BAB 20

Romance Completed 21305

Setahun Berlalu….

“Sayang…tak siap lagi ke?”

Sayup-sayup kedengaran suara suamiku memanggil namaku.

“Kejap abang…Tina tengah bersiap lah ni. 5 minit lagi..”

Jawabku kelam kabut. Aku cepat-cepat memakai tudungku.

“Ok. Cepat sikit tau. Nanti kita lambat pulak nak pergi kerja…”

Suara suamiku bergema lagi.

“Ye…Tina tahu…”

Aku merengus geram. Hish suami aku ni tak sabar-sabar. Usai menyiapkan diri, aku terkocoh-kocoh menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Kelihatan suamiku sedang menunggu di meja makan.

“Hah, itupun dia. Lambatnya isteri abang bersiap. Mengalahkan mak datin…”

Kata suamiku separuh berseloroh. Aku mencebik.

“Ala abang ni…soryla lambat sikit. Abang kan tahu perut Tina meragam pagi ni. Entah apa la Tina makan semalam ye sampai jadi macam ni…”

Kataku sambil mengusap perutku yang masih memulas. Masuk kali ni sudah 4 kali aku pergi ke tandas.

“Entah-entah kamu mengandung tak?”

Kak Tiha tiba-tiba menyampuk. Mataku membulat.

“Ish akak ni! Mana ada..baru 2 minggu lepas saya datang period kot. Tak kan mengandung pulak…”

Jawabku menangkis andaian Kak Tiha.

“E’eh mana tahu…ada jugak orang mengandung walaupun baru habis period tau…Nanti kamu cek la kat klinik..”

Kata Kak Tiha lagi. Aku ketawa kecil.

“Apa la Kak Tiha ni..tak kan la saya masuk dalam golongan tu. Tak masuk akal lah..”

Protesku.

“Betul jugak cakap Kak Tiha tu. Nanti abang bawak sayang pergi klinik ye…”

Sampuk Hafiz.

“Lah, tadi kata dah lambat nak pergi kerja..”

“Hari ni tak kerja lah..”

Jawab Hafiz selamba. Baru aku perasan dia hanya memakai t-shirt dengan seluar jeans. Aku memandangnya hairan.

“Abang tak nak pergi kerja ke hari ni? Tadi iye-iye suruh Tina bersiap cepat-cepat. Ni tengok, dia pun belum siap lagi!”

Marahku.

Hafiz sekadar tersengeh. Hatiku panas.

“Sayang…dah lupa ke..hari ni kan hari Sabtu. Mana kerja…”

Jawabnya seraya mentertawakanku. Aku memandang jam tanganku cepat-cepat. A’ah la hari sabtu. Kak Tiha turut ketawa.

“Ala abang ni! Kenapa tak beritahu Tina awal-awal! Penat je Tina bersiap tau!”

Rengusku. Mukaku masam mencuka.

“Alah, tak apala..Abang suka tengok Tina macam ni. Cantik. Tak apalah sekali-sekala bersiap cantik-cantik untuk abang kan?”

Kata Hafiz lembut. Aku masih marah.

“A’ah Kristina…cantik kamu pakai macam ni. Tak apalah..alang-alang dah siap tu, biarlah Hafiz bawak kamu pergi klinik…”

Kak Tiha menyampuk. Hafiz mengangguk mengiyakan kata-kata Kak Tiha sambil tersenyum lebar. Aku menghadiahkan padanya jelingan tajam.

“Buat apa kak..saya ok la..perut meragam sikit je ni..”

Aku membantah.

“Pergila cek sama ada kamu mengandung ke tak? Mana tahu tekaan akak betul…”

Jawab Kak Tiha sambil tersenyum.

“Tak perlu lah kak..betul kak..saya ok je la.Tak kan ada apa-apapun…”

Aku membantah lagi.

“Jomla sayang..lepas pergi klinik, kita pergi shopping ye..”

Pujuk Hafiz.

“Tak nak lah!”

“Ala sayang abang jangan merajuk, kang abang cium kan susah pulak…”

Sakat Hafiz lagi.

“Tak nak!”

Marahku.

“Dah..dah..korang berdua ni, pagi-pagi lagi dah nak bergaduh. Daripada kamu bergaduh baik kamu makan mee goreng akak ni. Nanti kalau dah sejuk tak sedap pulak…”

Kata Kak Tiha. Aku akur. Dengan wajah yang masih masam mencuka, aku menarik kerusi dan duduk di sebelah Hafiz. Dia masih ketawa kecil. Suka la tu dapat mengenakanku sebentar tadi!

Sebenarnya kini aku berada di bandaraya Kuala Lumpur. Hafiz membawa aku dan Kak Tiha berhijrah pulang ke kota untuk mencari pekerjaan di sini demi menyara hidup kami. Berkat kesungguhan kami, akhirnya aku dapat bekerja sebagai kerani dan Hafiz sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Walaupun gaji kami tidak lah selumayan mana, tapi jumlah gaji kami berdua cukuplah untuk menampung kehidupan kami bertiga di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience