Bab 3

Drama Series 28574

Oh ya! Barang yang tidak boleh dilupuskan secara semula jadi, kan? Tentu semua orang boleh agak apa barangnya. Mudah sahaja. Barang itu ialah barang yang kita gunakan hari-hari.

Barang itu ialah plastik. Ya, isunya ialah plastik.

Ceritanya begini, Suzana dikatakan memaksa pembeli menggunakan plastik padahal pembeli ada membawa beg serbagunanya sendiri.

Alasan Suzana pula, kalau hari Sabtu, memang plastik tidak diberikan melainkan pengguna membayar 20 sen untuk sehelai plastik. Tetapi, pada hari biasa, pasar raya memang akan memberikan plastik untuk mengisi barang-barang pengguna.

“Jadi, along letaklah barang-barang dia dalam beg plastik. Lepas tu dia nak bertekak dengan Along kata tak nak beg plastik, tak nak beg plastik. Along kata mak cik jangan risau, hari ni beg plastik free. Tak kena bayar pun. Ambil sajalah.”

“Tapi mak cik tu dok berkeras tak nak beg plastik. Along buat bodoh je. Malaslah nak layan orang tua macam tu. Memekak je. Dah tu dia siap menjerit-jerit marahkan Along. Kata Along tak sayangkan Bumi. Dia tuduh Along merupakan pemusnah Bumi nombor wahid.”

“Heilo… Dia ingat Along tak tahu maksud wahid? Berlagak sungguh, huh! Dah tu, kalau mak cik tu sayang sangat dengan Bumi ni, setiap kali dia melangkah, dia ciumlah Bumi.”

Along bercerita dengan penuh perasaan amarah di rumah. Mengadukan ketidak puasan hatinya kepada si ibu.

Malangnya bukan pujian atau kata-kata semangat yang dia dapat, malah kena tempelak pula. Memang Mastura marah. Apatah lagi, dengan gaya percakapan yang tidak menunjukkan hormat kepada warga yang lebih tua.

Memang nak kena piatlah telinganya tu.

“Along, kalau mama kata kamu ni lurus bendul tak kena tempat, kamu marah kat mama. Kamu kata mama tak sokong kamu.” Mastura merenung Suzana, tajam.

“Mak cik tu dah betul dah tu, dia prihatin dengan Bumi ni. Jadi dia tak nak gunakan beg plastik. Kan beg plastik tu tak boleh dilupuskan secara semulajadi! Lagipun dia dah bawak beg. Buat apa dia nak gunakan beg plastik lagi. Haiii… Kalau ikutkan mama, mama ganyang je kamu ni, Along. Senang cerita.”

“Alah mama ni. Tah hapa-hapa. Nak besarkan isu beg plastik, sama je macam supervisor Along tu,” balas Suzana dengan wajah cemberut tapi nada suaranya sudah berubah agak lembut.

Apa pun, mama tetap mama. Tiada pengganti. Kalau mama merajuk nanti, lagi susah nak pujuk.

“Ish, malaslah mama nak cakap dengan Along. Ha, lepas ni sms supervisor Along tu, kata Along minta maaf. Esok, Along pergi kerja kat Misko tu. Jangan ingat nak relaks-relaks kat rumah sambil menyanyi lagu pon pon pon pon. Mama tak nak dengar,” ujar Puan Mastura, tegas.

…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Suzana akan terus bekerja atau berhenti kerja di Misko?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience