Aku berlari laju menyelusuri semak samun. Nafasku semakin tercungap-cungap. Keringat mula membasahi seluruh tubuhku. Sesekali aku menoleh ke belakang. Kelibat ayah masih kelihatan. Melihat kelibat ayah semakin menghampiri, aku semakin melajukan larianku. Aku takut. Sungguh takut. Aku mesti lari dari cengkaman ayahku. Aku tidak tahan diseksa lagi. Aku tidak tahan lagi diperkosa hampir setiap hari. Oh Tuhan, tolong lah aku.
“Tina! Berhenti!”
Laungan ayah bergema. Aku terus menghanyun langkahku tanpa menghiraukan sahutan demi sahutan dari ayah.
“Tina! Aku cakap berhenti! Dengar cakap aku!”
Suara ayah semakin kuat. Tidak! Aku tidak boleh berhenti! Aku tak kan biarkan ‘syaitan’ itu menyentuh tubuhku lagi.
Tiba-tiba kakiku tersadung akar kayu yang melintang di dalam semak itu. Aku jatuh tersungkur. Aku cuba bangkit namun kudratku sungguh lemah. Aku cuba bangkit lagi dan kali ini aku berjaya. Aku cuba meneruskan langkahku namun belum sempat aku berbuat apa-apa, ayah lebih pantas datang mencengkamku. Aku meronta-ronta minta dilepaskan.
“Hah! Mana kau nak lari hah! Kau ingat kau boleh lari dengan aku! Anak tak guna!”
Tengking ayah.
Tangannya semakin kuat mencengkam tubuh kecilku.
“Ayah..lepas Tina ayah! Lepaskan Tina!”
Aku merayu sayu.
“Jangan harap aku nak lepaskan kau lagi. Dasar anak sial!”
Ayah menamparku bertalu-talu sehingga aku hampir pitam. Tanpa belas kasihan ayah merobek baju kurung yang tersalut ditubuhku. Dia melonggarkan zip seluarnya. Aku sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku seterusnya.
“Ayah! Sudah la ayah! Jangan buat Tina macam ni lagi! Tolong ayah…Tina mintak tolong sangat-sangat…”
Aku merayu dan terus merayu.
“Argh!! Diam!!”
Satu tamparan hebat hinggap lagi di pipiku. Kali ini ada cecair merah pekat keluar dari hidungku. Gigiku patah. Aku semakin lemah.
“Tolong ayah..jangan…”
Suaraku semakin tenggelam. Nafsu ganas ayah semakin menggila. Tubuhku dihenyak dan diratah satu persatu. Aku semakin lemas.
Sedang aku meronta-ronta mintak dilepaskan, tanganku terpegang sesuatu benda runcing. Aku sempat melihat benda itu. Rupa-rupanya benda itu adalah sebatang kayu runcing pendek yang tajamnya seperti sebilah pisau. Tanpa berfikir panjang aku terus mencapai kayu tersebut lantas menghentak hujung kayu yang runcing itu ke tengkuk ayah. Darah merah tiba-tiba memercik dari leher ayah. Darahnya mula membasahi mukaku.
“Arghhh!!”
Ayah meraung kesakitan. Tangannya memegang tengkuknya menahan darah dari terus mengalir.Cengkamannya pada tubuhku terlepas. Namun, aku masih tidak berpuas hati. Bagaikan dirasuk, aku capai lagi kayu runcing itu dan terus menikam dada ayah bertubi-tubi tepat mengenai jantung ayah.
“Arghh..Tina! Kau…kau…bu..bu..aaat apa niii?!”
Suara ayah tenggelam-timbul. Darah membuak-buak mengalir dari dada dan tengkuk ayah. Aku mengundurkan diri beberapa tapak ke belakang. Tiba-tiba aku seperti tersedar dari mimpi. Aku tergamam melihat keadaan ayah di hadapanku kini. Kayu runcing itu terlepas dari tanganku. Tubuhku menggeletar. Aku pegang kedua-dua belah kepalaku. Aku sungguh takut melihat darah ayah yang semakin banyak melimpah keluar membasahi bumi.
Kelihatan ayah berguling-guling kesakitan.Kedengaran deruan nafas ayah yang semakin kasar. Aku semakin takut. Sebentar kemudian, tubuh ayah tidak bergerak-gerak. Matanya terbelalak, mulutnya sedikit ternganga. Nafasku semakin semput. Aku melihat tapak tanganku. Penuh dengan darah! Aku seperti tidak percaya.
Aku..aku dah bunuh ayah! Ya! Aku dah bunuh ayah! Apa aku dah buat ni? Kenapa boleh jadi macam ni? Aku sungguh takut. Tidak, aku tidak membunuh! Aku bukan pembunuh! Aku bukan pembunuh! Hatiku meraung-raung hebat. Kerana ketakutan yang teramat sangat, aku menghayunkan langkah untuk berlari dari situ. Aku mesti lari jauh-jauh! Aku mesti pergi dari sini segera! Aku takut!!
“Arghhhhhh!!”
Aku menjerit nyaring memecah kesunyian malam. Nafasku tercungap-cungap. Jantungku seperti mahu pecah. Tubuhku menggeletar. Mimpi itu datang lagi! Aku mengurut dadaku beberapa kali.
Kenapa? Kenapa mimpi itu mesti menghantui aku hingga kini? Tak bolehkah berikan aku satu malam untuk aku tidur dengan lena tanpa gangguan mimpi buruk itu? Arghh, kalaulah aku diberi penyakit hilang ingatan, alangkah baiknya. Tak perlu lagi untuk aku mengingati segala kenangan pahit itu dalam benakku. Aku tak sanggup lagi untuk hidup dalam kenangan lama yang amat menyakitkan itu! Tapi aku benar-benar tidak kuat untuk menghalang takdir itu dari memburu hidupku. Aku tidak kuat, benar-benar tidak kuat!
Share this novel