BAB 7

Romance Completed 21305

“Boss nak mula cari lelaki tu bila?”

Soal Michael tiba-tiba semasa aku menikmati makan malamku di sebuah gerai mamak di tepi jalan.

“Lelaki mana?”

Soalku tidak mengerti. Air teh tarik panas aku hirup perlahan.

“Alah boss..lelaki yang Abang Bob suruh kita bunuh tu..Boss dah lupa ke?”

Soal Michael lagi. Ingatanku mula terencap pada foto lelaki yang Abang Bob beri padaku.

“Hurmm..nantilah..”

Jawabku malas.

Entah kenapa aku tiba-tiba jadi malas mahu memikirkan soal itu.

“Nantilah? Bila tu boss? Kita ada masa 3 minggu lagi ni. Kalau tak mati kita..”

Michael merungut. Aku menjelingnya tajam.

“Hey, lu cakap macam tak percaya kat gua je…Gua pasti boleh cari mamat tu dalam satu hari je. Lu tak payah nak risau lebih-lebih…”

Rengusku.

Michael seolah-olah tidak meyakini kebolehanku.

“Macam mana aku tak risau boss..Ini soal nyawa kita. Kalau tersilap langkah, Abang Bob boleh bunuh kita boss…”

Michael masih menunjukkan riak kerisauan. Hatiku mula panas dengan sikap pengecut Michael.

“Lu ni dah kerja dengan gua berapa lama? Pernah ke gua terlepas orang yang patut kena bunuh? Tak pernah kan?!”

Soalku kasar.

“Ye boss..memanglah tak pernah..Tapi..”

“Jadi kalau lu dah tahu, lu diam!”

Tengkingku kuat membuatkan beberapa pelanggan yang berdekatan dengan kami tersentak. Michael terdiam tidak terkata melihat keberanganku. Wajahku masam mencuka. Seleraku tiba-tiba mati gara-gara Michael.

“Err..boss jangan la marah. Aku mintak maaf. Tak ada maksud nak sakitkan hati boss…”

Kata Michael dengan suara terketar-ketar. Amarahku sedikit kendur mendengar perkataan maaf itu.

“Hurmm..lu lain kali jangan nak jadi pengecut sangat. Buat malu kaum gengster je! Lu kena percaya sama gua..Gua tak pernah gagal dalam misi yang Abang Bob bagi!”

Tegasku.

“Betul tu boss..”

Jawab Michael seakan akur dengan kata-kataku. Aku diam. Malas lagi mahu cakap pasal benda ni. Buat semak otak je. Yang pasti kini, aku masih menyusun strategi untuk mencari lelaki tak guna tu. Masih segar dalam ingatanku betapa kurang ajarnya dia denganku semasa kejadian ‘accident’ tempoh hari. Sakit bahuku akibat dipulas oleh lelaki itu masih terasa.

Dendam aku padanya semakin membuak-buak. Aku akan pastikan kali ini dia tidak akan terlepas! Aku pasti hidupnya tak kan lama. Hasrat Abang Bob untuk melihat mayatnya pasti akan aku tunaikan. Jika aku berjaya melangsaikan misi kali ini, sudah pasti Abang Bob akan lebih mempercayai aku! Aku semakin yakin dengan rancanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience