Bab 18

Drama Series 28574

Lalu muncullah sebilah pedang yang masih bersarung dan kini pedang itu sedang dihalakan tepat ke muka Robiah. Atau lebih tepat, kedudukan mata pedang yang masih bersarung itu betul-betul di hadapan hidung Robiah.

Mata Robiah membuntang saat menatap pedang itu. Jantungnya berdegup kencang.

“Apa ni, encik???”

Robiah melepaskan pintu almari tadi lantas terus melangkah dua tapak ke belakang.

“Encik jangan nak cari pasal kat sini. Kedai ni open. Semua orang boleh nampak!” gertak Robiah.

Lelaki itu ketawa. Tidak berdekah-dekah tapi amat menggerunkan.

“Kau jangan nak menipu. Aku dah scan dah. Aku dah reiki kedai ni beberapa hari dah. Time ni, semua kosong.”

Dengan pedang di tangan yang diangkat separas pinggang, dia maju ke hadapan dua langkah. Cuba menyamai rentak Robiah.

“Hah?”

Robiah mula panik. Dia menjerit meminta tolong, namun suaranya hanya bergema di dalam hatinya sahaja. Matanya memandang sekeliling. Dia berpaling ke belakang sambil memanjangkan lehernya. Berharap agar Azura dan Hasrol ada di situ.

“Encik jangan buat hal.”

Robiah menapak lagi dua tapak ke belakang. Tangan diangkat separas pinggang seolah-olah sedang bertahan daripada serangan namun lelaki itu masih belum menyerang fizikalnya. Hanya menyerang mentalnya.

Pedang dihayun-hayunkan ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Matanya tajam merenung Robiah. Wajahnya kembali natural, wajah tanpa senyuman.

“Aku bukan nak buat apa-apa kat kau. Aku nak duit. Aku akan simpan pedang ni semula. Dan kau pergi kat meja kau tu. Kau keluarkan semua duit yang kau ada. Faham?”

Seperti yang dikatakan, dia menyembunyikan semula pedang itu di dalam jaketnya. Tetapi tangan kanannya masih berada di situ. Andainya perlu, dia boleh terus mengeluarkan pedangnya sama ada untuk mempertahankan diri ataupun untuk menyerang.

“Saya tak de duit. Saya orang susah, encik,” rayu Robiah dengan wajah yang gelisah.

“Aku bukannya nak duit kau pun. Apalah bahlol sangat kau ni? Aku nak duit kedai ni!” jerkah lelaki itu.

“Mana boleh! Itu duit bos saya. Mana boleh encik buat sesuka hati encik,” bantah Robiah.

Saat itu, dia berniat untuk lari malangnya langkahnya terhenti. Sekarang dia sedang berdiri betul-betul membelakangi sebuah meja makan. Lelaki itu datang mendekat.

“Aku tak ada masa nak bincanglah!” pekiknya.

Marahnya sudah sampai ke telinga.

“Aku nak kau pergi ambil duit sekarang!”

“Saya tak ada kuncilah…” Robiah cuba berdalih.

“Kau jangan nak tipu!!!”

Robiah tersentak dijerkah sebegitu. Mulutnya terlopong bagaikan tidak percaya.

‘Ya Allah, macam mana pulak tiba-tiba aku boleh berhadapan dengan perompak ni? Tolonglah aku, Ya Allah. Aku takut…’

Mata Robiah sudah mula berkaca-kaca. Buntu. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Patuh atau melawan?

…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Robiah akan memberi apa yang dimahukan perompak itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience