Aku termenung di balkoni rumah Hafiz. Aku memandang langit. Gelap. Tiada lagi cahaya bulan purnama yang indah. Malam ini kelihatan sungguh kelam seperti memahami jiwaku yang sedang berkecamuk. Kata-kata Hafiz petang tadi benar-benar membuatkan jiwaku kacau. Apakah aku juga menyintainya seperti dia menyintaiku? Perlu ke aku terima lamarannya? Aku buntu. Pelbagai persoalan dan kemungkinan bermain di fikiranku. Sungguh tak pernah terfikir dalam kamus hidupku untuk berkahwin atau mempunyai suami.
Trauma yang aku alami akibat perbuatan terkutuk ayahku membuatkan hatiku benar-benar tertutup untuk mana-mana lelaki. Bagiku lelaki semuanya sama! Semuanya menganggap golongan wanita sebagai simbol seks dan golongan yang lemah. Tapi, Hafiz lain. Hafiz tidak seperti lelaki lain. Itulah yang membuatkan hatiku sering terusik. Aku suka pada kelembutan tutur katanya yang penuh berhikmah dan sikap tanggungjawab yang ada pada dirinya.
Hafiz dan Kak Tiha seperti sudah sebati dalam jiwaku. Mereka dua beradik seperti sangat menyayangiku seperti keluarga mereka sendiri. Selama aku hidup, inilah pertama kali aku merasakan seperti mempunyai sebuah keluarga. Aku bahagia sangat. Kalau boleh, aku tidak mahu kebahagiaan ini berakhir.
“Kristina…masuklah dalam..sejuk di luar tu..”
Sapa Kak Tiha. Aku berpaling ke arahnya. Aku tersenyum hambar.
“Tak apalah kak..saja nak ambil angin kat luar sekejap..”
Jawabku bersahaja.
“Kakak tengok Kristina macam ada masalah je. Tak nak kongsi dengan akak ke?”
Soal Kak Tiha ingin tahu.
“Tak ada apa-apalah kak. Saya ok je…”
“Betul ke ni?”
Soal Kak Tiha seperti tidak percaya.
“Betul kak..saya ok lah…Hafiz mana kak? Dari tadi tak nampak…”
Aku cuba mengalih topik perbualan.
“Owh..Hafiz dia pergi kenduri tahlil kat kampung sebelah. Mungkin lambat sikit dia balik hari ni..”
Jawab Kak Tiha.
“Owh yeke..”
Aku mengangguk-angguk. Patutlah tak nampak dia sejak pulang dari jalan-jalan petang tadi. Aku ingatkan dia marahkan aku.
“Kristina..”
Panggil Kak Tiha lembut.
“Ye kak..”
Sahutku. Kak Tiha merapatiku dan duduk bertenggek di balkoni di sebelahku.
“Hafiz ada beritahu Kristina apa-apa ke?”
Aku tersentak bila Kak Tiha tanya begitu.
“Beritahu pasal apa kak?”Soalku tidak mengerti.
“Pasal dia nak nikah dengan Kristina…dia tak beritahu?”
Aku terkedu. Macam mana pulak Kak Tiha boleh tahu ni?
“Err..ada…”
Jawabku teragak-agak.
“Jadi, kamu terima lamaran dia?”
Soal Kak Tiha lagi. Aku menelan air liur. Apa yang perlu aku jawab ni. Dahla aku memang tengah serabut pasal ni sekarang.
“Entahla kak…”
Jawabku ringkas. Tidak tahu mahu jawab macam mana.
“Kristina..akak harap kamu terima la Hafiz. Akak suka sangat kalau dia kahwin dengan kamu. Lagipun dia tu bukannya muda lagi…”
Kata Kak Tiha penuh berharap. Aku mengetap bibir. Rasa serba salah pulak.
“Tapi kak..saya belum bersedia…”
“Tak apalah, kamu ambil lah masa fikir. Tapi akak mahu yang terbaik untuk kamu berdua. Lagipun tak manislah tengok kamu pergi mana-mana berdua-duaan tanpa ikatan yang sah. Takut orang kampung bawak mulut je..”
Sambung Kak Tiha lagi.
“Kak Tiha…sebenarnya saya takut…”
“Takut pasal apa pulak?”
“Saya takut tak dapat bahagiakan Hafiz. Kalau dia tak bahagia, mesti akak pun akan susah hati. Saya tak layak untuk dia kak..”
Akhirnya aku meluahkan segala yang terbuku di hatiku.
“Kristina..jangan lah cakap macam tu. Akak kenal sangat adik akak tu. Dia tak pernah tipu perasaannya. Kalau dia cakap dia suka Kristina, memang betul lah tu. Hafiz tak pandai nak main sorok-sorok…Akak yakin Kristina betul-betul layak untuk jadi isteri dia…”
Jawab Kak Tiha sambil tersenyum. Bahuku diusap lembut. Kata-kata Kak Tiha sedikit sebanyak menenangkan hatiku.
“Saya rasa Hafiz terlalu baik lah untuk orang macam saya Kak..saya banyak buat dosa..”
Kataku sayu.
“Akak faham Kristina. Soal dosa pahala itu kita serah pada Allah. Mintak ampun dariNya. Hafiz pun dulu bukan macam sekarang. Dia pun banyak buat dosa jugak dulu tapi Alhamdulillah sekarang dia dah insaf. Sama-samalah kita bertaubat ye…”
Pujuk Kak Tiha. Aku begitu sebak mendengar perkataan ‘taubat’ di situ.
“Yang penting sekarang akak nak tengok Hafiz dan Kristina bahagia hidup bersama.. Akak harap Kristina boleh jadi adik ipar akak..Kak Tiha sayang Kristina macam akak sayang Hafiz.. Akak dah tak ada orang lain dah selain Hafiz. Kalau Hafiz bahagia, akak pun bahagia jugak. Jadi, akak mintak tolong sangat-sangat dengan Kristina..tolong jangan kecewakan Hafiz ye…”
Kak Tiha memujukku lagi. Aku semakin terharu. Ya Allah, mulianya hati Kak Tiha. Tidak sangka dia merestui hubungan aku dengan Hafiz selama ini dengan hati terbuka.
“InsyaAllah kak…”
Jawabku ringkas.
Melihat kesungguhan Kak Tiha untuk aku menjadi isteri Hafiz betul-betul membuatkan aku serba salah. Namun, aku yakin, apa yang Kak Tiha katakan itu benar belaka. Hafiz adiknya, dia lagi masak dengan hati dan perasaan adiknya. Sedikit sebanyak, keyakinanku untuk menerima lamaran Hafiz semakin tinggi.
Tapi, apa-apapun aku mesti meminta petunjuk dari Allah. Aku akan buat solat istikharah seperti yang Hafiz pernah ajar aku. Jika benarlah Hafiz adalam jodohku, aku akan terima dengan hati terbuka. Tapi sekiranya bukan, apa aku nak buat? Aku keliru lagi.
Share this novel