BAB 4

Romance Completed 21305

“Kristina!!”

Laungan itu cukup membuatkan hatiku kecut. Tekakku terasa kering. Tidak tahu mahu menjawab apa lagi.

“Ye bos..”

Jawabku dengan suara terketar-ketar. Abang Bob sedang memandangku tajam. Aku menunduk, tidak berani bertentang mata dengannya.

“Kenapa lambat?! Lu tahu tak lu dah buat gua rugi besar!”

Marah Abang Bob.

“Aku mintak maaf…”

Jawabku sepatah. Sungguh aku tidak berani mengangkat muka kepada Abang Bob.

“Apa dah jadi dengan lu Kristina? Sebelum ni lu tak pernah mengecewakan gua..kenapa kali ni lu boleh buat kesilapan besar macam ni!”

Suara Abang Bob semakin keras. Semua kuncu-kuncu kumpulan Mario senyap, tidak berani bersuara walaupun sepatah kata.

“Tadi aku accident, terlambat sikit datang. Mana tahu boleh jadi macam ni…”

Aku mula menjawab dengan suara terketar-ketar. Sungguh aku takut pada Abang Bob.

“No excuse!”

Tengkingnya.

Aku terdiam.Sungguh aku tak sangka kelewatanku membuatkan Abang Bob kerugian berbilion ringgit. Kerana itu, kami kehilangan kerjasama dengan pembekal terbesar heroin dan morphine di Malaysia ini. Aku langsung tidak tahu yang Abang Bob sebenarnya mengamanahkan aku untuk mengetuai perjumpaan dengan Benjamin, wakil utama pembekal dadah yang paling dikehendaki itu. Aku tahu pun sebab Tony, salah seorang orang kanan Abang Bob yang beritahu aku sebaik sahaja aku tiba di markas kami. Namun segalanya sudah terlambat. Saat aku pergi ke tempat yang dijanjikan untuk menemui Benjamin, dia sudah tiada di situ.

Akibat terlalu lama menungguku di sebuah jalan lama, Bejamin hampir ditangkap polis yang membuat serbuan mengejut di kawasan itu. Dia berjaya menyelamatkan diri. Bila aku sampai sahaja di kawasan itu, polis masih lagi berlegar-legar di situ. Itu yang aku terpaksa patah balik ke markas kumpulan Mario dengan tangan kosong. Urusan jual beli dadah itu terbatal. Itu yang membuatkan Abang Bob begitu marah denganku.

“Kristina! Kenapa senyap?!”

Tengkingan Abang Bob membuatkan aku tersentak.

“Abang Bob, aku betul-betul tak tahu boleh jadi macam ni…Aku tak tahu yang aku yang kena jumpa Benjamin. Tak ada siapa yang beritahu aku!”

Aku cuba mempertahankan diriku.

“Lu jangan nak tipulah..gua dah suruh Tony beritahu lu semalam! Jadi, macam mana lu boleh tak tahu?!”

Ternyata kata-kataku langsung tidak membuatkan Abang Bob percaya padaku.

“Abang Bob, Tony baru je beritahu aku tadi, jam 10 pagi…mana sempat aku nak pergi jumpa Benjamin!”

Aku mula merengus geram.

“Lu jangan mengarutlah! Jangan nak cari alasan bodoh!”

Kata Abang Bob masih tidak percaya.

“Betul Abang Bob! Kalau tak percaya..tanya Tony!”

Aku masih cuba mempertahankan diriku.

“Tony!”

Laung Abang Bob.

“Ye boss!”

Tony menyahut setelah lama berdiam diri. Aku memandang geram kepada Tony.

“Betul ke apa yang Kristina cakap?”

Soal Abang Bob kasar.

“Tak boss, aku sudah beritahu dia awal-awal lagi tapi dia tak mau percaya…”

Jawab Tony tenang. Mataku membulat. Penipu!

“Semua tu tipu bos! Baru tadi Tony beritahu aku! Semalam tak ada pun dia beritahu aku..”

Suaraku mula mendatar. Sabarku kian menipis.

“Tak boss.. Kristina sendiri kasi tahu aku yang dia memang mahu jumpa Benjamin hari ni. Dia memang awal-awal lagi dah setuju dengan arahan boss!”

Tony menyanggah dakwaanku. Aku semakin berang. Aku memandang tajam ke arah Tony. Tony cuba melarikan pandangan dari bertembung denganku.Siot kau Tony!

“Boss jangan percaya cakap dia..Tony memang saja nak kenakan aku!”

Balasku.

“Kristina tipu boss! Dia memang saja nak rugikan kita!”

Tony masih mempertahankan dirinya.

“Tak boss…Tony yang salah! Dia sengaja tak nak bagitahu aku awal-awal! Dia memang sengaja boss!”

“Tak boss!”

“Diam!!”

Abang Bob menjerit nyaring. Kami berdua terus terdiam tiba-tiba.

“Gua panggil korang ke sini bukan nak dengar korang bergaduh! Kalau mau bergaduh, bergaduh saja di luar kawasan gua! Sekarang ni gua mau lu ganti semua kerugian gua!”

Kata Abang Bob kasar sambil menuding jari ke arahku. Aku terkedu. Tony tersenyum nipis apabila merasakan dia sudah berjaya mempertahankan dirinya. Aku mencebik.

“Boleh lu bayar gua sekarang?”

Soal Abang Bob kepadaku lagi.

“Maaf Abang Bob..macam mana aku nak ganti duit tu. Banyak tu Abang Bob…aku tak ada duit sebanyak tu..”

Aku mulai kaget. Mukaku pucat lesi. Sungguh aku tak mampu untuk membayar abang Bob berbilion ringgit saat ini.

“Bukan gua suruh lu bayar lah!”

Suara Abang Bob mula mengendur.

“Habis tu? Kalau bukan bayar dengan duit, aku kena bayar guna apa?”

Soalku laju.

Aku terpinga-pinga.

“Bayar guna nyawa!”

Tegas Abang Bob.

Aku terlopong. ‘Bayar pakai nyawa?’ Soalan itu aku ulang dalam hati. Hatiku tiba-tiba berasa kecut.

“Abang Bob, ampunkan aku Abang Bob..aku janji perkara ni tak kan berlaku lagi..Tapi, tolonglah jangan sampai mau bunuh aku..Abang Bob kenal aku dah lama kan…tolonglah bagi aku peluang…”

Aku merayu dengan bersungguh-sungguh sambil melutut. Sungguh aku takut dengan ugutan Abang Bob. Semua orang tahu yang Abang Bob memang terkenal dengan kebengisan dan kekejamannya. Kalau dia kata orang tu akan mati, maka memang matilah alamatnya. Aku mula tidak senang duduk. Aku memandang Michael. Dia sedang memandangku dengan penuh rasa simpati.

“Sudah! Kristina jangan nak buat drama kat sini lah! Gua bukan mahu bunuh lu lah!”

Mendengar kata-kata Abang Bob aku terus memandangnya tidak mengerti.

“Maksud Abang Bob?”

Aku menyoalnya dengan penuh tanda tanya.

“Gua nak lu bunuh orang!”

Tegas Abang Bob. Aku sedikit terkejut.

“Bunuh orang? Siapa boss?”

Soalku tidak mengerti.

“Gua nak lu bunuh lelaki ni!”

Katanya tegas sambil melemparkan sekeping gambar ke arahku. Aku mengutip gambar itu yang jatuh berhampiran dengan kakiku.

“Gua beri lu masa sebulan untuk cari lelaki ni dan bunuh dia! Kalau lu dapat bunuh dia, lu akan terlepas dari hukuman gua. Tapi kalau lu gagal, lu mati!”

Kata Abang Bob lagi.

Aku menelan air liur. Sungguh berat tugasan yang Abang Bob berikan padaku. Aku takut sekirannya tidak dapat melaksanakan arahannya, aku akan mati. Argh, Kristina wake up! Kau kena kuat. Kau pasti boleh bunuh lelaki itu. Aku melihat kembali gambar lelaki di tanganku. Wajah lelaki itu ku amati dalam-dalam. Seperti aku kenal lelaki ini, tapi di mana ya aku jumpa.

Aku mengimbas kembali segala yang ada dalam otakku dan nah! Aku sudah ingat! Lelaki inilah yang aku hampir langgar tadi. Lelaki nilah yang sangat kurang ajar dengan aku itu! Kerana lelaki ini aku terlambat! Kerana lelaki ini aku sudah menyebabkan kumpulan kami kerugian besar! Hatiku mula menggelegak kembali. Bagus! Bagus sangat! Memang saat inilah yang aku tunggu-tunggu. Memang aku niat mahu bunuh dia pun. Ternyata Abang Bob bijak menyelami hati aku. Dia tahu siapa musuhku. Aku tersenyum sumbing. Aku yakin kerja ini sangat mudah bagiku.

“Kristina!”

Abang Bob melaung namaku. Aku kembali ke alam nyata.

“Ye Abang Bob!”

Jawabku sepatah.

“Macam mana? Lu boleh ambil tugas ni? Atau lu mahu mati?”

Soal Abang Bob tegas.

“Aku setuju! Aku yakin boleh bunuh lelaki ni! Boss jangan risau…”

Aku jawab dengan bersungguh-sungguh. Semangatku berkobar-kobar.

“Bagus..bagus! Gua harap lu tak kasi gua kecewa lagi dengan lu..Ini peluang terakhir tahu?!”

Kata Abang Bob sambil tersenyum puas. Aku turut tersenyum. Aku mula merangka pelbagai plan untuk menjejaki lelaki itu. Aku yakin lelaki itu masih ada di sekitar KL ni saja. Ahh..kacang je pun! Kerja membunuh bukanlah tugas baru bagiku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience