BAB 6

Romance Series 66946

"Alhamdulillah.. dah sampai" Nureen Safia mengucapkan syukur setibanya dia dan Kak Shida diperkarangan tempat letak kereta Hotel Sentosa, tempat dimana mereka akan menghadirkan diri program kursus anjuran Megah Holding.

"Alhamdulillah.." Kak Shida pula mengucapkan syukur.

"Kesian akak drive sorang-sorang, Reen nak ganti..akak tak kasi" bebelnya sambil menanggalkan tali pinggang keledar.

Kak Shida pandang Nureen Safia. "Akak nak tanya, sekarang ni kita dah sampai ke belum?"

Nureen pandang luar kereta. "Eh akak ni, off course lah dah sampai"

"Habis tu yang Reen nak bebel sangat tu dah kenapa? Lainlah kalau kita sesat? tak sampai-sampai. Setakat nak drive tiga empat jam tu no hal lah bagi akak" leter Kak Shida.

"Ye lah..ye lah..akak kan superwoman" bidas Nureen Safia.

"Kau ni Reen, macam laaaa kau tak kenal akak. Ini Roshida Binti Kassim la." ditepuk-tepuk perlahan dadanya. "Dah..jom ambil beg. Sampai bilik nanti akak nak rehat puas-puas, perut pun dah kenyang" sengih Kak Shida.

Selesai membuat pendaftaran, mereka berdua menuju ke bilik. Seronok bukan kepalang Nureen dapat sebilik dengan best friend-nya. Sangkaannya dia akan berkongsi bilik dengan orang lain.

"Luas jugak bilik ni ye kak"

"A'ah la. Ni kalau empat orang pun..muat ni" balas Kak Shida.

Selesai membersihkan diri, Nureen melangkah keluar dari bilik mandi. Beberapa tapak dia meninggalkan bilik mandi, ternampak Kak Shida sedang menutup pintu bilik penginapan mereka

"Akak pegi mana?" soal Nureen.

"Ni ha..." tote bag ditangannya diangkat tinggi. "Pegi ambik telekung dalam kereta, tertinggal tadi" jelasnya.

"Reen nak buat air ni, akak nak tak?

"Tak naklah. Akak nak mandi, solat, pastu nak tido. Malam nanti baru pikir pula pasal makan"

*******************************

"Kenapa tiba-tiba Luth pergi kursus tu bang?" soal Datin Lateefa Ameena.

"Katanya nak tengok staf-staf Megah Holding berkursus. Lagi pun sejak Luth handle Megah Holding ni, belum pernah lagi dia hadirkan diri dalam mana-mana program anjuran company." jelas Dato Lutfee.

"Minggu lepas Marina ada datang" dipandang wajah suaminya yang sedang mencicip kopi panas.

"Marina? dah balik sini ke? Dia datang buat apa? Cari Luth balik?" bertalu-talu soalan dari Dato Lutfee. Cawan kopi ditangan diletakkan semula ke piringnya.

Disebabkan suaminya asyik sibuk, hari ini baru Datin Lateefa Ameena berkesempatan menceritakan tentang kedatangan wanita bernama Marina itu ke banglo mereka.

"Dah sebulan dia balik Malaysia. Katanya saja datang sini, teringatkan kita berdua, katanya lah. Tapi matanya tu meliar je saya tengok. Cari Luth la tu, tapi tak mengaku. Nasib baik Luth dah keluar. Kalau Luth ada pun, saya cakap Luth tak ada"

"Silap haribulan Luth pun tak nak jumpa dia" sambung Dato Lutfee pula.

"Datin..Kak Jah nak pegi beli barang dapur, ada datin nak pesan apa-apa tak?" soal pembantu rumah, Mak Lijah.

"Kalau ada petai, Kak Jah tolong beli ye" kata Dato Lutfee.

"InsyaALLAH dato. Datin ada pesanan?"

"Tak ada apa rasanya Kak Jah. Kejap saya ambilkan duit"

"Tak payah Datin, duit dah ada. Dua hari lepas Tuan Luth ada bagi duit kat Kak Jah untuk beli barang-barang dapur"

"Luth bagi duit?" Datin Lateefa kehairanan. "Ada Luth pesan beli apa-apa ke Kak Jah?" soal Datin Lateefa Ameena.

"Tak ada datin. Cuma dia tanya, bila Kak Jah nak beli barang dapur, itu je" jelas Mak Lijah.

Dato Lutfee dan Datin Lateefa berpandangan.

"Kak Jah pegi dulu ye dato..datin" pamit Mak Lijah.

*********************************

Selesai menikmati makan tengahari, Nureen bergegas menuju ke bilik penginapannya untuk menunai solat Zohor. Kak Shida masih di cafe menikmati makan tenghari. Lagi pun Kak Shida uzur. Bendera merah berkibar disubuh hari.

"Lajunya, nak ke mana tu Nureen?"

"Eh.. Encik Jalal. Saya nak ke bilik, nak solat Zohor" jawab Nureen, kaki laju melangkah ke arah lif, takut terlewat pula masuk semula ke dewan kursus nanti.

"Sama la kita, saya pun nak ke bilik juga." tersengih-sengih lelaki itu. Nampak saja kelibat Nureen, kalut lelaki itu mengekori gadis itu, konon-konon terserempak, nak balik ke biliknya juga. Nak mengayat Nureen la, apa lagi.

Mereka berdua berdiri dihadapan pintu lif.

"Bilik nombor berapa?" tanya Encik Jalal, sengihan dibibir masih bersisa.

Sibuk betullah nak tahu nombor bilik aku, bebel hati Nureen. Malas betul nak melayan. Semua nak ambil tahu. Semak betul...

Ting!.. Pintu lif terbuka.

Nureen melangkah masuk diikuti oleh Encik Jalal. Soalan lelaki itu dibiarkan sepi. Lelaki itu berdiri disebelah kiri Nureen. Rapat. Nureen jadi tidak selesa dengan keadaan itu. Nak keluar semula, kang lambat pula dia solat nanti. Aishh...

Pintu lif yang hampir tertutup itu terbuka semula. Seorang lelaki kacak bergaya melangkah memasuki lif. Kelihatan ia sibuk dengan iPad ditangannya.

"Tuan Luth.."sapa Encik Jalal.

Luth Ambreen pandang pada gerangan yang menegurnya, kepala diangguk sekali, Dia melangkah masuk lalu mencelah berdiri ditengah-tengah antara Nureen dan Encik Jalal.

"Aaa.. Nureen, saya ada perkara nak bincang dengan awak"

Nureen tarik wajah hairan. "Bincang?bincang apa tu tuan" soalnya, mata menatap wajah lelaki itu. Sopan pula mamat ni bercakap dengan aku, omel hati Nureen, kalau tidak.. cakap macam puaka, muka tu ketat memanjang, macam ada skru. Pelik juga, hal apa ye.

"Nanti saya bagi tahu"

Nureen berasa lega kerana ada individu lain didalam lif itu selain dia dan Encik Jalal. Dia berasa selamat.

Luth Ambreen sibuk dengan iPadnya tetapi dia peka dengan makhluk yang sorang lagi tu. Mata Encik Jalal tak lepas daripada memandang Nureen. Dia tahu duda anak dua itu tergila-gilakan Nureen Safia. Telah menjadi bualan di Megah Holding tentang perihal Encik Jalal yang bertepuk sebelah tangan.

"Malam nanti kita keluar makan sekali ye?" usul Encik Jalal pada Nureen.

"Erghh.." tak tahu nak bagi alasan apa.

Ting!

Belum sempat gadis itu menjawab, pintu lif terbuka di aras 8. Perlahan-lahan Encik Jalal berundur keluar, anak matanya tak lepas merenung Nureen, sepertinya sayang hendak meninggalkan gadis itu.

Sebelum pintu lif tertutup rapat, sempat jari telunjuk dan jari tengah di halakan ke matanya kemudian dihalakan dua jarinya tadi ke arah Nureen, perbuatannya itu bermaksud I see you. Kemudian mini love dilayangkan, pintu lif tertutup rapat.

"Gila!?" terlontar ayat itu dibibir Nureen. Meluat betul dia dengan tingkah laku duda anak dua itu.

"Untungnya badan..dah berlaki pun masih ada yang tergila-gila" mulut berbunyi, anak mata masih di iPad, bunyinya seperti menyindir Nureen.

"Tuan Luth cakap apa ni? Bila masa saya berlaki?. Kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam" marah Nureen dengan kenyataan lelaki itu. Kan dah kata, mamat ni mulut puaka.

"Habis tu masa dekat Mall tempohari, siapa lelaki tu? Bukan main bergelak ketawa" ada unsur cemburu disitu.

Tajam renungan Nureen pada Luth Ambreen. "Tuan stalk saya?"

"Hey..kau siapa, aku nak stalk kau?" sedikit marah bila dituduh begitu. "Kebetulan... aku pegi Mall nak beli barang, aku ternampak kau dengan anak kau dan seorang lelaki kat sebuah restoran. Bukan suami kau ke?"

"Tadi bukan main sopan lagi bercakap, ada hal nak bincanglah" Nureen menceceh.

"Betul la kan, sebab tu kau tak jawab"

"Kalau tak jawab, tak semestinya betul" bidas Nureen. Eee..malas betul bertekak dengan mamat senget ni. Apasal lambat sangat lif ni nak sampai.

Lif pula yang kena marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience