Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepalaku masih terasa berat. Belakang tengkukku terasa sakit sangat. Pandangan mataku yang pada mulanya kabur beransur cerah. Aku memerhatikan suasana sekelilingku. Aku bersendirian. Dalam samar, aku dapat melihat beberapa kotak-kotak kayu buruk mengelilingiku dalam sebuah bilik yang agak kecil. Bau hapak menusuk hidungku. Aku cuba bergerak namun pergerakanku cukup terbatas. Aku melihat tubuhku. Tali panjang berselingkar mengikat tubuhku, kedua-dua belah kakiku dan juga tanganku. Aku cuba menjerit tetapi tidak boleh. Mulutku di tutup dengan plaster. Amat kuat lekatannya. Apa sudah berlaku ni? Aku bingung. Aku cuba mengingati apa yang berlaku tadi. Baru aku teringat, petang tadi aku diserang oleh sekumpulan lelaki bertopeng di rumah ku. Dan aku pengsan. Sekarang ni, aku di sini, tempat yang cukup asing bagiku. Pendek kata, aku diculik!
Aku cuba meronta lagi. Tali di tangan dan kakiku aku cuba kuis supaya terbuka namun tidak berjaya. Hatiku mula berdebar-debar. Perutku terasa sakit sangat. Peluh dingin mula membasahi tubuhku. Ya Allah, dugaan apakah ini? Tolonglah selamatkan hambaMu ini Ya Allah..HambaMu benar-benar tidak berdaya. Tolonglah aku Ya Allah. Aku berdoa dalam hati. Aku memperbanyakkan selawat dan istighfar. Air mataku merembes laju. Tidak ku sangka nasibku akan jadi semalang ini.
“Abang…”
Aku memanggil lesu di dalam hati. Saat ini aku teringatkan Hafiz. Kalau aku ikut Hafiz pergi bandar tadi sudah tentunya aku akan selamat. Sudah pastinya nasib malang ini tidak akan menimpaku. Namun, aku yakin pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Aku merintih hiba. Aku mengharapkan ada seseorang datang menyelamatkan aku.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu dikuak. Cahaya dari luar mula menyimbah ke dalam bilik itu. Kelihatan bayang-bayang seorang manusia sedang menghampiriku. Hatiku semakin berkocak hebat. Aku dapat rasakan bahaya maut sedang menantikanku. Manusia itu semakin hampir dan akhirnya tersembullah wajah seorang lelaki yang tidak cukup asing lagi bagiku. Aku terkejut.Mataku membulat. Tony?? Jadi semua ini angkara Tony?
“Hai Kristina, selamat berjumpa lagi…”
Tony berkata sinis. Dia duduk bertinggung di depanku. Wajahku dipandang dengan pandangan menyinga. Aku cuba membuka mulut tetapi plaster yang terlekat kemas dimulutku menghalang.
“Kenapa? Lu tak sangka akan jumpa gua lagi?!”
Soalnya kasar. Rambutku ditarik kasar. Aku menyeringai kesakitan.
“Gua sudah cakap awal-awal sama lu, gua akan susahkan hidup lu sampai mati!”
Katanya lagi.
“Hurmmmm!!!”
Aku berteriak dengan mulut tertutup. Mataku dibulatkan.
“Owhh marah?! Kali ni lu tak kan terlepas Kristina!”
Teriaknya.
Plaster di mulutku dibuka kasar. Dan dengan spontan aku meludah kasar ke mulutnya.
“Sial! Lepaskan aku la bodoh!”
Tengkingku. Satu tamparan hebat hinggap di pipiku sehingga aku jatuh tersungkur. Darah pekat mengalir dari hidungku.
“Berani lu ludah sama gua! Lu memang nak mampuslah!!”
Teriaknya. Dia menarik lagi rambut kasar sehingga aku terduduk dan menghempaskan tubuhku pada dinding. Dan kali ini dia mencekik ku kuat sehingga nafasku sesak. Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Tony sekadar mentertawakanku.
“Tony! Jangan bunuh dia!”
Tiba-tiba ada suatu suara datang menyergah. Tony segera melepaskan cengkamannya pada leherku perlahan-lahan. Aku terbatuk-batuk. Dadaku terasa sesak. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk mengembalikan peredaran nafasku.
“Boss, bila boss sampai?”
Soal Tony pada lelaki itu. Dalam kesakitan yang teramat aku mengalihkan pandangan ke arah lelaki yang baru sahaja sampai itu. Abang Bob? Baru kali ini aku nampak Abang Bob. Tak kan Abang Bob pun terlibat sama?
“Tony!”
Jerit Abang Bob tanpa menjawab soalan Tony. Wajah Abang Bob kelihatan sungguh bengis.
“Ye boss.”
Jawab Tony takut-takut.
“Gua suruh lu simpan dia di sini bukan bunuh dia!”
Marah Abang Bob.
“Tapi boss, Kristina memang patut di bunuh! Dia pembelot boss!”
Tony menekankan kata-katanya. Aku mengetap bibir geram. Tak guna punya Tony!
“Tapi gua yang tentukan dia dibunuh ke tak?! Gua cuma nak bunuh Hafiz bukan Kristina! Aku yakin dia akan datang selamatkan Kristina, kalau kau bunuh Kristina awal-awal, nanti rancangan gua hancur! Faham!”
Abang Bob membentak.
“Baik boss! Faham!”
Jawab Tony tegas. Aku tersentak. Mahu bunuh Hafiz?? Tidak! Tidak mungkin!
“Abang Bob, tolong jangan bunuh Hafiz! Bunuhla aku! Abang Bob jangan sentuh dia!”
Aku menjerit nyaring.
“Diam!!”
Tengking Abang Bob. Aku terdiam seketika. Dia merapatiku. Wajahnya menyinga. Pipiku dicekup kasar.
“Kristina, lu memang sangat mengecewakan gua! Lu pembelot! Gua suruh lu bunuh Hafiz, bukan suruh kahwin dengan dia!!”
Tengking Abang Bob. Jiwaku kecut. Tidak sangka Abang Bob mengetahui segala gerak geriku.
“Tapi Abang Bob, semua tu berlaku dengan tak disengajakan. Tony yang rancang nak bunuh saya dulu! Masa tu saya tengah cari Hafiz!”
Aku cuba membantah kata-kata Abang Bob.
“Argghhhh!! Jangan nak bagi alasan bodoh lah! Lu ingat gua tak tahu? Lu sengaja lari dari gua sebab tak nak bagi gua bunuh lu kan?!”
Abang Bob semakin marah. Tony menyembunyikan senyumnya. Dia kelihatan benar-benar senang hati melihat Abang Bob menuduhku begitu.
“Abang Bob..bukan macam tu…”
Kata-kataku kian tersekat apabila abang Bob semakin kuat mencengkam pipiku. Perit rasanya.
“Lu diam! Lepas gua berjaya bunuh Hafiz dengan tangan gua sendiri, gua akan pastikan lu mampus! Gua tak kan lepaskan pembelot besar macam lu!!”
“Jangan bunuh Hafiz, Abang Bob…tolonglah…”
Aku merayu namun sikit pun tidak menyejukkan hati Abang Bob. Malah rayuanku disambut dengan gelakan menghina. Air mataku merembes laju. Aku tidak berdaya mahu buat apa lagi. Aku tidak tahulah apa dendam Abang Bob pada Hafiz sehingga dia betul-betul tekad untuk membunuhnya. Sungguh, aku tidak sangggup kehilangan lelaki sebaik Hafiz. Dia nyawaku, dialah idolaku. Kalau bukan kerana dia, aku tidak akan kenal siapa Tuhanku, apa agamaku dan peganganku. Kehadiran Hafiz membawa cahaya dalam hidupku untuk mencari keredaan Allah. Dalam hatiku berdoa semoga Hafiz tidak datang menyelamatkanku. Aku tak nak nyawanya melayang dengan sia-sia. Tolonglah Ya Allah.
Share this novel