“Assalamualaikum Kristina…”
Sapa Hafiz. Aku memandangnya sekilas. Kelihatan dia begitu segak dengan baju melayu serba putih siap dengan samping dan bersongkok. Dia mendekati aku perlahan-lahan.
“Waalaikumussalam..”
Jawabku malu-malu.
Sungguh indah perasaanku ketika ini. Baru beberapa minit yang lalu kami selamat diijabkabulkan. Akhirnya aku akur dengan ketentuan Allah bahawa Hafizlah jodoh aku. Aku menerimanya dengan penuh terbuka hati. Walaupun pernikahan kami hanya dilakukan secara kecil-kecilan, namun kami cukup gembira. Aku yakin aku akan kekal bahagia bersamanya.
“Sayang sihat?”
Soalnya lembut sambil mengucup dahiku. Kehangatan kucupannya cukup meggetarkan jiwaku.
“Aku sihat je..kau..”
Jawabku acuh tak acuh.
“Bukan ‘kau’ la..panggil je abang…Kan lagi sedap bunyinya…”
Aku tersenyum kecil. Janggalnya rasa.
“Baiklah abang…”
Kataku teragak-agak.
“Macam tu la sayang…macam mana perasaan sayang sekarang?”
“Perasaan macam mana tu?”
Soalku tidak mengerti.
“Yelah..perasaan jadi isteri abang.. Bukan senang tau nak kahwin dengan abang…”
“Rasa biasa je..tak ada apa-apa yang menarik pun..”
Aku cuba berbohong. Namun, jauh di sudut hatiku berasa bahagia kerana dapat berada di samping Hafiz untuk selama-lamanya. InsyaAllah..
“Haii..tak kan rasa biasa je..Tak rasa luar biasa?”
Soal Hafiz lagi.
“Tak pun..”
“Tipu abang ye…”
“Lah..Tina cakap betul lah..”
Aku merungut.
“Tina? Hurmm sedap jugak panggil macam tu…Tina..”
Hafiz bergurau lagi. Aku ketawa kecil.
“Memang dari dulu nama manja Tina macam tu..kenapa tak percaya?”
Soalku manja.
“Of course la abang percaya…Tina…”
panggilnya lagi.
“Ye abang…”
“Terima kasih banyak-banyak…”
Matanya redup memandangku.
“Sebab?”
Soalku tidak mengerti.
“Sebab sudi jadi isteri abang yang sah..dah lama abang tunggu saat ni..”
Ikhlas dia menuturkan kata.
“Tina pun nak ucap terima kasih…”
“Sebab?”
Soalnya pula.
“Sebab sudi terima Tina sebagai isteri abang walaupun Tina banyak kekurangan. Tina janji akan jadi isteri abang yang solehah hingga ke syurga…”
Janjiku ikhlas.
“Amin..insyaAllah…Abang nak mintak satu benda boleh?”
Aku mengerutkan kening mendengar soalannya.
“Apa dia?”
“Boleh tak lepas ni, sayang pakai tudung. Sayang lagi cantik kalau pakai tudung. Nampak ayu sangat…”
Katanya sambil mengusap lembut pipiku. Aku terpana.
“InsyaAllah abang…mulai hari ni Tina akan patuh pada segala suruhan abang…Tina harap abang sentiasa bimbing Tina ke jalan lurus ye…”
Kataku penuh syahdu. Rasa terharu menular dalam hatiku.
“InsyaAllah…”
Jawabnya sambil tersenyum manis. Aku turut tersenyum. Pandangan kami bertautan. Lama. Aku sungguh bahagia kini. Sesungguhnya inilah nikmat perkahwinan yang Allah janjikan dalam Islam. Aku berharap kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke syurga.
Share this novel