Bab 1

Drama Series 28574

“Bagi balik beg mak cik!”

“Tak payahlah mak cik nak kelam-kabut kat sini. Saya nak tolong mak cik je.”

“Mak Cik kata bagi balik beg mak cik!”

“Ish… degil pulak Mak Cik ni. Mak Cik… biarlah saya buat kerja saya.”

“Bagi balik! Tak payah buat! Tak payah buat!” bentak Mak Cik bertudung biru gelap berbaju kurung warna merah jambu.

“Nak, sudahlah nak. Ambil je duit ni.” Rayu lelaki tua yang sedang menghulurkan tiga keping wang kertas bernilai RM50.

Masalahnya, perebutan antara juruwang dan pembeli masih berlarutan. Biarpun juruwang sudah nampak wang kertas bernilai RM150 yang sedang dikipas-kipaskan oleh pak cik yang berada di hadapannya, tetapi dia masih berebut-rebut dengan wanita tua itu.

“Aduh… susah betullah. Saya nak buat kerja saya! Biar saya buat kerja saya!”

“Tak boleh! Kau perosak alam! Aku tak nak bersubahat!”

“Bila pulak saya merosakkan alam???” Juruwang itu tidak berputus asa. Pegangannya dieratkan.

Sudahnya, tali pemegang beg serbaguna yang mengandungi barang-barang dapur bernilai RM134.75 itu terputus. Tidak dapat dipastikan tangan siapakah yang telah merentap tali itu dengan begitu kuat tetapi yang pasti, barang-barang yang dibeli sudah pun jatuh berselerakan di atas kaunter bayaran. Dan ada beberapa lagi barang-barang yang kecil-kecil terjatuh menimpa kaki juruwang.

“Masya-Allah.”

“Ya Allah! Barang-barang aku!!!”

“Err…”

“Tak guna punya budak!”

“Abang! Buatlah sesuatu!” Wanita bertudung biru itu menggoncang-goncang lengan suaminya.

Dan apa yang tidak diingini terjadi, akhirnya menjadi satu kejadian. Supervisor terpaksa meleraikan kekecohan itu.

*****

“Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi”

“Amboi, riangnya anak mama bernyanyi kereta kecil pon pon pon. Mana keretanya? Mana papanya? Papa dah balik ke?”

“Alah mama ni, along saja-saja je nak menyanyi. Nak hiburkan hati sendiri. Takkan tak boleh,” jawab along.

Yang dipanggil Along itu ialah Suzana. Suzana binti Sidek. Berumur 19 tahun. Anak sulung kepada pasangan Mastura dan Sidek. Dengan keputusan SPM yang tidak memberangsangkan, Suzana tidak berjaya menempatkan dirinya di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Walaupun sudah disuruh untuk memohon menyambung pengajian di kolej-kolej berasaskan kemahiran seperti IKBN, IKM, Kolej Komuniti dan sebagainya, namun tidak diturutinya. Kalau sudah tidak berminat hendak belajar, cadangan apa pun tidak akan dipertimbangkan oleh Suzana.

Katanya, “Hati belum terbukalah mama.”

Anak-anak zaman sekarang, mana mahu menuruti nasihat ibu bapa lagi. Semua hendak diaturkan sendiri. Walaupun entah apa yang diaturkan, hanya Allah yang tahu.

Suzana berkeras untuk bekerja. Ingin menjana pendapatan sendiri.

…bersambung
Bab akan datang:
Mengapa mak cik itu mengatakan juruwang itu perosak alam?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience