“Ayah..jangan!”
Aku berteriak nyaring. Namun sedikitpun ayahku tidak menghiraukan teriakanku.
“Ayah! Tolong Tina ayah…ampunkan Tina!”
Aku masih merayu.
“Kau diam!”
Satu tamparan kuat hinggap di pipiku. Ayahku semakin menggila. Nafsu serakahnya semakin mengganas. Tubuh kecilku dihenyak tanpa belas kasihan.
“Tolong ayah…sakit!”
Aku menjerit lagi. Kudratku semakin lemah. Namun, ayahku langsung tidak mengendahkan jeritanku. Dia semakin rakus memperkosaku. Aku hanya mampu menangis dan menangis.
“Hentikan ayah! Tolong!”
Suaraku bergema memecah kesunyian malam namun tiada siapa pun yang bisa mendengar suaraku ketika ini.
“Diamlah bodoh!!”
Satu tumbukan ganas hinggap pula di perutku yang kurus sekeping itu. Rambutku ditarik kasar.
“Jangan pukul ayah! Jangan pukul!”
Aku menjerit kesakitan. Terasa teramat perit. Tidak tertahan azab ini ku rasakan.
“Hah! Ambik kau! Aku kata diam-diamlah! Jangan berani nak lawan aku!!”
Ayahku semakin menyinga. Tubuh kecilku disepak terajang sesuka hatinya. Aku semakin meraung kesakitan.
“Ampun ayah! Jangan buat Tina macam ni!!”
Jeritanku hanya sekadar tenggelam di kerongkong. Sungguh tidak terdaya lagi aku mahu melawan nafsu syaitan ayahku yang tidak terbendung lagi.
“Jangan ayah!!”
Aku menjerit nyaring. Aku terbangun duduk. Nafasku tercungap-cungap. Jantungku berdegup kencang. Peluh dingin memercik di dahiku. Air mata merembes laju di pipiku. Aku memandang sekeliling. Sunyi. Tiada lagi bayangan ayahku di sisiku.
Aku meraup wajahku beberapa kali. Sial! Mimpi itu datang lagi! Ternyata walaupun sudah lebih 15 tahun peristiwa hitam itu berlalu, namun mimpi ngeri itu masih menyelubungiku. Aku benci ayah! Ayah sudah menghancurkan masa depan dan maruahku! Ayah memang syaitan yang bertopengkan manusia! Dendamku pada ayah tak kan ada kesudahannya walaupun kini ayah sudah mampus! Aku meraung di dalam hati. Aku menyeka kasar air mata di tubir mataku. Bodoh! Aku tak patut menangis kerana jantan tak guna macam ayah. Geli aku untuk memanggil jantan gila itu sebagai ayahku.
Share this novel