Bab 15

Drama Series 28574

“Ya ke? Hmm… belum rezeki kot. Esok pergilah cari kerja lagi. Tapi mama bukan membebel bila mama suruh Along cari kerja. Apa pun, kalau Along kerja, duit tu untuk Along jugak. Along jugak yang senang nanti,” balas Mastura.

“Nak beli baju ke, seluar ke. Nak top-uplah, nak makan KFClah. Kalau Along ada duit, kan selesa sikit. Tak adalah asyik nak tunggu duit papa,” tambahnya.

Sudah acapkali skrip yang sama meniti bibir Mastura, meniti lagi dan lagi. Dan sudah berapa kali diterangkan, Mastura tidak ingat. Tetapi memang itulah yang selalu diperkatakannya kepada Suzana.

“Yalah, Along tau. Itulah sebabnya, hari Isnin ni, Along start kerja kat kedai perabut tu.” Selamba sahaja jawapannya sekaligus membuatkan mata mamanya membulat, antara percaya dengan tidak.

“Along ni kan! Suka tipu mama!” Mastura mencubit lengan anaknya.

Suzana ketawa terkekeh-kekeh lalu berlari masuk ke biliknya.

“Ma! Mana adik-adik?” tanyanya sebelum menghilang di dalam bilik.

“Dalam bas kot. Kan diorang ada aktiviti koko hari ni.”

“Oh… okey. Along nak mandi jap ek. Berkuah dah ketiak ni…”

*****

“Zura, kalau kau nak makan, pergilah dulu. Biar akak jaga kedai,” ujar Mala kepada Azura, kerani akaun merangkap pembantunya.

“Boleh jugak, Kak Biah. Saya pun dah lapar sangat dah ni. Pagi ni asyik berulang ke toilet je. Perut saya pun macam dah masuk angin dah ni.”

Azura mengemas barang-barang di atas mejanya. Dia menyimpan pen-pen ke dalam laci dan menutup buku simpan kira lantas buku itu diketepikan. Kemudian dia mencapai kedua-dua telefon bimbitnya yang terletak di meja sisi lalu disimpan di dalam tas tangannya. Setelah mengunci laci mejanya, dia melangkah ke meja Robiah.

Robiah dan Azura merupakan pekerja di sebuah kedai perabut di Taman Seri Pagi. Kedai perabut itu mula beroperasi pada tahun lalu dan semenjak itu, perniagaan kedai itu bolehlah dikatakan berdaya maju. Kebanyakan pelanggannya datang dari Taman Seri Pagi itu sendiri, namun ada juga pelanggan-pelanggan dari taman-taman berhampiran.

“Kak Biah nak kirim apa-apa tak?” Azura bertanya, berbasa-basi.

Padahal dia tahu, Robiah tidak suka mengirim makanan. Robiah lebih senang pergi ke kedai dan berehat di sana. Untuk release tension, katanya.

“Tak naklah. Akak nak pergi Petronas nanti, nak bank-in duit. Banyak ni. Takut terlambat nanti, entah apa-apa pulak yang jadi.”

“Berapa hari punya collection tu?”

“Semalam dengan hari ni. Semalam akak tak sempat. Semalam kan kita pack dari pagi sampai ke petang. Hari ni baru dapat bernafas sikit. Tu pun pagi-pagi lagi dah ada tiga orang buat payment.”

“Untung bos. Mintaklah bonus, kak. Saya teringin nak beli iPhone,” kata Azura seolah-olah merengek.

…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Suzana gembira dengan pekerjaan barunya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience