“Kristina! Bangun! Kita dah lambat ni!”
Lamunanku mati apabila kedengaran laungan dari luar pintu bilikku.
Aku terus menuju ke arah muka pintu. Aku membuka kasar pintu bilikku.
“Weyh, lu apa hal? Lu tahu tak gua tengah syok tidur? Apa barang lu kacau?!”
Marahku kepada lelaki di hadapanku. Dia pengikut setiaku. Namanya Michael.
“Sorry la bos. Kita dah lambat ni.”
Jawab lelaki yang berambut ceracak ala-ala punk itu dengan selamba.
“Lambat nak pi mana?!”
Soalku kasar.
Geram betul bila ada orang kacau aku pagi-pagi buta ni.
“Kan pagi ni kita ada projek besar dengan Abang Bob, bos dah lupa ke? Penting ni bos, kalau tak pergi nanti Abang Bob marah aku pulak.”
Dengar sahaja nama Abang Bob, mataku terus segar. Baru aku ingat hari ini bos besarku mahu jumpa. Aku memandang jam dinding bilikku. Hah?! Jam 9 pagi sudah?!
“Sial la lu! Kenapa lu tak kasi tahu gua awal-awal! Lambat siot!”
Marahku kepada Michael sambil menujah kepalanya. Hatiku benar-benar panas!
“Aku dah kasi tahu la ni kat bos.”
Jawab Michael jujur.
“Hah! Ye la tu, dah lambat gila macam ni baru lu nak kasi tahu. Bangang la lu!”
Aku menengking Michael kuat. Lantas aku hempas pintu kasar membiarkan Michael yang terkebil-kebil di situ. Argh! Lantak dia lah! Yang penting aku kena cepat bersiap sekarang supaya aku tidak terlambat untuk bertemu dengan Abang Bob, ketua kumpulanku yang terunggul di Kuala Lumpur.
Aku tak mahu melepaskan peluang keemasan untuk mengetuai projek besar Abang Bob. Aku yakin kalau aku dapat melaksanakan projeknya yang satu ni dengan baik, pasti aku akan dapat kedudukan tertinggi di sisi Abang Bob dan sudah pastinya aku akan menjadi pemangku ketua kumpulan Mario yang sangat ditakuti oleh semua kumpulan gangster di KL ini. Aku mula memasang angan-angan.
Share this novel