Bab 22

Drama Series 28574

Daripada kisah anaknya yang baru berusia empat tahun, drama-drama di televisyen hinggalah ke kisah hangat yang terjadi di dalam dan di luar negara, semuanya berada di dalam pengetahuan Haniza. Baru-baru ini, kisah kehilangan MH370 menjadi topik perbualan hangat mereka. Bagus juga, kerana Suzana tidak akan berasa kesunyian di tempat kerja.

“Kenapa, kak?”

“Tak delah, kan si Akim tak sampai lagi ni. Tadi masa akak telefon, dia kata baru nak bangunlah, baru nak mandilah. Akak dah mula rasa tak sedap hati nak kerja kat sini. Rasa macam nak cari kerja kat tempat lain je.”

“Alah, kak. Janganlah, kak. Kan saya baru masuk kerja,” kata Suzana seolah-olah memujuk.

“Engkau tak tau, minggu lepas. Hari Jumaat. Bengkel motosikal kat Kampung Kiambang kena rompak. Senang hati je perompak tu bawak balik RM7 ribu.”

Haniza berpeluk tubuh sambil merenung Suzana yang masih menguis-nguis air di tepi kakinya dengan penyapu.

Suzana mengeluh, “Yalah, kak. Kadang-kadang, saya pun rasa cuak jugak. Tapi nak buat macam mana. Saya nak cari kerja kerani, tapi tak ada kelulusan. Daripada dengar mak saya membebel, lebih elok saya datang kerja kat sini.”

Haniza melepaskan sebuah keluhan. Sudah berhari-hari dia berfikir untuk mencari kerja di tempat lain. Sebelum ini, sebelum dia menyertai syarikat ini, tempat kerjanya pernah dirompak. Dia takut kejadian itu berulang lagi.

“Tak apalah, Su. Sambung kerja. Sementara nak tunggu Akim sampai, sekurang-kurangnya tinggal nak settlekan perabut-perabut yang besar-besar je.”

“Orait, kak,” jawab Suzana dengan senyum lebar lantas tangan kanan digenggam dan ibu jari dinaikkan ke atas.

*****

“Tengah buat apa tu?”

“Berehat. Kenapa, bang? Abang nak beli perabut ke?” Haniza yang lebih senior bertindak sebagai jurucakap.

“Laptop.”

“Laptop? Kitorang tak ada jual laptop. Kitorang jual perabut je. Abang tengoklah keliling,” jawab Haniza dengan dahi berlapis.

Dia dan Suzana saling berbalas pandangan. Suzana mengangkat bahu. Memang setakat hari ini, dia menyerahkan kepada Haniza sahaja untuk menguruskan pelanggan atau bakal pelanggan kedai perabut itu.

Saat itu, nada dering dari kumpulan Beast kedengaran dari dalam beg sandang Suzana. Dengan senyuman, Suzana mengeluarkan telefon itu lalu melarikan jari telunjuknya di atas skrin. Sambil menjawab salam si pemanggil, kakinya melangkah ke luar.

“Hai.”

“Hai…?” jawab Suzana tertanya-tanya.

Siapakah pemuda yang berdiri di hadapannya? Tersengih-sengih sambil menghulurkan tangan.

“Mintak telefon.”

“Hah? Telefon?” Bagaikan terpukau, Suzana menghulurkan telefonnya kepada pemuda itu.

Namun sebelum telefon itu berpindah tangan, dia sempat menjeling ke dalam kedai, mencari Haniza. Kelihatan Haniza sedang berdepan dengan lelaki tadi yang kini sedang mengacu-acukan pedang bersarung ke arah Haniza.

…bersambung
Bab akan datang:
Adakah mereka juga dirompak? Dapatkah mereka menyelamatkan diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience