Aku memecut kereta selaju yang mungkin. Aku mesti sampai awal di ‘markas’ kumpulan Mario. Sebolehnya aku tidak mahu kerugian sedikit pun.
“Bos, relaks la bos Tak payah la bawak laju sangat. Slow-slow dah la.”
Michael yang berada disebelahku menegurku tiba-tiba.
“Woi lu gila ka apa?! Bawak slow-slow sampai bila mau sampai bro. Lu mahu kena potong sama Abang Bob ka kalau lambat?”
Rengusku.
“Ye..itu aku tahu bos. Tapi kalau bawak macam ni, nanti kena saman kang, kita jugak yang susah.”
“Michael! Boleh tak lu punya mulut tu jangan nak celupar sangat?! Aku tumbuk muka lu nanti…”
Aku mulai angin. Michael ni memang sengaja mahu mengundang kemarahanku.
“Relaks la bos, jangan macam ni…Aku gurau je la..”
Kata Michael sambil tersengeh macam kerang busuk. Hah, tahu pun takut!
“Kalau macam tu, tak payah lu nak tegur aku! Diam je!”
Arahku.
Michael mengunci mulutnya cepat-cepat. Sememangnya Michael tidak pernah berani melawan setiap arahanku selama ini.
Sedang aku mahu membelok di simpang tiga berhampiran dengan kedai Seven Eleven, tiba-tiba ada seorang lelaki berkopiah sedang melintas jalan.
“Bos!! Orang tu bos! Elak!”
Michael menjerit tiba-tiba. Kerana terkejut dengan teriakan Michael, aku kelam-kabut memutar stereng kereta untuk mengelak dari melanggar lelaki itu. Aku cuba membrek mengejut sehingga bunyi tayar berdecit bergema. Lelaki itu turut terkejut, namun sedikitpun dia tidak berganjak dari kedudukannya kini.
Keretaku semakin menghampirinya. Aku terus membrek kereta sekuat hati. Akhirnya kereta itu terhenti tiba-tiba di persimpangan jalan itu. Jantungku berdegup kencang. Nafasku terasa sesak. Aku terus memandang ke hadapan. Lelaki itu masih berada di situ, tidak tercedera. Namun, jarak lelaki itu dengan bumper depan keretaku hanyalah beberapa inci sahaja sekarang. Matanya bulat memandangku.
“Woi brother! Buta ke?!”
Aku terus memekik kepada lelaki itu sebaik sahaja aku kembali ke alam nyata. Rasa terkejutku kini bertukar menjadi berang. Tanpa berlengah masa, aku terus turun untuk berdepan dengan lelaki itu. Lelaki itu mesti di ajar cukup-cukup!
“Lu apa hal ah? Mau lintas jalan sesuka hati mak bapak lu? Tak nampak ke gua tengah bawak kereta ni?! Lu nak mampus?!”
Aku menengking kuat lelaki itu apabila aku betul-betul berhadapan dengannya. Hatiku benar-benar panas. Dia memandangku seperti tiada perasaan. Langsung dia tidak mengeluarkan kata-kata. Aku semakin berang.
“Hoi, lu ni pekak ke?! Gua cakap dengan lu la bro! Bukan dengan tunggul!”
Aku menengkingnya lagi. Mataku dibulatkan menahan geram. Aku terus menarik kolar baju melayunya. Dia sedikit tergamam.
“Maaf cik, saya rasa cik yang silap. Cik tak nampak ke lampu isyarat merah tadi. Saya sudah ikut peraturan, mula melintas jalan apabila nampak tanda lampu isyarat hijau.”
Lelaki itu mula bersuara sambil menepis cengkamanku pada leher bajunya kasar. Darah panas mula menyerbu ke mukaku. Berani mamat ni menjawab dengan aku. Memang cari nahas la dia nih!
“Hello bro, lu ingat gua tak nampak ke yang lu melintas tak tengok kiri kanan?! Lu buta ke?!”
Amarahku semakin menggila. Rasa mahu tumbuk saja muka lelaki itu.
“Saya tak buta tapi cik yang buta.”
Jawabnya selamba. Nafasku semakin sesak menahan marah.
“Woi, lu jangan nak kurang ajar dengan gua, lu belum kenal siapa gua! Cepat mintak maaf dengan gua sekarang! Kalau tak, gua cincang lu lumat-lumat!”
Aku mula menggenggam penumbukku. Geramnya aku dengan mamat berani mati ni.
“Siapa yang kurang ajar dengan siapa ni? Awak ingat awak tengking-tengking macam ni kira tak kurang ajar? Awak sepatutnya mintak maaf dengan saya sebab terang-terang awak yang salah.”
Lelaki itu mula meninggikan suara. Wajahnya berubah tegang. Hatiku semakin panas.
“Lu yang salah! Apasal lu susah sangat mau mengaku hah?!”
Gertakku lagi.
“Macam mana saya nak mengaku kalau terang-terang ni bukan salah saya?”
Jawab lelaki itu selamba.
“Lu ni memang mahu mati la!!”
Jeritku nyaring.
Amarahku memuncak apabila mendengar jawapannya. Tanpa berfikir panjang, aku terus meluru ke arahnya dan cuba melepaskan tumbukan padu ke mukanya. Namun, belum sempat tumbukanku mengenai sasaran, tiba-tiba aku rasakan seperti lenganku dipulas kuat hingga ke bahu. Kesakitan mula menyengat hingga ke sum-sum tulangku. Lelaki itu berjaya menepis seranganku.
“Hoi! Sakit la bodoh! Lepaskan gua lah!”
Aku membentak kasar. Aku meronta untuk melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu.
“Bila-bila awak kena belajar hormat orang sikit…cuba bersopan sikit. Awak ingat dengan buat-buat ganas macam ni saya takut dengan awak? Awak silap lah..saya tak pernah takut dengan perempuan, lebih-lebih lagi perempuan macam awak!”
Kata lelaki itu sinis. Matanya berkaca menahan marah.
“Bodoh punya orang! Lepaskan gua lah? Lu mau mati ka?!”
Teriakku sambil masih cuba melepaskan diri dari cengkaman lelaki itu. Kesakitan semakin terasa namun lelaki itu masih enggan melepaskan cengkamannya, malah semakin kuat.
“Lepaskan dia! Kalau kau tak mahu mati, lepaskan dia sekarang!”
Laung Michael tiba-tiba. Sepucuk pistol dihunus ke arah kepala lelaki itu. Dari tadi dia cuma menjadi pemerhati saja dan baru kali ini dia bertindak. Lelaki itu melepaskan cengkamannya perlahan-lahan. Aku merentap kasar lenganku dari cengkamannya. Sakitnya masih tersisa.
“Tak guna punya jantan! Berani lu sentuh gua!”
Marahku sebaik sahaja menjarakkan diri dari lelaki itu. Lelaki itu sekadar tersenyum sinis. Siot betul!
“Cik..cik tu perempuan. Ingat sikit. Tak payah la nak jadi lelaki kalau tak kuat…baik balik rumah masak je..lagi elok…”
Kata lelaki itu sinis. Telingaku terasa panas. Kurang ajar! Berani dia perli aku.
“Lu cakap baik-baik sikit ok! Lu belum kenal siapa gua…satu hari nanti lu tahu lah apa nasib lu! Gua tak kan biarkan lu hidup lama!”
Balasku geram.
“Cik silap. Nasib saya bukan di tangan cik tapi Allah yang tentukan. Dia yang menentukan ajal maut saya…Bukan cik. Jadi, saya harap cik bertaubatlah. Belum terlambat cik nak berbuat begitu..”
Kata lelaki itu lagi sambil tersenyum.
“Huh! Lu tak payah nak tunjuk baik kat sini! Puihh! Pergi mampuslah lu!”
Marahku sambil meludah ke arahnya. Sungguh kata-katanya benar-benar membakar hatiku.
“Cik dengar sini, cik ni sebenarnya tersangatlah cantik.Tapi, sayanglah kalau kecantikan anugerah Allah disia-siakan dengan perangai cik yang kurang ajar ni. Saya doakan semoga Allah beri hidayah pada cik…”
Kata lelaki itu lagi. Aku memandangnya tajam. Banyak cakap pulak mamat sekor ni! Eii geramnya aku!
“Weyh bro! Lu tak payah nak pandai-pandai nak mengajar gua! Gua geli lah nak dengar ceramah lu! Lu ingat dengan ceramah murahan lu, lu boleh terlepas dari gua macam tu je? Boleh blah la bodoh!”
Aku semakin hangin. Aku cuba menyerangnya lagi namun Michael lebih pantas menghalangku.
“Dahla tu bos..orang ramai kat sini..jangan buat kacau..aku takut kita ditangkap polis je..”
Bisik Michael.
Aku memandang di sekelilingku. Kelihatan orang ramai yang lalu lalang di situ mula berkumpul menyaksikan pertelingkahan kami. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kegeramanku kian memuncak. Aku mengenggam penumbukku sekuat hati menahan geram.
“Baik..kali ni lu bernasib baik. Lu tengok lah nanti, satu hari lu akan mati! Baru lu tahu siapa yang lagi kuat!”
Aku melontarkan kata-kata terakhir kepada lelaki muda yang berkopiah itu.
“InsyaAllah cik..Allah yang Maha Kuat, Dia pasti melindungi saya..”
Jawab lelaki itu selamba. Senyuman itu tidak pernah lekang dari bibirnya. Wajahnya masih kelihatan tenang.
“Lu!”
Aku kehilangan kata. Berani sungguh lelaki ini. Aku menyeluk poket jaketku untuk mengeluarkan pistol. Geram aku mahu tembak saja jantungnya sampai mati.
“Bos, dah la tu…jom kita blah! Nanti polis datang susah kita!”
Jerit Michael.
Dia lantas menarik lenganku cepat-cepat ke arah kereta. Dadaku terasa semakin berat menahan marah. Mataku masih memandang lelaki itu tajam sehinggalah aku masuk kembali ke dalam keretaku. Lelaki itu masih tersenyum. Dasar jantan tak guna! Dendamku pada lelaki itu mula membara. Argh! Lelaki itu mesti diajar!
Aku bersumpah satu hari nanti aku akan bunuh lelaki kurang ajar itu dengan tanganku sendiri! Setakat ini tak pernah lagi ada mangsaku yang terlepas hidup-hidup dari cengkamanku. Kau tunggu je lah bro!
Share this novel