Bab 6

Drama Series 28574

Waktu arwah suaminya masih hidup, arwah pergi kerja pada pukul 7.30 pagi. Kerjanya sebagai pemandu lori menuntut dia bangun awal dan balik pada lewat petang. Pendapatan yang diperolehi sekadar cukup makan. Hanya cukup untuk kegunaan bulanan sahaja. Tidak ada baki untuk makan-makan di luar, tidak ada baki untuk pergi berkelah, apatah lagi untuk membeli peralatan rumah yang terkini.

Agaknya kerana kepayahan itulah yang membuatkan Samiah berkeras mahukan Zainudin mengikut Pak Cik bekerja. Manalah tahu, mungkin nasib mereka akan berubah menjadi lebih baik selepas ini.

Samiah berfikiran positif. Dia yakin, dengan kerja keras, walaupun tanpa latar belakang pendidikan yang hebat, Zainudin boleh berjaya. Berjaya seperti Pak Cik.

Pak Cik adalah bukti bagaimana seorang insan boleh mengubah taraf hidupnya menjadi lebih baik. Biarpun tanpa latar belakang pendidikan yang tinggi.

“Kerja dengan Pak Cik kena bersungguh-sungguh. Kena nekad. Kerja ni bukan main-main. Bukan calang-calang orang boleh buat kerja macam yang Pak Cik buat ni,” ujar Pak Cik.

“Kalau tak sebab hormatkan emak engkau, tak hingin Pak Cik nak bawak kau kerja dengan Pak Cik. Pak Cik takut nanti kau tak bersungguh-sungguh,” sambung Pak Cik sambil merenung wajah Zainudin, tajam.

Matanya bersinar-sinar melambangkan betapa seriusnya dia ketika itu.

“Eh, cubalah dulu. Din ni boleh buat kerja, kalau diajar.” Samiah seolah-olah merayu sambil menepuk-nepuk bahu anak bujangnya.
Pak Cik mengangguk-angguk. Dua bebola matanya masih tertancap ke wajah Zainudin.

“Ya, Pak Cik. Saya ikut cakap Pak Cik. Saya akan bekerja bersungguh-sungguh,” kata Zainudin, seolah-olah berjanji.

Rokok di tangan terbiar begitu sahaja. Habuknya sudah banyak dihujung. Zainudin seolah-olah sudah terlupa kepada rokok itu.

“Kau akan buat apa yang aku suruh?” tanya Pak Cik seolah-olah meminta suatu jaminan.

“Ish, ada pulak tanya macam tu. Mestilah dia buat semua yang kau suruh. Kan, Din?” Samiah bersuara bagi pihak anaknya.

Dia tidak mahu adiknya berubah hati. Kalau adiknya berubah hati, di mana lagi hendak ditolak anak bujangnya? Inilah satu-satunya peluang untuk Zainudin menimba pengalaman bekerja. Pengalaman berniaga.

Lain kali, apabila sudah ada pandai, ada ilmu, ada kemahiran, Zainudin boleh berniaga sendiri. Samiah mula memasang angan.

“Ya, Pak Cik. Saya buat. Apa saja yang Pak Cik suruh, saya akan buat,” janji Zainudin.

Entah betul entah tidak, yang penting, malam ini, dia tidak mahu mendengar bebelan emaknya.

*****

Pagi ini Mastura menyediakan nasi lemak dan french toast buat keluarganya. Untuk membasahkan tekak, dia sudah menyediakan seteko kopi pekat.

Sidek memang mahukan sarapan berat setiap hari. Sudah menjadi kebiasaannya semenjak kecil lagi.

…bersambung
Bab akan datang:
Apakah kerja yang diberikan oleh pak cik untuk Din?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience