Mata Aisha Husna semakin layu, mulut masih menyonyot botol susu yang hampir surut isinya. Nureen menepuk lembut peha anak itu. Matanya juga pun semakin kuyu. Dia perlu tidur awal, besok dia mula bertugas semula daripada cuti sakit.
Maka esok juga bermulalah episod berkerja dibawah satu bumbung dengan sang suami. Hai..macam manalah agaknya mamat senget tu layan dia nanti kat pejabat.
Fikir punya fikir, akhirnya dia terlelap.
Brrrrr...
Telefon bimbit diatas meja kecil tepi katilnya bergegar. Nureen dan Aisha Husna sudah berlayar ke lautan mimpi.
"Aikk..tak jawab, tak kan dah tidur?" omel Luth Ambreen. Dipandang jam telefon bimbitnya "Baru pukul 10.00, awalnya tidur" omelnya lagi.
Ditekan sekali lagi nombor telefon isterinya, serupa..tidak berangkat. Baru ingat malam ni nak manja-manja, dah tidur rupanya. Hmmm...
Reen..suami kamu nak balik dah tu" kata Puan Salmiah.
Nureen sedang meletakkan cawan kotor ke dalam singki. "Biarlah dia balik, tak kan nak tidur sini pulak, dah datang sekali dengan mak ayah dia, dorang balik sekali lah" balas Nureen.
"Reen..tak ba..." belum habis Puan Salmiah bercakap, ada yang mencantas.
"Kalau aku tak nak balik..nak tidur sini..boleh?" Luth dengar apa yang Nureen bicarakan pada ibunya. Tajam mata helangnya merenung sang isteri.
Kelu lidah Nureen melihat lelaki itu sudah terpacak di ruang dapur.
Puan Salmiah tak nak masuk campur lalu kaki dibawa menuju ke ruang tamu.
Luth Ambreen mendekati isterinya.
"Tu..Tuan tak balik lagi?" tergagap-gagap Nureen menyoal.
"Belum...Nak peluk cium isteri aku dulu sebelum balik." mata tunak memandang si isteri yang sedang menggelabah.
"Ma..ma..mana boleh, kita tak buat majlis lagi" jawab Nureen tergagap-gagap. Apa punya alasan kau bagi ni Nureen.
"Tapi.. kita kan dah nikah?..hmm.." Luth semakin mendekat. Mata tunak merenung si dia.
Nureen semakin kalut. Muka dah cuak lain macam.
Luth berdiri betul-betul dihadapan Nureen. Diperhatikan wajah manis ayu itu. Ke dua tangan lelaki itu naik menompang di birai singki, secara tidak langsung mengepung tubuh Nureen dari hadapan. Jarak tubuh mereka rapat, sangat rapat sehingga Nureen dapat menghidu haruman dari tubuh lelaki itu. Nureen tunduk, tidak mampu menentang mata lelaki itu yang sedari tadi merenungnya tanpa berkelip.
Sesaat kemudian ibu jari dan jari telunjuk Luth naik mengepit lembut hujung dagu Nureen lalu menolak perlahan dagu isterinya ke atas. Wajah Nureen sedikit mendongak. Mata bertentangan. Lama mereka dalam keadaan begitu. Lelaki itu menghantar rasa pada si gadis, harap ianya bersambut walaupun mengambil masa.
"Tolong bukakan hati kau untuk aku. Milikki aku dengan seikhlas hati kau. Bukannya milikki aku dengan apa yang aku milikki. Kau faham maksud aku. Aku suka kau...sebab kau lain dari yang lain. Satu dalam beribu" lembut bicaranya. Luth Ambreen pandang ke dalam mata isterinya, lama... mencari sinar keikhlasan di situ. Belum ada..akan muncul suatu hari nanti. Kemudian dengan perlahan-lahan Luth tunduk mengucup ubun-ubun isterinya.
Mata terpejam, Nureen rasakan seperti dipukau oleh lelaki itu. Menarik pun tidak, menolak pun tidak. Tenang dan damai. Perasaan apakah ini?..
"Haaaa!...papa Luth tiss(kiss) mama?" membulat anak mata Aisha Husna melihat keadaan dua manusia dewasa itu.
Kelam kabut Luth melepaskan kepala isterinya. Bahaya..bahaya..budak kecil ni, getus hati Luth. Lelaki itu kalih tubuhnya ke arah Aisha Husna.
"Mana ada papa Luth kiss mama, papa Luth buang sampah atas kepala mama. Kan mama?" Luth pandang Nureen. Tolong cover wahai isteriku.
Nureen Safia hanya mengangguk, mengiyakan temberang lelaki itu.
"Mama ada tanyan yah, boyeh je buang cendiri(mama ada tangan lah, boleh je buang sendiri" balas anak itu tak puas hati.
Nureen senyum dengan kata-kata yang keluar dari mulut Aisha Husna.
"Atas kepala.. mama mana boleh nampak, sebab tu papa tolong buangkan" Luth tak mahu kalah dengan anak kecil itu.
"Pegi bayik, atuk Walid dah tunggu yame dalam teta (Pergi balik, atuk Walid dah tunggu lama dalam kereta)" marah Aisha Husna pada Luth.
"Halau papa Luth pula?"
Luth pandang Nureen yang sedang menahan tawa. "Banyak bunyi rupanya budak kecil ni" perlahan suaranya, geram dengan mulut cinonet tu.
"Padan muka" kata Nureen pada Luth.
Luth jegil mata pada Nureen. Tak berpihak padanya langsung.
Tersengih-sengih Luth Ambreen mengingatkan kejadian pada petang itu. Sempat juga dia cium ubun isterinya. Nasib baik si kecik tu muncul, kalau tidak...silap haribulan lumat bibir merekah isterinya dikerjakannya.
Hmmm...call tak jawab, esok je lah jumpa kat opis. Lelaki itu tarik senyum lalu dia merebahkan tubuhnya pada katil bersaiz king. Bantal panjang dipeluk rapat. Haa..haii.. bila laaa boleh peluk bini. Luth tidur dalam senyuman.
********
Sepatu bertapak rata dikenakan pada kedua kakinya. Memandangkan kakinya baru saja sembuh dari terseliuh, jadi.. kasut bertumit tinggi dilupakan dulu buat sementara waktu.
Sampai dimeja kerjanya, Nureen lihat ada bungkusan empat segi memanjang diatas meja itu. Siapa punya bungkusan ni? soal hatinya. Dibelek bungkusan empat segi yang dibaluti kertas pembalut bercorak kecil lambang hati.
~ Untuk kesayangan Ku ~
from LA
Nureen menghela nafas perlahan, tahu dah siapa yang kasi. Ada-ada saja mamat senget ni. Mamat senget lagi, dah jadi suami kau lah Nureen ooiii.
Diketepikan bungkusan itu, meja kerjanya dikemaskan apa yang patut. Komputer dihidupkan. Belum sempat dia memulakan tugas, sudah ada yang bertandang ke mejanya.
"Nurin!..apasal hari tu tiba-tiba kau tak jadi balik dengan akak?, kau balik dengan Tuan Luth?" soal Kak Min.
Nurin pandang Kak Min. Hairan dia dengan soalan wanita itu. "Bukan ke akak..." Nurin terfikir sesuatu. Ini mesti mamat senget tu punya plan, bebel hatinya. "Ooh..hari tu Reen.." tak sempat habis cakap, ada suara memintas.
"Nurin Safia..masuk bilik saya sekejap" mendatar suara Luth Ambreen.
"Ba..baik Tuan Luth" celah mana mamat senget ni timbul. Diperhatikan belakang lelaki itu yang sedang melangkah menuju ke biliknya.
"Kau tercegat apa lagi tu? Tuan Luth panggil kau" Kak Min mengingatkan.
"Aaa...ok Kak Min, Reen masuk dalam dulu ye" segera kakinya dihayun menuju ke bilik CEO Megah Holding.
Nasib baik mamat senget tu panggil aku, kalau tidak apa aku nak kelentong dengan Kak Min.
Mertua Kak Min sakit yee.. siap kau mamat senget. Aku senget-senget kan kepala kau, biar kau pula yang sakit, huh..
*************************
Share this novel