekadar bergurau. Hafiz ketawa. Aku turut tersenyum melihat telatah dua beradik ni. Tampak mesra sekali. Jauh di sudut hatiku bergitu senang dengan kehadiran Hafiz dan Kak Tiha. Tidak pernah aku berasa begini semenjak kecil.
Share this novel