“Kristina…marilah kita solat sama-sama…”
Ajak Kak Tiha. Aku sedang asyik menonton televisyen di hadapanku.
“Solat?”
Soalku tidak mengerti.
“Ye..solat Maghrib. Dah masuk waktu dah ni..Marilah kita solat berjemaah..”
Ajak Kak Tiha lagi. Aku termenung seketika. Macam mana mahu solat? Sungguh, selama ini aku tidak pernah solat. Bagaimana caranya pun aku tidak tahu. Baru kini aku sedar betapa jahilnya aku.
“Maaf kak..aku tak tahu macam mana nak solat..”
Jawabku berterus-terang. Kak Tiha sedikit terkejut.
“Kamu tak pernah solat ke sebelum ni?”
Soal Kak Tiha hairan.
“Tak pernah kak. Boleh akak ajar saya?”
Pintaku tanpa segan-silu. Sungguh, hatiku benar-benar tergerak mahu mempelajari cara-cara solat.
“Boleh, tak ada masalah..sekarang kamu tak datang bulan kan?”
Soal kak Tiha lagi.
“Tak kak, kenapa?”
“Tak ada la..kalau datang bulan tak boleh solat..”
“Owh macam tu…”
Aku mengangguk memahami maksud Kak Tiha.
“Sebelum solat, kita kena ambil air sembahyang dulu..”
Sambung Kak Tiha. Aku mengerutkan keningku.
“Ambil air sembahyang? Macam mana tu kak?”
Aku semakin hairan.
“Mehla akak ajar, kamu pergi salin baju dulu..nanti tunggu akak kat bilik air ye..”
Kata Kak Tiha lembut.
“Ok kak…”
Jawabku akur dengan saranannya. Perlahan-lahan aku menuju ke bilikku untuk menukar baju. Perasaanku untuk mempelajari segala tentang solat semakin membuak-buak.
Share this novel