3 tahun berlalu.
“Mama, Wawa lapar.”
Panggilan anakku itu membantutkan aktivitiku seketika.
“Ye Wawa, tengah sediakan makanan la ni sayang. Sabar ye.”
Pujukku. Bubur nasi yang dicampur daging yang dicincang halus hampir masak.
“Lambat lagi ke mama? Wawa lapar betul ni.”
Rungut Wawa lagi.
“Ye sayang, tunggu kejap je lagi. Wawa pergi la main dulu ye.”
“Ok mama.”
Jawab Wawa akur.
“Wawa, janganlah kacau mama. Meh main dengan mak long dulu.”
Tiba-tiba Kak Tiha menyampuk. Aku tersenyum.
“Yea yea, kalau macam tu mak long boleh ajar wawa main game lagi ye.”
Jawab Wawa riang. Aku ketawa kecil mendengar kepetahan anakku bercakap. Padahal Wawa baru berusia 3 tahun tapi percakapannya mengalahkan orang tua.
“Ok, mak long ok je. Tapi dengan satu syarat..”
Kata Kak Tiha.
“La..mak long ni…selalu ada syarat..”
Wawa memuncungkan mulut seakan memprotes.
“Mestilah, mana boleh main free je..”
“Yelah…yelah..Jadi, apa la syaratnya mak long?”
Soal Wawa bersungguh-sungguh.
“Syaratnya..malam ni Wawa mesti tidur dengan mak long…ok?”
Jawab Kak Tiha sambil mencuit hidung kecil Wawa.
“Ok!! No problem!!”
Jawab Wawa nyaring. Aku dan Kak Tiha ketawa serentak. Ada-ada je la diorang nih.
“Sayang…”
Sapa suamiku tiba-tiba setelah Wawa dan Kak Tiha telah hilang di sebalik ruang tamu.
“Ye abang..eh, awal abang bangun…”
Jawabku lembut.
“Awal apa..dah pukul 9 pagi dah ni. Sampai hati sayang tak kejutkan abang solat subuh.”
Kata suamiku seakan merajuk. Aku tersenyum.
“Haii abang, Tina dah kejutkan banyak kali dah subuh tadi, abang je yang tak nak bangun. Sekarang nak salahkan Tina pulak ek.”
“Yeke nih? Tak ada pun.”
Dia membantah.
“Adala, abang je yang tak sedar. Bila Tina kasi kejut, abang meracau-racau cakap mahu pergi London lah, mahu pergi Paris la…mengigau je ek!”
Jawabku sambil ketawa. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
“Owh ye ke…tula..dah sayang dari semalam asyik sebut pasal nak pergi London sampai termimpi-mimpi abang tau.”
Jawabnya sambil tersengeh.
“E’eh salahkan Tina pulak, abang tu yang cerita pasal tu lebih-lebih. Tina gurau je pun..”
Aku membantah.
“Ye lah tu, dari pagi sampai petang sayang asyik cakap benda sama je. Serabut abang tau.”
“Yelah, Tina salah. Tina selalu buat abang serabut kan.”
Jawabku seakan merajuk.
“Hehe..marah ke sayang?”
“Tak marah lah..Tina suka sangat.”
Jawabku sinis. Suamiku ketawa kecil.
“Abang ni dah mandi ke belum?”
Sambungku lagi.
“Belum, tapi abang tak mandi pun wangi tau. Cuba cium sikit.”
Katanya sambil mendekatkan diri kepadaku. Dia memelukku pantas dari belakang.
“Eii abang ni bucuk la! Pergi mandi cepat! Eii tak malu…”
Aku cuba menyakatnya.
“Mana ada busuk..cuba cium ketiak abang ni..wangi…”
Aku cepat-cepat menekup hidungku apabila suamiku mengangkat ketiaknya.
“Ish abang ni teruk la! Boleh pulak macam tu!”
Marahku sambil memukul bahu kanannya.
“Ouchhhh!! Sakitnya!!”
Tiba-tiba suamiku menyeringai kesakitan. Dia terduduk. Aku kaget.
“Abang? Ok ke ni? Sory la abang..Tina tak sengaja pukul kat situ…”
Aku gelabah. Bahunya aku urut lembut. Dahla tempat tu kesan luka tembakannya sewaktu ketika dahulu.
“Sakit sayang!!”
Jeritnya.
“Ala..yeke..Tina mintak maaf. Tina betul-betul tak sengaja…”
Aku semakin tidak keruan. Muka suamiku berkerut-kerut menahan sakit.
“Sakit! Aduhhh!”
Suamiku meraung lagi.
“Kamu ni kenapa Hafiz? Sakit apa?!”
Tiba-tiba Kak Tiha datang menyergah.
“Sakit kena pukul dengan Kristina…aduhhh”
Hafiz masih mengerang kesakitan.
“Abang, Tina mintak maaf. Tina tak sengaja. Abang cakap hari itu dah tak sakit kat kawasan tu.”
“Hah Tina, percaya sangat cakap si Hafiz tu. Dia tipu kamu la tu.”
Kata Kak Tiha.
“Ish kak, saya sakit betul la ni. Mana ada tipu…”
Jawab Hafiz bersungguh. Aku keliru. Betul ke suami aku sakit?
“Dah la tu Hafiz. Kamu ni memang tak pandai berlakon lah. Jangan nak buat drama pulak kat sini.”
Bebel Kak Tiha.
“Ya Allah kak, betul la saya sakit. Buat apa saya nak tipu.”
Hafiz merengus geram.
“Kamu nak sakit sangat kan…hah ambil ni…”
Kata Kak Tiha sambil mencucuk lembut belakang Hafiz dengan garpu.
“Aduhh kak!! Sakitlah, apa ni kak main cucuk-cucuk pulak! Dahla orang tengah sakit!”
Marah Hafiz. Dia terus terbangun dan berdiri. Bahunya dengan serta merta diluruskan.
“Dah tadi cakap sakit sangat. Akak tambah la lagi sakit tu. Baru betul-betul kaw!”
Jawab Kak Tiha selamba.
“Ala akak ni. Saya nak bermanja sikit dengan bini pun tak boleh. Kacau daun betul lah akak ni..”
“Oooo jadi abang tipu Tina la ek? Eiii teruknya…”
Kataku sambil mencubit perutnya.
“Adoiii…sakitlah sayang! Matila abang kalau hari-hari macam ni. Kak Tiha dengan Tina memang dah pakat ek mahu sakitkan abang?”
Hafiz memprotes. Mulutnya dimuncungkan. Aku dan Kak Tiha ketawa serentak.
“Padan muka kamu. Main-main sangat. Kan dah sakit betul.”
Sambung Kak Tiha.
“Ye lah..ye lah…saya salah. Oklah, saya keluar lah macam ni. Semua orang macam nak halau saya je…hummpphh”
Jawab Hafiz dengan marah. Bunyinya seperti anak kecil yang sedang merajuk. Aku dan Kak Tiha ketawa lagi. Dia terus melangkah keluar meninggalkan kami berdua. Comel pulak tengok wajahnya bila merajuk.
Hatiku sungguh bahagia dan tenang kini. Akhirnya Hafiz bisa bernafas kembali. 3 tahun lepas aku ingatkan dia sudah pergi menghadap ilahi tapi Alhamdulillah Allah masih sayangkan dia. Berkat doa yang tidak putus-putus dari aku dan Kak Tiha, Hafiz sedar kembali setelah hampir seminggu dia koma akibat kehilangan terlalu banyak darah. Nasib baiklah kandungan aku yang baru berusia 8 minggu ketika itu juga selamat. Aku amat bersyukur di atas rahmat yang Allah kurniakan kepada kami.
Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Dia tidak akan membebankan hambaNya dengan beban yang berat yang tidak sanggup hambaNya memikul. Dia mengembalikan Hafiz ke dalam hidupku. Dia mengurniakan aku kebahagiaan yang tidak terkira kepadaku. Syukur sangat-sangat. Kisah silamku yang begitu kelam sedikit demi sedikit terpadam dari kamus hidupku. Nur cahaya hidayah dari Allah kini telah menyinari kehidupan kami. Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku suami yang soleh dan kakak yang solehah yang sentiasa membimbing aku ke jalan yang lurus iaitu jalan ke syurga Firdausi. Kini aku mahu menjalani kehidupan baru yang bebas dari sebarang pertarungan dan kejahatan. Sesungguhnya aku berhak untuk hidup aman bahagia tanpa gangguan dari sesiapa. Selamat tinggal wahai dunia hitamku!
Share this novel