BAB 10

Romance Completed 21305

Sayup-sayup aku kedengaran suara kanak-kanak sedang membaca sesuatu yang aku tidak pasti. Sungguh indah didengar. Aku mengamati suara itu. Adakah suara itu, suara orang sedang mengaji? Sudah lama aku tidak mendengar alunan suara seperti aku. Aku membuka mata perlahan-lahan.

Kepalaku terasa berat. Leherku terasa begitu sakit. Pandanganku pada mulanya kabur kini beransur-ansur menjadi terang. Aku memandang sekelilingku. Aneh..sungguh aneh sekali. Aku kini berada di sebuah bilik yang sederhana besar yang hanya terisi dengan beberapa perabot usang di sekelilingku. Aku kat mana ni? Aku bermimpi ke? Aku memerhatikan tubuhku yang hanya dibaluti dengan baju kurung kedah dan kain batik. Peliknya. Aku binggung. Aku menampar pipiku beberapa kali. Sakit. Sah! Sah aku tidak bermimpi. Tapi macam mana aku boleh ada kat sini? Aku semakin bingung.

Aku perlahan-lahan bangkit dari perbaringanku.

“Arghh..”

Aku menjerit kecil tapi cukup sekadar tenggelam di kerongkong sahaja. Bahuku terasa teramat sakit. Aku memegang bahuku. Terasa seperti dibalut. Aku tergamam. Adakah ini kesan aku kena tembak tadi? Aku seakan tidak percaya. Aku masih hidup lagi kah? Benarkah? Betul-betul rasa tak percaya kerana aku rasa baru je tadi keretaku menjunam masuk ke dalam gaung. Jadi, macam mana aku masih hidup?

Aku menggagahkan diri untuk bangkit dan berjalan ke arah muka pintu bilik usang itu. Suara kanak-kanak mengaji semakin kuat kedengaran. Dan kali ini diselangi dengan suara garau lelaki yang menegur mereka untuk membetulkan bacaan mereka. Aku semakin tertarik untuk mencari dari mana datangnya suara itu. Seketika kemudian, mataku terpaku kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedang mengaji secara berkumpulan dengan tekun sekali.

Kelihatan seorang lelaki muda yang berjubah biru dan berkopiah putih sedang mengajar kanak-kanak itu mengaji. Suara lelaki itu sungguh merdu sekali.Tidak pernah aku mendengar suara semerdu itu.

“Abang Hafiz! Siapa kakak tu?”

Tiba-tiba salah seorang dari kanak-kanak itu bersuara. Semua kanak-kanak itu terdiam. Tiada lagi suara orang mengaji. Aku kaget. Tidak sangka mereka perasan kehadiranku di situ. Pandangan mereka kini terpaku kepadaku. Aku jadi malu sendiri.

“Maaf..”

Kataku sepatah lantas cuba berjalan masuk kembali ke bilikku.Namun, kudratku cukup lemah. Aku tiba-tiba terjatuh di hadapan mereka.

“Kakak! Kakak ok ke?”

Kanak-kanak itu terus meluru ke arahku. Suasana riuh seketika.

“Awak tak apa-apa?”

Lelaki yang berkopiah itu cuba mendapatkan aku. Pandangan kami bertautan. Aku tergaman. Seperti aku kenal dengan lelaki ini. Aku terdiam tidak terkata. Benarkah apa aku lihat kini. Lelaki inilah yang aku dan Abang Bob buru selama ini. Nah! Aku dah jumpa dia. Aku dah jumpa dia! Tapi kenapa perasaanku lain sangat? Kenapa aku tiba-tiba rasa aku tidak patut membunuhnya.

“Tubuh awak masih lemah..awak kena banyak berehat..”

Kata lelaki itu. Aku tersentak. Aku kembali ke alam nyata.

“Aku kat mana ni?”

Aku mula bersuara.

“Awak kat rumah kakak saya sekarang…awak rehat la dulu kat sini. Awak cedera teruk ni..”

Pujuk lelaki itu lembut. Sejuk kedengaran.

“Rumah kakak kau..? Kau siapa?”

Soalku bingung.

Aku masih bingung dengan situasi sekarang.

“Kalau kakak nak tahu..nama abang kami Abang Hafiz. Abang Hafiz lah yang selalu mengajar kami mengaji…”

Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki yang aku rasa berusia dalam 5 tahun menyampuk.

“Hafiz, nama kau Hafiz?”

Soalku.

Aku mengamati wajahnya. Sungguh redup dan sejuk mata memandang. Wajah tampannya nampak bercahaya. Dalam diam aku terpegun pada keindahan wajah itu. Nampak lain sangat dari masa aku bertembung dengan dia dulu.

“Ye..nama saya Hafiz. Awak pulak nama apa?”

Soalnya lembut.

“Kristina..”

Jawabku sepatah.

“Owh Kristina..rasanya kita pernah jumpa kan?”

Soalnya lagi.

“Mungkin..”

Aku teragak-agak untuk menjawabnya. Aku malu untuk mengingati hari aku bertembung dengannya. Aku akui aku pernah kurang ajar dengan dia.

“Macam mana aku boleh ada kat sini?”

Aku memandang sekelilingku. Suasana rumah ini cukup asing bagiku. Kelihatan sungguh tenang. Tiada lagi hiruk pikuk ibu kota.

“Saya jumpa awak pengsan kat atas bukit hujung sana 3 hari lepas. Tengok awak cedera-parah. Itu yang saya bawak awak ke rumah kakak saya dulu untuk berubat…”

Jawabnya ringkas sambil tersenyum. Senyumannya cukup manis pada pandanganku.

“3 hari? Maksud awak aku pengsan selama 3 hari?”

Soalku kurang mengerti.

“Yup..”

Aku termangu. Aku pengsan selama 3 hari? Macam tak masuk akal! Padahal aku rasakan baru tadi kemalangan itu berlaku. Aku meraup mukaku beberapa kali. Bahu kananku bekas terkena tembakan masih terasa berdenyut-denyut.

“Ya Allah Hafiz, kenapa biar dia duduk kat luar ni? Kenapa tak bagi dia berehat di dalam je?”

Tiba-tiba seorang perempuan yang aku rasa mungkin berumur 30-an datang menyapa. Aku mengerutkan keningku. Siapa pulak ni?

“Tak adalah kak, tadi nampak dia keluar lepas tu terjatuh kat sini. Baru je..”

Jawab Hafiz.

“Hish kamu ni Hafiz, kesian dia. Kenapa tak tolong angkat? Tubuhnya lemah lagi tu…dah-dah meh akak tolong papah masuk dalam…”

Kata perempuan itu sambil memapahku perlahan-lahan. Dengan bersusah-payah aku bangkit. Kanak-kanak yang dari tadi menjadi pemerhati turut membantuku.

“Tak apalah kak, aku boleh bangun sendiri..”

Kataku sambil cuba menepis bantuan mereka namun ternyata tubuhku benar-benar tidak kuat. Kesakitan yang melampau membataskan pergerakanku.

“Ehhh jangan la macam tu dik..kami boleh tolong adik..Adik sakit tu..”

Kata kakak Hafiz lagi. Dia bersungguh-sungguh membantuku untuk bangkit dan perlahan-lahan mengawasiku untuk masuk ke bilik. Hafiz sekadar mengekori dari belakang. Aku malu sendiri. Bodoh! Kenapa aku jadi lemah macam ni! Aku tak patut tunjuk kelemahanku depan semua orang terutamanya Hafiz. Aku berasa benar-benar tak berguna!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience