Bab 26

Drama Series 28574

Tetapi dengan Apek di sisinya, dia memberanikan diri untuk terus berhadapan dengan perompak itu.

Dengan tangan kanan yang digenggam padu, si perompak itu menghayunkan tangannya ke arah telinga Akim. Tetapi Apek yang berada di sisi kanan Akim juga tidak boleh dipandang sebelah mata, dengan pantas dia melangkah ke kiri dan sambil mengukuhkan kekudanya, dia menyerang dengan menumbuk ke pelipat lengan si perompak.

Hasil serangan itu membuatkan perompak itu terdorong ke kanan hingga terlanggar sebuah meja makan. Akim terus berlari ke arahnya dan terus menyepak lutut kiri si perompak.

“Akim! Akim! Apek! Polis dah datang!” jerit Suzana dan siren kenderaan polis mula kedengaran memekakkan telinga.

Kali ini, si perompak pasti akan menerima habuannya.

Sepandai-pandai tupai melompat…

*****

“Terima kasih kepada semua yang ada di sini.”

“Syukur, Alhamdulillah. Semuanya selamat. Apa jadi dengan perompak ni, encik?”

“Saya akan pastikan dia menerima hukuman, Encik Sidek. Katanya tadi, dia ada sekutu. Anak buah dia sendiri. Budak itu pun tak boleh lepas. Saya akan cari budak tu di rumahnya.”

Berdiri jauh sedikit, Suzana, ibunya, Haniza dan Akim sedang berbual-bual.

“Mak Cik Mastura, saya nak cari kerja di tempat lainlah. Takutlah saya nak terus kerja di sini,” adu Haniza sambil mengerutkan hidungnya.
Memang dia sudah serik hendak bekerja di situ. Duit boleh dicari tetapi keselamatan, nyawa, lebih utama.

Suzana mengangguk menyetujui. Dia juga sudah memberitahu ibunya yang dia ingin mencari kerja di tempat lain. Nampaknya, Suzana masih belum bertemu satu pekerjaan yang benar-benar serasi dengan dirinya. Semoga pencariannya selepas ini akan berjaya.

Betul tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience