Bab 21

Drama Series 28574

Tidak lama kemudian, muncul Haniza, juga seorang pekerja di situ.

“Su! La… awat hang tak tutup ayaq?”

“Akak la yang tak tutup ayaq,” balas Suzana sambil menjuihkan bibirnya kepada Haniza.

Haniza menggeleng sambil ketawa. Seperti Suzana, dia juga turut terjengket-jengket memasuki kedai itu.

“Alamak… macam mana ni? Akim mc. Dia demam. Tapi nampaknya kena panggil dia jugak. Mana kita larat nak kemaskan kedai sebesar ni,” ujar Haniza lalu meletakkan begnya di tepi beg Suzana.

“Panggil je, kak,” balas Suzana sambil melangkah perlahan ke arah belakang ruang pameran kedai perabut itu.

“Dia bukan demam. Entah-entah dia bangun lambat je tu,” tokok Suzana dengan suara yang ditinggikan sedikit.

“Aik? Biar betul? Dia sms kat akak, kata dia demam,” balas Haniza seakan-akan menjerit.

“Iyalah tu…” giat Suzana.

“Semalam saya nampak dia beli tiket wayang kat Jusco. Siap pegang-pegang tangan dengan awek dia.”

“Oh… nanti akak panggil dia. Paksa dia suruh masuk kerja jugak hari ni.” Haniza membuat keputusan.

Apa pun, memang mereka perlukan bantuan Akim. Dia adalah satu-satunya pekerja lelaki di Kedai Perabut Megah. Pekerja am merangkap pemandu lori. Jadi, bantuannya memang amat diperlukan hari itu.

“Sementara tu, kita terpaksa bersihkan kedai ni jugak. Takat mana yang terlaratlah. Haish… Macam manalah paip kat depan tu boleh pecah…”

“Itulah, kak. Ni yang buat saya tension ni. Baru seminggu kerja dah kena dera ni.” Suzana membuat muka monyok dan kemudian menjelirkan lidahnya kepada Haniza yang sibuk berkata ampun di hujung sana.

Beberapa detik berlalu. Kedua-dua mereka kini diam dan meneruskan dengan kerja masing-masing. Haniza mengangkat perabut-perabut yang ringan untuk dijemur di luar. Alhamdulillah, langit tidak berawan. Pagi ini matahari memancarkan sinarnya dengan megah ke serata alam. Sesekali bunyi lori yang lalu-lalang di jalan raya menghambat kebisuan yang menguasai kedai perabut itu.

Selepas kira-kira 10 minit, Haniza berdiri tegak. Matanya mencari-cari kelibat Suzana. Nampaknya Suzana masih berada di bahagian belakang ruang pameran, menyapu air yang bertakung dengan menggunakan penyapu lidi. Tanpa tujuan yang tertentu, Haniza melangkah ke arah Suzana.

“Penat?” tanyanya sebaik sahaja dia berada dekat dengan gadis itu.

“Sakit pinggang dah ni,” ujar Suzana dengan bibir yang dimuncungkan sambil tangan kirinya menggosok-gosok pinggangnya.

“Eh, Su, kau baca tak yang akak pesan tu?”

“Ya Dhar? Mestilah saya baca. Tiap hari saya baca. Kan akak kata untuk penjagaan diri.” Akui Suzana dengan tulus.

“Ha. Baguslah tu. Jangan lupa. Eii… akak takut sejak dua menjak ni tau, Su.” Haniza membuka cerita.

Dia memang suka bercerita. Macam-macam perkara boleh diceritakan.

…bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang ditakuti Haniza sehingga dia berkata sebegitu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience