Bab 11

Drama Series 28574

Pak Cik meletakkan nombor plat yang baru diambil dari tangan Zainudin tadi di atas tanah, di sebelah pemutar skru. Kemudian dia bangun. Betisnya berasa lenguh kerana agak lama juga dia telah bertinggung.

Pak Cik meletakkan kedua-dua tangannya di pinggang lalu dia memusing-musingkan badannya ke kiri dan ke kanan. Kulitnya yang cerah menyebabkan mukanya menjadi kemerah-merahan, kepanasan.

Kedudukan matahari sudah mula berada di atas kepala. Cahaya teriknya yang memancar terang menyebabkan kain di ampaian mula mengering dengan cepat.

“Eh, kau pandai tak nak tukar nombor plat tu?” tanyanya sambil kakinya melangkah pantas untuk masuk ke dalam rumah.

Sambil melangkah, Pak Cik menggunakan tangan kanannya untuk melindungi matanya.

“Ish. Apa pulak tak pandai, Pak Cik. Pandailah. Kerja senang je ni. Tapi kenapa Pak Cik nak tukar nombor plat motor Pak Cik? Pak Cik nak buat apa?”

“Banyak pulak soal kau ya. Buat sajalah apa aku suruh tu.” Tegas arahan Pak Cik.

Membuatkan Zainudin langsung tidak berani hendak mengangkat muka.

“Dahlah. Aku nak mandi kejap. Badan aku dah lekit-lekit ni,” jawabnya sambil mengangkat-angkat lengannya sambil hidungnya mencuba-cuba mencium bau ketiaknya sendiri.

Kembang kempis hidungnya dengan bau badannya sendiri.

Nampaknya Pak Cik sendiri pun sudah tidak boleh hendak bertahan. Dia mahu cepat-cepat mandi, untuk menyegarkan badannya semula.
“Lepas ni, aku terangkan kat kau. Buat kerja tu dulu,” tambahnya dan Pak Cik pun berlalu masuk ke dalam rumah, terus ke dapur.

Bilik air menjadi tempat tujuannya.

Selepas ditinggalkan, Zainudin melakukan seperti yang diarahkan. Kerja menukar nombor plat itu memang kerja yang mudah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Dalam pada itu, hatinya berkata-kata, ‘Pak Cik ni nak buat apa sampai tukar-tukar nombor plat? Nak merompak ke?’

‘Hish, takkanlah dia nak merompak. Mak jugak yang cakap, Pak Cik ada bisnes.’

Selepas nombor plat asal motosikal itu ditanggalkan, Zainudin memasang nombor plat yang diambilnya tadi.

Sebenarnya bukanlah nombor plat, cuma sekeping papan sahaja, yang dicat dengan kasar menggunakan cat berwarna hitam. Selepas itu, dipalit pula sedikit dengan cat berwarna putih seolah-olah membentuk satu susunan nombor plat yang tidak berapa jelas kelihatan.

Kemudian, dengan nombor plat asal dan pemutar skru di tangan, Zainudin masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan kedua-dua barang itu di atas meja di hadapan televisyen, seperti yang diarahkan oleh Pak Ciknya tadi.

Sejurus selesai melakukan tugasan pertamanya, Zainudin berpusing ke belakang untuk keluar. Dia berasa segan hendak duduk di dalam rumah Pak Cik.

Mungkin juga dia berasa tidak selesa kerana tiada sesiapa di situ. Pak Cik masih berada di dalam bilik air.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah motif pak cik sebenarnya? Kerja apa yang dia mahu Din lakukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience