“Hello Kristina…how are you?”
Lamunanku mati apabila Tony datang menyapaku tiba-tiba. Aku menjelingnya tajam.
“Fine! Lu buat apa kat sini? Ini bukan tempat lu!”
Marahku pada Tony. Sesungguhnya dalam kumpulan ‘Mario’, Tony antara orang yang paling aku benci. Walaupun dia merupakan orang kanan Abang Bob, tapi disebabkan oleh sikapnya yang suka mengganggu kerjaku membuatkan aku hilang rasa hormat padanya.
“Hei hei Kristina…ini gua punya tempat..Lu jangan nak mimpilah!”
Tony berkata sinis. Aku mencebik.
“Sejak bila tempat ni jadi tempat lu..dah bertahun-tahun Abang Bob bagi ini tempat sama gua..Lu jangan nak bikin gua panas!”
Gertakku.
“Kristina..Kristina..Lu memang katak bawah tempurung la…Lu tak tahu ke Abang Bob dah ‘hadiahkan’ aku tempat ni? Kesiannya kat lu kan…yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran…”
Kata Tony lagi menambah panas dalam hatiku. Pengikutnya di belakangnya turut tergelak sinis.
“Tony! Lu jangan main-main sama gua! Abang Bob tak pernah cakap apa-apa sama gua..Tempat ni gua punya. Lu jangan berani nak pijak kaki lu kat sini. Tolong jangan buang najis kat sini! Haram!”
Marahku.
Tony dan pengikutnya semakin galak mentertawakanku.
“Owhh haram tuuu….Gua tak nampak ada cop nama Kristina pun kat sini? Mana? Mana? Cuba tunjuk sama gua….Gua rabun lah..”
Kata Tony lagi. Darah panas mula menyerbu ke mukaku.
“Sial lu!!”
Teriakku geram sambil terus meluru untuk menyerangnya. Aku mencapai meja makanku lantas menterbalikkannya dan melemparkan sekuat hatiku kepada Tony. Suasana tadi yang sunyi sepi kini bertukar riuh. Pengunjung gerai mamak itu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Yang tinggal kini hanyalah aku, Michael, Tony dan pengikut-pengikutnya. Michael cuba menangkis segala serangan maut dari pengikut-pengikut Tony. Aku pula cuba mencederakan Tony.
Tony cuba membalas setiap serangan demi serangan yang aku hadiahkan kepadanya. Sungguh aku teramat geram dan sakit hati dengan kebiadapannya! Sudahlah dia yang menipu aku sehingga menyebabkan Abang Bob kerugian besar, lepas tu ada hati nak merampas tempat aku cari makan! Memang Tony patut diajar! Satu tumbukan padu aku hadiahkan kepadanya tepat mengenai perutnya. Dia terdorong beberapa langkah ke belakang.
Dia cuba menyerangku dengan menghantar sepakan melintang namun aku lebih pantas mengelak. Kali ini aku sempat menyelit untuk melemparkan satu lagi tumbukan padu yang mengenai tepat ke tulang rahangnya yang sebelah kiri sehingga darah tersembur keluar dari mulutnya. Lututnya aku tendang kuat-kuat hingga dia tidak dapat berdiri lagi. Pergerakannya aku kunci kemas. Dengan sekuat hati aku menyiku kepalanya sehingga dia jatuh tersungkur. Kemudian aku menarik rambutnya kasar.
“Rasakan! Lu jangan nak cabar gua! Lu belum kenal siapa gua! Gua bagi warning kat lu..kalau lu berani lagi kacau tempat gua, lu mati!”
Gertakku sambil menghentak kasar kepalanya. Dia terguling kesakitan. Darah merah semakin banyak mengalir dari bibirnya. Pipinya lebam. Aku puas, puas sangat! Inilah akibatnya kalau suka sangat kacau kerja orang.
“Michael..jom blah!”
Teriakku kepada Michael yang berdiri tidak jauh dari situ. Dia berjaya membuatkan semua pengikut Tony jatuh tersungkur.
“Ok boss!”
Jawab Michael sepatah.
“Kristina!!”
Tony menjerit memanggil namaku. Langkahku terhenti seketika.
“Lu dengar sini!! Lu jangan ingat lu sudah menang! Gua sumpah tak kan bagi lu hidup senang! Sampai mati pun gua akan susahkan hidup lu!”
Teriak Tony. Wajahnya kelihatan sungguh marah. Aku hanya tergelak sinis mendengar sumpahannya yang langsung tak menggetarkan jiwaku.
“Owh yeke? Lu buatlah apa yang lu suka…Gua sikitpun tak takut. Gua nampak lu macam anjing kurap je..buat apa nak takut!”
Aku mengejeknya. Aku dan Michael tergelak serentak.
“Lu memang bangsat la Kristina!!”
Tony cuba bangkit dari tempatnya dan cuba menyerangku sekali lagi namun aku lebih pantas menangkis serangannya. Aku menghentak belakang tengkuknya kuat sehingga dia sekali lagi jatuh tersungukur.
“Tony..Tony..lu ni memang bodoh la! Lu ingat lu boleh bunuh gua? Pergi mampus la?!”
Kataku sambil menyepaknya sekali lagi. Tony menyeringai kesakitan. Aku masih tidak berpuas hati. Kali ini aku menarik sepucuk pistol revolver dari poket jaketku dan menghalakannya tepat ke kepala Tony. Picu pistol aku tarik perlahan.
“Boss..dah la tu..tak kan boss nak bunuh dia kot. Jangan cari pasal…nanti Abang Bob tak kan lepaskan kita…”
Michael tiba-tiba bersuara. Acaraku terhenti seketika.
“Tapi, anjing ni kita mesti hapuskan! Dari dulu dia tak pernah nak kasi kita hidup senang!”
Gertakku tidak berpuas hati.
“Ye boss..tapi Boss kena ingat, dia orang kanan Abang Bob. Kalau apa-apa jadi kat dia..kita jugak yang susah boss. Nanti kita pulak yang kena bunuh..”
Bisik Michael perlahan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Ada benarnya kata-kata Michael. Kalau tak kerana Tony orang kanan Abang Bob, dah lama aku bunuh mamat ni! Sesungguhnya aku tidak mahu mengecewakan Abang Bob. Kalau bukan kerana dia, aku tak kan hidup sehingga kini.
“Baiklah…kalini lu terlepas Tony…Lu ingat, lepasni kalau lu berani kacau tempat gua lagi..nahas lu!!”
Tegasku lagi.
Kemudian perlahan-lahan aku meninggalkan Tony dengan pengikutnya yang sudah tidak terdaya lagi untuk bangkit.
Share this novel