Petang itu, aku membantu Kak Tiha memasak di dapur. Terasa canggung betul bila berada di dapur. Apa lagi bila terpaksa memasak untuk diri sendiri. Selama ni aku beli je di kedai mamak bila perut terasa lapar. Namun kali ini, hari-hari aku kena masak.
“Assalamualaikum…”
Kedengaran orang memberi salam dari luar.
“Waalaikumussalam…Eh, Hafiz..Kamu dari mana ni? Petang-petang baru balik…”
Jawab Kak Tiha yang berada di sebelahku. Aku memandang ke arah muka pintu. Kelihatan Hafiz sedang membawa beberapa beg plastik di tangannya.
“Hafiz pergi pekan sekejap kak…Beli kuih-kuih sikit. Yela kan, nanti ada orang tu merungut lapar pulak…”
Katanya sambil mengerling ke arahku. Aku mengerutkan kening buat-buat tidak mengerti.
“Siapa pulak yang lapar ni? Perut akak boleh tahan lagi lah..Kamu ni ada-ada je lah..”
Rungut Kak Tiha.
“Bukan Kak Tiha la yang lapar..Tu ha, orang kat sebelah akak tu. Dari tadi merungut lapar…”
Hafiz tersengeh.
“Mana ada. Aku tak cakap apa-apapun. Hafiz tu pandai je la buat cerita!”
Marahku.
Hafiz tergelak kecil.
“Aik, tak nak mengaku pulak…Tadi cakap nak kuih bangkit la, lepat pisang la, kuih bulan la..sekarang tak nak pulak?”
Sakat Hafiz.
Aku mencebik.
“Eii..pandailah kau tipu ye…tak pernah aku cakap macam tu tau!”
“Tak apalah, tak nak mengaku sudah. Yang pasti, sekarang awak kena habiskan kuih ni!”
“Tak mahu!”
“Lah..dah order tu tak nak lah pulak…Ke nak saya suapkan?”
Soal Hafiz selamba.
Dia mencapai sebiji kuih tart dalam plastik itu dan cuba menghalakan ke arah mulutku. Aku kaget.
“Hafiz..aku tak nak lah!”
Marahku.
“Ala..makan la sikit..”
Kuih Tart tu dihalakan ke arah mulutku.Semakin lama semakin dekat, aku cuba mengelak.
“Aku kata tak nak, tak nak lah!”
“Hafiz! Dah-dah la tu…kesian kat Kristina. Kalau dia tak nak tak payah la paksa…”
Sampuk Kak Tiha yang dari tadi tertawa melihat keletah kami berdua.
“Betul tu. Kalau orang dah tak nak tu, jangan lah paksa!”
Aku menyokong kata-kata Kak Tiha.
“Yelah…yelah.Kalau tak sudi tak apa.Biar saya je yang makan semua ni..”
Lagak Hafiz seperti merajuk.
“Amboi Hafiz, yang kamu ni kan dari mengacau Kristina kat dapur baik kamu pergi baiki paip belakang rumah tu. Rosak dari semalam lagi…”
Kak Tiha cuba mengalih topik. Aku tersenyum puas sambil mengangguk-angukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata Kak Tiha.
“Hish akak ni, kalau ye pun bagi lah saya rehat sekejap. Penat lah.”
Rungut Hafiz.
“Haii, yang kamu datang mengacau Kristina tak penat pulak. Ada-ada je la kamu ni Hafiz…”
“Kalau dengan Kristina, tak apa kak…”
Hafiz tersengeh lagi. Pipiku tiba-tiba membahang panas.
“Ngada-ngada..”
Jawabku sepatah setelah lama berdiam-diri.
“Saya ngada-ngada dengan awak je…”
Jawabnya sambil mengeyitkan mata kepadaku.
“E’eh budak ni. Pergi main jauh-jauh. Jangan nak menggatal…Kami nak start masak ni…nanti kan kalau lambat makan, ada orang tu bising pulak…”
Aku tertawa mendengar kata-kata Kak Tiha. Wajah Hafiz berubah menjadi masam mencuka, tidak puas hati dengan arahan Kak Tiha. Aku menyembunyikan senyum.
“Ye lah.. ye lah..Nanti kita solat maghrib & isyak sama-sama lagi ye…”
Kata Hafiz.
“Yer….”
Jawab Kak Tiha sepatah. Hafiz perlahan-lahan melangkah meninggalkan kami. Dia sempat menjeling ke arahku sambil tersenyum manis. Aku melarikan pandangan dari bertembung dengannya.
Sungguh aku malu dengan situasi seperti ini. Jiwa wanitaku berkocak hebat setiap kali pandangan kami bertautan.Aku tidak pasti perasaan apakah ini? Namun, aku cuba cepat-cepat padamkan perasaan itu. Aku tidak mahu tenggelam dengan perasaan sendiri.
Share this novel