BAB 11

Romance Completed 21305

Aku termenung di jendela. Suasana malam ini begitu dingin. Bulan purnama memacarkan cahaya yang cukup cerah menjadikan malam ini cukup indah. Bunyi cengkerik yang bersahutan sedikit sebanyak menyedapkan hatiku yang sedang serabut. Aku serabut memikirkan bagaimana aku boleh tercampak di tempat terpencil seperti ini. Pelbagai persoalan bermain di fikiranku namun satupun aku tidak dapat menangkap jawapannya. Aku benar-benar tidak faham macam mana semua ni boleh berlaku?

Siapa dalang dalam kemalangan tempoh hari. Aku yakin percubaan untuk membunuh aku sudah lama dirancang. Kerana rancangan mereka Michael terbunuh, dan aku pula cedera parah. Aku mengetap bibir. Memang orang yang merancang pembunuhan ni mesti dihapuskan segera! Marahku meluap-luap. Aku mesti cari rancangan siapa ni? Mungkinkah Tony ? Ye, Tony! Aku yakin tiada siapa lagi yang cuba menghapuskan aku selama ini selain Tony. Kalau betul lah Tony jadi dalang semua ini, aku pasti akan balas dendam padanya atas kematian Michael, pengikut setia yang paling aku percayai! Aku tak kan biarkan dia bernafas dan bergerak bebas di muka bumi ini. Aku menggenggam penumbuk. Dendamku kian membara.

“Kristina…”

Kak Tiha, kakak Hafiz tiba-tiba menyapaku sekaligus menghentikan lamunanku.Aku berpaling.

“Ye kak..”

Sahutku.

“Jom makan sama-sama…kamu dari pagi belum makan lagi kan? Tak lapar ke?”

Soalnya lembut.

“Tak apalah kak, aku tak ada selera..”

Jawabku sepatah.

“Janganlah macam tu…kalau kamu nak cepat sembuh..kamu kena makan. Makan sikit pun jadilah..”

Pujuk Kak Tiha lagi. Aku sedikit terharu melihat sikap ambil berat Kak Tiha. Tak pernah ada orang melayan aku sebaik ini selama 25 tahun aku hidup.

“Tak apa la kak..aku ok je. Aku takut nanti makanan tu tak cukup pulak untuk akak dengan Hafiz..”

Aku cuba berdalih.

“Ish mana pulak tak cukup.. Makanan tu terlebih cukup untuk kami berdua. Hari ini akak sengaja masak lebih untuk kamu. Jomlah…”

Kata Kak Tiha lagi. Dia merapati tubuhku sambil mengusap bahuku. Hati kecilku tersentuh dengan layanan baik Kak Tiha.

“Jom lah…kita makan sama-sama ye…”

Kak Tiha masih memujukku. Aku serba salah.

“Baiklah kak..”

Akhirnya aku akur jua dengan pujukan Kak Tiha. Entah kenapa, aku rasa seperti bersalah sangat kalau aku tidak tunaikan pelawaan Kak Tiha. Dia terlalu baik dan sentiasa berlemah-lembut denganku. Terasa jauh benar perangainya denganku. Aku jadi malu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience