Bab 4

Drama Series 28574

“Apa mama ni… Along tak nak. Along dah bergaduh kaw-kaw dengan dia. Takkanlah tiba-tiba nak minta maaf dan berbaik dengan dia. Eii… mustahil. Kalau mama nak sangat, mama pergilah kerja kat Misko tu.”

“Ewah budak bertuah tak tau diuntung ni. Kalau mama kerja, siapa nak masak kat rumah ni? Siapa nak masakkan untuk papa? Along tu, harap masak air je, bolehlah.”

Kalau beginilah, bilalah nak habis bertekak ni?

*****

“Din, daripada melepak setiap hari di tepi padang, lebih baik Din pergi ikut Pak Cik kerja. Mak tengok Pak Cik tu pandai cari duit. Tengok rumah dia, serba lengkap. Peti ais ada, mesin basuh ada, televisyen canggih, Astro pun boleh rakam. Seribu kali lebih elok dari rumah kita ni.”

“Mak ni teringin jugak nak berehat-rehat. Minum kopi sambil tengok tv. Tak larat dah badan mak ni, asyik nak bekerja je.”

Samiah bukan sudah jemu dengan kehidupannya. Bukan juga sudah jelak dengan keluarganya. Tetapi bagaimana dia hendak bersabar apabila anak lelakinya Din hanya tahu berseronok dengan kawan-kawan dan tidak ada usaha untuk membantu meringankan kewangan keluarga.

Dengan siapa lagi harus dia berharap kalau tidak kepada anak sendiri. Suaminya sudah tiada. Sudah meninggal setahun yang lalu.

Jadual waktu harian Din amat mudah. Bangun pagi pada pukul 11.00 pagi. Lebih kurang. Kadang terlebih, jarang terkurang.

Selepas itu dia akan termenung di hadapan televisyen. Apabila sudah dipanggil dipekik beberapa kali, barulah dia sibuk hendak mandi. Kemudian, tahu-tahu je sudah tercongok di meja makan, menunggu emaknya selesai memasak.

Selepas makan, Din akan keluar dengan motosikalnya ke sekolah untuk menjemput adiknya, Nida. Selepas menghantar Nida balik, bermulalah aktiviti lepak Din dengan kawan-kawannya.

Tempat lepak mereka berubah mengikut keadaan cuaca dan tiupan angin. Kadangkala ke barat, kadangkala ke utara, begitulah kebiasaannya.

“Alah, malaslah nak ikut Pak Cik, dia tu sombong. Bukannya dia sudi nak bercakap dengan orang macam kita ni. Mak Cik tu, berapa punya sombong. Diaaam jer. Kalau kita datang ke rumah dia pun, diorang macam tak suka. Macam nak suruh kita balik cepat. Dah tu asyik bagi alasan sibuk, nak meniaga. Kawan cari. Kawan panggil. Ada urusan jual beli.”

“Yalah, betullah tu. Orang berniaga, memanglah sibuk. Itu sebablah mak suruh kamu pergi ikut Pak Cik kamu tu, bolehlah kamu belajar ilmu berniaga. Manalah tau, entah-entah ada rezeki kamu nak berniaga. Nak maju. Janganlah asyik membangkang je.”

“Alah, orang tak tahulah. Mak cakaplah dengan Pak Cik tu. Kalau dia bagi ikut, Din ikutlah.” Akhirnya Din pasrah dengan arahan emaknya.

…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Din akan mendengar nashat ibunya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience