BAB 22

Romance Completed 21305

“Siapa lelaki tadi?”

Soal Hafiz yang sedang tekun memandu tiba-tiba. Aku tersentak. Tak kan suamiku nampak pertelingkahan aku dengan Tony?

“Lelaki mana?”

Aku buat-buat tidak mengerti.

“Lelaki kat depan supermarket tadi. Nampak macam gangster je..Siapa tu?”

Soalnya lagi. Wajahnya serius. Aku serba salah untuk menjawabnya.

“Entahla bang…Tina tak kenal…”

Aku cuba berbohong.

“Sayang, tak kan dengan suami sendiri pun Tina nak tipu. Dia kawan Tina ek?”

Hafiz seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku. Ternyata tekaannya tepat!

“Abang nak balik terus ke lepas ni?”

Soalku sekadar untuk mengubah topik perbualan.

“Tina..boleh tak jawab soalan abang dulu?”

Suara Hafiz mula mendatar. Aku memandangnya. Wajahnya kelihatan sedikit tegang.

“Abang, sudah la tu. Tina tak nak fikir lagi pasal tu.”

Aku merungut.

“Tapi abang berhak tahu siapa dia?”

“Tak penting abang.”

“Penting sayang, abang tak nak dia ganggu hidup kita kelak. Abang yakin dia ada niat jahat dengan sayang. Siapa dia tu sayang?”

Hafiz cuba mendesakku.Aku semakin rimas.

“Dia musuh Tina. Tapi dulu, dia satu kumpulan gangster dengan Tina, di bawah naungan Abang Bob.”

Jawabku tersekat-sekat. Sebenarnya aku malas mahu mengungkit soal itu lagi sekarang. Aku tak mahu ingat apa-apa lagi tentang kisah silamku.

“Nama dia Tony kan?”

Soal Hafiz. Aku sedikit tersentak.

“Macam mana abang tahu?? Abang kenal dia?”

Soalku ingin tahu.

“Dia pernah jadi partner abang jugak. Tapi itu dulu, masa abang jadi ketua samseng…”

Aku benar-benar terkejut dengan jawapan Hafiz.

“Owh. Abang Bob pun, abang kenal?”

“Kenal.”

Jawabnya ringkas.

“Macam mana abang boleh kenal diorang?”

Aku menyoalnya lagi. Sungguh aku tidak sangka Hafiz juga ada kena-mengena dengan mereka. Selama ini Hafiz tidak pernah menyentuh soal masa silamnya dengan terperinci.

“Panjang ceritanya sayang, tak payah la kita cerita pasal dia atau Abang Bob. Abang malas nak fikir pasal kisah silam abang. Abang banyak berdosa dulu. Apa yang penting sekarang abang nak sayang jauhkan diri dari diorang. Abang tak nak apa-apa jadi pada sayang dan anak kita. Sayang faham kan maksud abang?”

Katanya lembut sambil mengusap tanganku. Aku akur.

“Abang tak perlu risau, Tina janji tak kan bercampur lagi dengan diorang. Tina tak nak kebahagiaan kita tercemar sebab ni. Abang jangan risau ermm.”

Pujukku demi menyedapkan hati Hafiz.

“Baguslah macam tu.”

Jawabnya sambil tersenyum. Aku turut tersenyum. Namun, jauh di dalam hatiku berasa sedikit gusar. Aku risau sekiranya Abang Bob atau Tony serta pengikut-pengikutnya akan memburuku setelah mereka tahu aku masih hidup. Aku bukan risaukan keselamatan diriku, tapi aku risaukan keselamatan Kak Tiha dan Hafiz. Aku tidak mahu apa-apa terjadi kepada mereka. Aku sayang sangat mereka. Aku tidak sanggup kehilangan mereka berdua. Ya Allah, tolonglah lindungi kami dari segala malapetaka dan kemudaratan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience