BAB 6

Romance Completed 21305

Aku memerhatikan gelagat orang-orang sekelilingku yang terkinja-kinja menari mengikut rentak lagu rancak yang cukup membingitkan telinga di kelab malam ini. Namun, sedikit pun tidak menggerakkan hatiku untuk turut serta menari seperti mereka. Aku benar-benar tak ada mood. Malam ini aku datang ke sini seorang diri tanpa ditemani oleh pengikut-pengikut setiaku termasuklah Michael, orang kananku sendiri.

Aku ingin menyendiri. Aku ingin melempiaskan segala kesakitan dalam hatiku. Ternyata mimpi itu yang datang hampir setiap malam benar-benar menganggu fikiranku. Walaupun jauh di sudut hatiku, aku puas kerana dapat membunuh ayah dengan tanganku sendiri walau tanpa sengaja namun entah kenapa hingga kini aku masih tidak dapat melupakan perbuatan ayah pada aku.Hatiku tidak pernah berasa tenang.

Parut luka yang ayah tinggalkan padaku masih terasa sakitnya. Sampai mati pun aku akan ingat kekejaman ayah padaku! Dendam aku pada ayah tak pernah berakhir!

“Hai cik adik manis..sorang je?”

Lamunanku mati apabila tiba-tiba seorang lelaki yang datang entah dari arah mana menegurku. Aku menjelingnya tajam. Aku diam tidak menjawab pertanyaannya. Malas.

“Amboi, sombongnya dia….mehla temankan abang..Abang pun sorang jugak ni…”

Kata lelaki itu.

Aku memandangnya dari atas hingga bawah. Huh, muka macam pecah rumah, ada hati nak mengurat anak orang. Aku masih berdiam diri. Sungguh aku tak ada mood mahu bercakap kini.

“Ala.. adik manis. Jangan lah senyap je. Malu dengan abang ye..”

Kata lelaki itu lagi masih tidak berputus asa. Dia cuba membelai rambutku yang panjang mengurai namun pantas aku tepis. Aku semakin rimas.

“Huii..garangnya dia..Tak baik garang-garang…nanti cepat tua..”

Geli tengkuk aku mendengar kata-kata romeo lelaki itu. Kali ini dia cuba memeluk aku namun aku lebih pantas menolak tubuhnya kasar. Dia terdorong ke belakang hingga hampir tersungkur.

“Heiii bro, lu jangan berani nak sentuh gua!”

Aku mula bersuara. Darah panas mula menyerbu ke mukaku. Geram betul la aku dengan mamat miang ni.

“Wow! Excellent! Ganas gila awek ni…I like…”

Lelaki itu tergelak sinis. Dia membetulkan jaket hitam yang membaluti tubuhnya. Beberapa orang lelaki lain cuba menghampiriku. Aku yakin, ini semua mesti kuncu-kuncu lelaki tersebut. Aku sedikitpun tidak gentar. Aku bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Tapi, malam ini aku sungguh tiada mood untuk bertarung dengan sesiapa. Daripada aku duduk di sini, baik aku balik! Rimas aku!

“Tunggu!”

Laungan lelaki itu mematikan langkahku. Aku menjelingnya tajam. Apa lagi la mamat ni? Tak puas hati lagi? Nak kena sepak ke?

“Kenapa? Lu mau apa lagi? Tak puas hati ke?”

Aku menyoalnya sinis. Wajahnya berubah tegang. Dia menghampiriku.

“Memang aku tak puas hati! Kau mesti minta maaf dengan aku sekarang!”

Suara lelaki itu berubah tegas. Aku tersenyum sumbing.

“Minta maaf? Lu suruh gua minta maaf ye? Pergi mampus la lu!!”

Tengkingku sekuat hati kemudian aku tergelak sinis. Dia terdiam. Wajahnya semakin tegang.

“Kurang ajar punya betina! Kau nak mati ke?!”

Balas lelaki itu.

“Gua rasa lu yang akan mati dulu! Muka macam anjing ada hati nak kacau gua..”

Aku menyindirnya tajam.

“Kurang ajar!”

Katanya sambil cuba menampar mukaku namun aku lebih pantas menepis. Tangannya aku genggam kasar lantas aku pulas lengannya sekuat hati sehingga dia menyeringai kesakitan. Tubuhnya aku sepak dengan lututku sekuat hati sehingga dia jatuh tersungkur mengenai meja kaca yang terdapat di situ hingga pecah. Suasana yang tadi bingit tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Semua pengunjung di situ menjerit ketakutan. Semua mata yang ada memandang ke arahku. Aku tersenyum sinis kepada lelaki itu.Padan muka!

“Sial! Woii, korang tunggu apa lagi…serang la betina tak guna tu!”

Laung lelaki itu kepada kuncu-kuncunya yang semuanya berbadan besar. Dia masih menahan kesakitan pada perutnya.

Sekelip mata kuncu-kuncunya menyerangku bertubi-tubi. Namun, aku berjaya mematahkan serangan demi serangan mereka dengan mudah. Tiba-tiba salah seorang dari mereka memelukku kuat dari belakang, cuba mengunci kemas pergerakanku.

Kelihatan seorang lagi meluru laju ke arahku untuk melakukan sepakan ke arah perutku. Dengan pantas aku mengangkat tubuhku lalu melunjurkan kedua-dua belah kaki dan menendang lelaki itu sekuat hatiku. Kemudian, aku menyiku kuat perut lelaki yang sedang memegangku hingga dia jatuh tergolek di belakangku. Mereka tidak berpuas hati. Kali ini mereka menggunakan serpihan gelas pecah untuk menikamku namun aku lebih pantas mengelak. Kepala mereka aku lagakan sesama sendiri. Mereka jatuh tersungkur lagi. Dan kali ini mereka menggelupur kesakitan sehingga mereka tidak berdaya untuk bangkit. Lelaki itu selaku ketua mereka tergamam melihatku.

Aku menghampirinya perlahan-lahan. Hatiku masih panas dengan perangai kurang ajarnya sebentar tadi. Aku cuba menghadiahkan satu tumbukan ke mukanya.

“Maafkan aku cik..maafkan aku..aku janji lain kali aku tak kan ganggu kau lagi…”

Belum sempat tumbukan itu mengenai mukanya, lelaki itu merayu ketakutan. Acara aku terhenti seketika.

“Hah tahu pun takut! Lu ingat, lain kali kalau lu sentuh gua lagi..nahas lu!!”

Sergahku sambil mencekak kolar bajunya.

“Ye cik, aku janji…tolonglah lepaskan aku..”

Lelaki itu merayu lagi. Aku tergelak sinis. Aduh, harap badan je sasa tapi penakut. Apa punya orang la, buat malu kaum adam je. Namun, aku cukup puas malam ini kerana sedikit sebanyak amarahku dapat aku lempiaskan dengan pertarungan yang tidak disengajakan ini. Sekurang-kurangnya aku dapat melupakan peristiwa hitam itu buat seketika!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience