Aku tersedar dari tidur tiba-tiba. Kedengaran sayup-sayup orang bertumbuk di luar bilik tempat aku dikurung. Aku mengengsot beberapa tapak ke belakang. Hatiku yang baru beransur tenang bergolak kembali. Apa lagi yang berlaku ni? Aku berdoa banyak-banyak pada Allah supaya tiada apa-apa berlaku padaku kali ini. Bunyi tumbukan semakin kuat sepertinya begitu hampir denganku. Dadaku seperti mahu pecah.
Aku takut Abang Bob dan Tony akan datang membunuhku. Aku cuba meronta dan menguis kaki dan tanganku untuk membuka ikatan tali yang agak kemas namun masih tidak berjaya. Aku hampa. Ya Allah, tolonglah aku, kalau ditakdirkan nyawaku setakat ini sahaja, aku redha Ya Allah tapi tempatkanlah aku di kalangan orang-orang yang beriman di akhirat kelak. Aku berdoa di dalam hati.
Tiba-tiba kedengaran pintu bilik itu ditendang kuat. Aku menjerit ketakutan. Aku bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Aku memejamkan mata rapat-rapat. Selawat dan istighfar tidak putus-putus meniti dari bibirku.
“Kristina!”
Laung lelaki di hadapanku. Suaranya seperti…
“Abang Hafiz!!”
Jeritku kuat.
Kelihatan Hafiz sedang berdiri di hadapanku. Dia cepat-cepat mendapatkanku lantas membuka ikatan di pergelangan tangan dan kakiku.
“Abang, kenapa datang?”
Soalku cemas. Aku takut tiba-tiba Tony dan Abang Bob muncul di situ.
“Abang datang selamatkan Tina la ni…Cepat Tina! Kita pergi dari sini!”
Bisiknya. Hafiz membantu aku untuk bangkit. Kudratku begitu lemah kini. Perutku semakin kuat memulas. Tiba-tiba aku rasakan ada darah merah pekat mengalir dari celah kangkangku.
“Abang! Darah!”
Aku menjerit kecil.Mataku dihalakan kepada kainku yang basah dengan darah. Hafiz turut menyoroti pandanganku.
“Ya Allah, kenapa ni? Sayang ok ke ni? Boleh jalan?!”
Soal Hafiz panik.
“Abang, Tina tak boleh jalan. Sakit! Baik abang pergi dari sini! Nanti Tony dan Abang Bob akan bunuh abang..”
Kataku sayu.
“Tidak sayang! Abang tak kan biarkan sayang kat sini, abang mesti bawak sayang keluar dari sini!”
Tegas Hafiz.
“Tapi abang…Tina..”
Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Hafiz lebih pantas mendukungku di belakangnya.
“Paut bahu abang kuat-kuat…jangan banyak cakap.”
Tegasnya lagi. Aku akur. Bahunya ku paut kemas. Manik jernih mula mengalir dari tubir mataku. Sungguh aku terharu dengan pengorbanan Hafiz. Hafiz terkocoh-kocoh berlari keluar dari bilik itu dan menuju ke pintu utama rumah kosong itu. Kelihatan beberapa kuncu-kuncu Abang Bob bergelimpangan tidak sedarkan diri di situ. Mungkin akibat dibelasah teruk oleh Hafiz.
“Berhenti!”
Langkah Hafiz terhenti. Kami berpaling serentak ke arah suara itu. Aku terkejut bukan kepalang apabila melihat Tony dan Abang Bob serta beberapa kuncunya yang lain sedang berdiri beberapa meter dari tempat kami berdiri. Aku kaget.
“Abang, macam mana ni?!”
Soalku ketakutan.
“Sayang tenang saja. Abang boleh settlekan semua ni.”
Bisik Hafiz.
Sikitpun dia tidak gentar dengan keadaan kini. Dia meletakkan tubuhku perlahan-lahan.
“Abang, jangan!”
Aku menarik tangannya, cuba menghalang Hafiz dari pergi ke arah mereka. Aku tak mahu apa-apa jadi padanya.
“Sayang jangan risau, abang tak kan kalah pada diorang.”
Jawabnya cuba meyakinkan aku. Aku semakin gusar.
“Hafiz! Akhirnya lu datang jugak ye!”
Laung Abang Bob. Tony di belakangnya tersenyum sumbing.
“Ye, aku datang! Berani kau sentuh isteri aku! Lawan kau bukan dia tapi aku!”
Hafiz turut melaung kuat.
“Tapi lu bukan lawan gua! Gua tak mahu berlawan dengan lu tapi gua mahu bunuh lu!”
Kata Abang Bob lagi. Dia dan kuncu-kuncunya sudah bersedia dengan kayu sebesar betis untuk memukul Hafiz.
“Kau jangan mimpilah nak bunuh aku! Kau yang akan aku bunuh dulu!”
Hafiz ketawa sinis. Aku semakin takut. Ya Allah, selamatkanlah suamiku itu.
“Hafiz, lu memang dari dulu memang berlagak punya orang lar. Lu jangan main-main dengan gua. Lu pasti mampus punya hari ni!!”
“Kita tengok siapa yang mampus dulu!”
Jawab Hafiz selamba membangkitkan lagi kemarahan Abang Bob.
“Tak guna punya orang!!”
Laung Abang Bob. Kali ini mereka beramai-ramai datang menyerang Hafiz. Pukulan demi pukulan yang hadir berjaya ditangkis cekap oleh Hafiz. Hafiz berlawan tanpa sebarang senjata. Pergerakan Hafiz begitu pantas seperti angin sehingga sukar dibaca oleh pihak lawan. Aku terpegun melihat ketangkasan Hafiz berlawan, kelihatan seperti seorang samurai handal sedang menangkis serangan lawannya. Satu demi satu serangan dipatahkan oleh Hafiz. Hafiz membuat pusingan layang beberapa kali dan menyiku kepala mereka sekali gus dalam masa yang singkat sehingga mereka jatuh tersungkur. Sepuluh orang lawan satu masih tidak boleh merobohkan pertahanan Hafiz.
Namun, aku tetap meneruskan doa di dalam hati. Aku amat berharap, Hafiz tidak akan tercedera dalam pertarungan ini.
Tanpa ku duga, tiba-tiba aku terdengar bunyi beberapa das tembakan yang agak kuat memecah kesunyian petang itu. Kelihatan Tony sedang menghalakan sepucuk pistol Revolver ke arah Hafiz.
“Arghhhh!!!”
Hafiz menjerit nyaring. Dia jatuh tersungkur. Dia memegang bahu kanannya. Darah deras memancut-mancut dari bahunya. Hafiz ditembak!! Serangan tadi terhenti.
“Abang!!!”
Aku terus berlari mendapatkannya. Nafasku tercungap-cungap. Kesakitan pada perutku hilang dengan serta-merta. Aku terus merangkul kepalanya dan mengusap lembut rambutnya. Wajahnya jelas menahan kesakitan yang teramat. Nafasnya berubah kasar. Mulutnya terketar-ketar mahu mengatakan sesuatu.
“Abang! Abang mesti kuat! Jangan tinggalkan Tina.”
Aku meratap pilu. Air mata semakin deras mengalir di pipiku.
“Ma…af…kan a..a..bang sa..yang…Abang tak mampu nak melindungi sayang…”
Kata Hafiz dengan nada yang tersekat-sekat. Aku semakin sebak.
“Tidak abang! Abang kuat! Abang mesti bertahan…abang tak boleh pergi lagi!”
Raunganku semakin kuat.
“Sayang….”
Panggil Hafiz dengan suara yang terketar-ketar.
“Ye abang.”
“Boleh janji dengan abang?”
Nafas Hafiz semakin deras. Dadanya turun naik. Aku semakin panik.
“Janji apa abang? Janji apa??”
“Tolong janji dengan abang, kalau abang mati, tolong jaga Kak Tiha dan anak kita baik-baik ya. Abang sayang Tina sangat-sangat. I love you so much! Arghhhh.”
“Tidak abang! Tidak!! Jangan cakap macam tu! Abang mesti kuat!!”
Laungku kuat. Namun kini, nafas Hafiz semakin lemah. Mulutnya sedikit ternganga. Matanya terbelalak seperti menahan sakit sakaratulmaut yang terlalu perit. Darah dari bahu kanannya semakin banyak mengalir. Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Tidak! Hafiz tidak boleh mati! Amarahku tiba-tiba memuncak. Aku menjeling tajam ke arah Tony dan Abang Bob. Mereka memandangku tanpa sedikitpun rasa bersalah.
“Tak guna! Korang mesti mampus!!”
Teriakku seperti terkena serangan histeria. Tubuhku tiba-tiba menjadi kuat. Rambutku aku ikat kemas. Aku menggenggam penumbukku erat. Aku tekad akan membunuh dua syaitan yang bertopengkan manusia ini hari ini jugak! Aku mesti menuntut bela atas kematian Hafiz! Tony dan Abang Bob mesti mampus!
Share this novel