Ikutkan hati, malas nak pergi kursus tu, tapi namanya dah masuk senarai, nak tolak dah tak boleh. Bukan apa, Encik Jalal pun ikut serta kursus tu. Faham sangatlah sikap lelaki tu dengan dia macam mana. Kat mana dia ada, kat situlah lelaki itu nak tayang muka, rimas dia dibuatnya. Kadang-kadang naik meluat dia dengan sikap terlebih prihatin lelaki itu. Tahu la diri tu gersang, duda anak 2. Agak-agaklah, jangan buat malu persatuan duda- duda.
Hati membebel, tangan mengacau kopi O dalam mug.
"Reen...Kau dah siap pack barang ke?, seminggu jugak kursus tu" tanya Kak Shida yang tiba-tiba muncul diruang pantri.
"Dah kak, tapi.. ada la sikit lagi barang yang belum masuk dalam beg." jawab Nureen. "Nasib baik akak pegi sama, adalah geng satu kepala" sengeh Nureen.
"Habis.. dengan Durrah tu kau tak satu kepala?" Durrah satu section dengan Nureen, tapi kurang rapat kalau nak dibandingkan rapatnya dia dengan Kak Shida.
"He..he..bolehlah..satu kepala juga, tapi akak lain sikit"
"Apa yang lainnya, Cuba kau bagi tahu akak" Kak Shida buat muka serius.
"Akak terlebih senget, itu yang Reen suka. Durrah tu tak senget macam akak, tapi bolehlah buat teman sembang daripada penyakit bosan"
"Ehh..budak ni. Akak sumpah mulut kau senget, baru padan muka. Nanti tak ada orang yang nak kan kau. Baru kau ada akal. Merangkak kau cari akak..dik.." ugut Kak Shida. "Macam ni kau punya mulut senget" Kak Shida buat mulut senget siap dengan memek muka herot lagi.
Berdekah-dekah Nureen ketawa, gelihati dengan tingkah laku wanita beranak empat itu.
"Dahlah kak, sakit perut Reen dengan akak ni. Reen nak sambung keja, asyik sangat ketawa kang kerja tak siap"
Nureen melangkah keluar dari pantri dengan ketawa masih bersisa. Ditangannya, mug penuh berisi kopi yang dibancuhnya bagi menyegarkan mata untuk menyambung semula kerja-kerjanya sebelum dia pergi berkursus.
"Arghhh!!!..."
"Kenapa tu Reen?" soal Kak Shida dari dalam pantri. "Reen!...Nureen!!.." laung wanita itu. "Apasal senyap je" hairan wanita itu bila panggilannya tidak disahut oleh Nureen.
Rupanya kejadian diluar pantri, Nureen terlanggar Luth Ambreen, kebetulan lelaki itu mahu memasuki pantri. Kemeja putih lelaki itu dari dada membawa ke bawah perut, dipenuhi tumpahan kopi yang dibancuh oleh Nureen Safia tadi. Kopi 'O' pekat pulak tu. Bayangkan...
Tergamam Nureen dibuatnya. Dia bukan sengaja melanggar CEO Megah Holding. Eksiden.....eh.. bukan, pembetulan TEREKSIDEN sebenarnya.
"Astaghfirullahhalàzim!!...." Kak Shida muncul diluar pantri. Mengucap panjang dia. "Apa kau dah buat ni Reen!!?.."
Perlahan Nureen toleh ke arah Kak Shida. Nureen tayang muka bersalah, nak nangis pun ada.
Eh...kejap-kejap..bukan salah aku 100% pun, yang dia tu tiba-tiba muncul dekat pantri dah kenapa? Nasib baik kopi 'O' tu dah kurang panasnya. Kalau yang berasap, mahu menggelupur mamat ni. Kalau ya pun nak minum, mintalah pada Afifah, dia kan ada PA. Lainlah macam aku ni, kerani je kot. Berleter panjang hati Nureen.
"Tu..Tu..Tuan Luth tak apa-apa ke?" berani-berani takut Kak Shida bertanya.
Renungan tajam lelaki itu dengan raut wajah tegang, membuatkan Nureen Safia menunduk rapat.
Tadi bukan main hati kau berleter kan... Bukan salah kau 100% lah, kopi kurang panaslah..apalah. Sekarang sekali lelaki tu tenung, kau dah patah tengkuk. Mahu tak patah tengkuk, tenung macam serigala lapar. Nasib kaulah Reen. Kau hadaplah.
Suasana sunyi sepi seketika sehinggalah Luth Ambreen bersuara.
"Careless.. enter my room now!" arah Luth Ambreen pada Nureen Safia. Lelaki itu melangkah kembali ke pejabatnya.
"Akak...tolong Reen kak, Reen takut.."
"Kau pegilah, nanti minta maaf" saran Kak Shida
"Bukan salah Reen sangat pun, dia yang meluru nak masuk pantri" Nureen membela diri.
"Eh..budak ni, kenapa depan dia tadi kau tak cakap macam tu?"
"Nureen Safia!!...now!!!" laung Luth Ambreen dari depan pintu biliknya.
Mug bersisa kopi diserahkan pada Kak Shida, bergegas Nureen menapak ke bilik CEO Megah Holding. Dalam hati segala macam doa dibaca.
"Masuk.." arah Luth Ambreen, tangan kiri menahan pintu dari tertutup dengan sendiri. Dipandang wajah comel itu. Sengaja dia berdiri ditengah-tengah pintu.
"Masuk!!…" sedikit meninggi suaranya. Kepala disenget sedikit..isyarat menyuruh Nureen masuk.
"Tuan berdiri kat situ, mcam mana saya nak masuk?" Nureen pandang wajah majikannya.
"Kenapa? Tak muat? Besar sangat ke badan awak tu?" sindir Luth. Atas bawah Luth perhatikan tubuh Nureen. Tiba-tiba anak matanya terhenti pada bahagia dada gadis itu.. lama. Telan liur seperti tak lepas.
Berdiri bulu roma Nureen dengan tingkah laku lelaki itu. Renungannya.. eee..seram. Nureen undur setapak ke belakang, membuat jarak diantara dia dan lelaki itu.
Nureen Safia memiliki buah dada yang montok serta padat. Potongan badannya menggiurkan, tambah lagi apabila dia berkebaya. Sesiapa yang memandang pastinya akan tertarik, terutama sekali pada gunung kembarnya.
"Setakat nak dukung tu, tak de hal lah" pantas CEO Megah Holding itu melangkah masuk ke biliknya.
"Hah!" tercengang Nureen mendengarnya. Dukung??..Memang seram mamat ni.
"Masuk!!..tak payah nak blurr sangat.." laung Luth sebelum pintu pejabatnya tertutup dengan sendirinya.
Sesaat kemudian tangan Nureen membuka pintu, dia menapak masuk lalu berdiri dihadapan meja kerja Luth Ambreen.
"Ingatkan dah cabut? Mana tahu takut kena dukung?" sindir Luth Ambreen.
Ishh..dia ni kan cakap main sedap mulut je. Rungut Nureen dalam hati. Senget betul lah mamat ni.
"Awak nampak pintu warna kelabu tu?" soal Luth Ambreen pada Nureen Safia. Anak mata dikerling pada pintu tersebut.
Anak mata Nureen pun terarah pada pintu yang dimaksudkan oleh lelaki itu, dia mengangguk perlahan.
"That's my dressing room. You please come into that room, please take my shirt in the closet. Saya nak tukar baju lain, badan saya dah melekit" anak mata Luth masih pada Nureen.
Nureen teragak-agak mahu melangkah ke bilik itu. Bilik persalinan CEO Megah Holding kot...Ingat semua orang boleh masuk ke?.
"Kenapa? Nak saya dukung masuk dalam bilik tu?" sindir Luth, apabila Nureen masih mematung di hadapan mejanya.
"T..tak..tak..saya boleh masuk sendiri" tergagap-gagap Nureen menjawab. Segera dia melangkah ke arah bilik persalinan itu, takut kena dukung?.
Luth Ambreen pandang belakang Nureen hingga kelibat gadis itu hilang dibalik bilik persalinannya.
Nureen membiarkan pintu bilik persalinan itu terbuka luas. Langkah berjaga-jaga. Walaupun dia didalam, Tuan Luth diluar, untuk mengelakkan fitnah, Nureen perlu berbuat demikian.
Share this novel