Bab 24

Drama Series 28574

“Apalah kau ni bodoh sangaaat???”

*****

“Akim! Akim! Cepat! Tolong Kak Haniza kat dalam!” Suzana menyeru Akim yang baru sampai.

Akim yang sedang geram kerana terpaksa datang bekerja terkejut apabila Suzana berserta Apek suami isteri datang menerpa.

“Cepat! Cepat! Saya dah telefon polis! Lu masuk pergi kerjakan orang tu,” arah Apek sambil menghulurkan pemutar skru besar kepada Akim.

“Hah? Apa ni?” balasnya sambil menerima huluran barang daripada Apek itu.

Akim memandang Apek dan kemudian matanya beralih kepada isteri Apek. Nyonya yang bersenjatakan tukul besi turut menggesa Akim untuk bertindak.

Suzana mengambil tukul besi dari tangan Nyonya dan dengan beraninya melangkah masuk ke dalam kedai. Keberaniannya datang dengan adanya Akim sebagai penguat semangat. Kemunculan mereka berempat di hadapan pintu kedai tadi memang sudah mengejutkan perompak dua orang itu. Kini, tindakan berani Suzana itu membuatkan perompak yang bersenjatakan pedang bertindak nekad menerpa ke arah Haniza lantas mengilas tangan Haniza yang mencuba menumbuknya ke belakang.

Kini dia berdiri di belakang Haniza dengan tangan kanan melingkari leher Haniza dan tangan kiri mengacu-acukan pedang ke arah Suzana. Tangan Haniza yang dikilasnya tadi sudah dilepaskannya tetapi Haniza masih terperangkap di situ. Tidak berupaya melepaskan diri dari tangan perompak yang membelit lehernya dengan kejap.

“Korang berambus kalau tak aku bunuh perempuan ni!” ugutnya dengan mata hitam yang bersinar-sinar penuh kemarahan.
Pemuda yang bersamanya tampak agak gugup. Mukanya pucat. Tangannya yang sedang mengacukan buku lima ke arah Akim kelihatan menggigil.

Di luar, Nyonya menelefon polis sekali lagi. Usai menelefon, dia memaksa suaminya untuk masuk ke kedai perabut juga. Namun Apek yang sudah berusia dan rabun itu menolak. Banyak yang harus difikirkan sebelum menjadi hero.

“Sekejap lagi polis sampai,” ujarnya dengan nada yang agak tinggi kepada isterinya.

Biarpun takut-takut, namun entah dari mana kekuatannya datang, Apek melangkah memasuki kedai dengan berani sambil berteriak menyuruh perompak yang menggunakan Haniza sebagai tebusan untuk menyerah kalah.

Saat Apek berteriak, Akim mengalihkan pandangannya ke arah Apek. Pada waktu itu, pemuda tadi membuka langkah seribu melintasi Akim berlari menuju ke pintu masuk. Di sana, dia menolak Apek dan terus berlari mendapatkan motosikalnya.

“Din!!!”

“Arhhh.” Perompak itu menjerit lantas menghayunkan pedangnya sekuat hati ke kanan membuatkan sarung pedang itu tercampak.

“Celaka punya anak buah!” pekiknya saat sarung pedang itu jatuh ke lantai menghasilkan satu bunyi berdentang yang agak kuat.

“Kau mesti mati,” pekiknya sambil menghayunkan pedang ke arah perut Haniza.

Haniza meronta-ronta dan cuba menendang ke belakang dengan kaki kanannya namun tidak berjaya menyakiti perompak itu.

…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Haniza akan ditikam perompak itu? Sempatkah perompak itu melarikan diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience