BAB 8

Romance Series 66946

Tamat sahaja kursus pada petang itu, tanpa berlengah Nureen menuju ke bilik penginapannya. Dia akan pulang bersama-sama Kak Min. Maknanya menumpang kenderaan Kak Min. Jadi dia perlu segera berkemas, tidak mahu Kak Min tertunggu-tunggunya nanti. Adab menumpang orang, macam itulah.

Selesai mengemas, bagasi merah hati itu diletakkan berhampiran pintu. Nureen masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Lima belas minit kemudian Nureen keluar dari bilik mandi dengan berkemban tuala. Belum sempat dia mengenakan pakaiannya, loceng pintu biliknya berbunyi.

"Alamak!.. Kak Min dah datang? Aku tak pakai baju lagi ni" rungutnya. "Kejap Kak Min, Reen buka pintu" laungnya.

Kakinya berlari anak menuju ke arah pintu. Pantas tangan kanannya membuka kunci dan menyambar pemegang pintu lalu ditarik turun, dalam masa yang sama daun pintu terkuak.

"Makkkkk..." terkejut besar dia dengan kehadiran seseorang didepan pintu biliknya.

Tubuhnya yang masih berkemban tuala pantas disembunyikan dibelakang pintu. Lain yang ditunggu, lain pula yang datang.

Sangkaannya Kak Min yang datang, rupanya mamat senget mulut puaka bilik depan yang muncul. Haru..haru..

Luth Ambreen sempat menyaksikan tubuh Nureen yang gebu itu beberapa saat. Apatah lagi matanya terhidang dengan lurah gunung berkembar yang padat.Tertelan liurnya berkali-kali melihat tubuh yang hanya dibaluti tuala merah separas peha. Tayangan percuma dari gadis itu yang belum pernah dia lihat sebelum ini.

"Tuan nak apa!?" soalnya sebal dibalik pintu yang sedikit renggang. "Kenapa tak call, selalunya boleh je call..wasap ke?" Nureen buat muka. Nasib baik mamat senget tu tak nampak. Kalau nampak... jahanam

Senyap...

Dah balik bilik ke mamat senget ni. "Tuan!.. tuan!.."

"Aaa..ya..ya..apa?" Luth seperti baru tersedar dari mimpi.

"Kenapa tuan tak call atau wasap dulu, ini pakai terjah je!"

"Aku call, kau yang tak jawab"

Hah..bila masa mamat senget ni call, tak dengar pun. Rasa- rasanya tak silent phone pun. Ouhh..baru teringat, aku mandi tadi..

"Kau pulang dengan aku" arahnya dari sebalik pintu.

"Kenapa pulak!? kan saya dah janji dengan Kak Min nak tumpang dia, balik dengan dia"

Geram betul aku dengan mamat senget ni. Sibuk je nak arahkan aku itu ini. Nasib baik aku belum pakai baju, kalau dah siap berpakaian, aku keluar..aku nak tujal-tujal kepala dia biar senget terus.

Eh..eh.. si Nureen ni, berani ke nak tujal kepala CEO Megah Holding. Berani...berani ke??.

"Min dah gerak. Dia bagi tahu aku dia ada hal, nak singgah rumah mertua dia. Bapa mertua dia sakit"

Eh...eh..tadi elok je. Kak Min tak cakap pulak nak singgah rumah mertua bagai. Katanya nak balik terus, rindu suami dan anak-anak. Aku pun rindu juga dengan emak dan Una.

"Kau dengar tak aku cakap"

"Dengar..tak pekak lagi" sebal.

"Dah..pakai baju. Jangan nak tayang body gebu kau tu. Tak pasal-pasal nampak dek duda gersang tu..lunyai kau nanti dikerjakannya" terus lelaki itu menarik daun pintu bilik Nureen hingga tertutup rapat. "Kunci pintu, jangan buka sebarangan!!" laung lelaki itu dari luar.

"Orang tahu la" jawabnya perlahan dibalik pintu. Berani jawab kuat-kuat, kang tak pasal-pasal mamat senget tu rempuh masuk bilik aku. Jahanam....

Klak...

Nureen kunci pintu. Rantai pintu dipasangkan. Bimbang juga, dahlah sorang-sorang, buatnya betul macam mamat senget tu cakap, mati dia dikerjakan duda gersang tu. Nauzubillah..

Nureen kembali mengenakan pakaiannya lalu dia bersolek ala kadar. Nak balik je pun.

Bip...bip...satu mesej masuk ke telefon bimbitnya. Nureen membaca what's app itu.

[Aku tunggu kau kt lobi, dh siap ke belum? ke.. masih berkemban lgi?] siap letak emoji setan senyum lagi.

"Eeee...mamat senget ni kan memang saja cari pasal dengan aku kan"

[Dah siap, kjap nk turun. X kuasa nk brkemban lama²..sejuk] aku letak emoji ulat bulu. Hamek kau, gatal sangat kan.

Keluar saja dari lif, Nureen nampak Luth Ambreen sedang duduk disofa lobi hotel. Dia menarik bagasinya menuju ke kaunter hotel. Selesai menyerahkan kad access pintu bilik hotel, Nureen melangkah ke arah Luth Ambreen. Lelaki itu kelihatan sibuk dengan iPadnya. Business man, macam tu lah sibuknya. Dia duduk pada sofa single hadapan lelaki itu.

"Dah siap..jom" Luth Ambreen bangun dari duduknya, dia melangkah ke pintu utama hotel, tangannya sempat mencapai pemegang bagasi Nureen lalu diheret bersamanya.

Nureen terpanar dengan sikap lelaki itu. Dikejarnya langkah panjang lelaki itu sehingga ke kereta.

Sampai dikereta, Luth Ambreen membuka bonet keretanya lalu diangkat bagasi Nureen dan diletakkan didalamnya. Kelihatan bagasi lelaki itu sudah ada didalam bonet kereta itu.

"Beratnya beg kau, isi batu ke?" sindir Luth selepas dia menutup bonet keretanya.

"Isi orang!.." dijeling lelaki itu sedas.

Luth tenung Nureen macam nak telan.

"Masuk!" arahnya pada gadis itu. "Menjawab!"

Dijelirkan lidah pada lelaki itu sebelum meloloskan diri ke dalam kereta Luth Ambreen.

Luth geleng kepala, senyum senget dia dengan kelakuan gadis itu. Kemudian dia masuk ke dalam kereta. Dipandang gadis di kerusi penumpang.

"Apa?" soal Nureen pada Luth.

"Comel sangatlah buat macam tu?"

Nureen jeling sedas pada lelaki itu, kemudian wajahnya dibawa ke kiri memandang ke luar tingkap kenderaan itu. "Memang comel pun" perlahan suaranya.

"Kuat menjawab"

Automatik tangan kanan Nureen naik menekup mulutnya.

Dari jauh Encik Jalal perhatikan perempuan pujaan hatinya melangkah masuk ke dalam kereta Luth Ambreen. Kau pilih bulu rupanya, patut kau buat derkk je dengan aku selama ni. Hatinya bergerigis. Tak pe..aku akan buat kau menangis tak berlagu nanti.

Terkumat kamit mulut lelaki itu membaca doa mula perjalanan. Pohon dihindarkan dari segala bala bencana. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan perjalanan mereka berdua.

"Amiinnnn".. Spontan Nureen mengaminkan doa yang dibaca oleh Luth Ambreen. Bagus juga mamat senget ni, puji Nureen dalam hati. Mulut puaka pun pandai baca doa, sejukkk hati, dia sembunyi senyum.

*****************

trima ksih atas sokongan & komen anda sekelian. love uolls..tq..tq & tq again.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience