Sudah lebih dua minit dia berdiri didepan meja kerja Luth Ambreen. Afifah memaklumkan padanya bahawa Tuan Luth nak berjumpa dengannya.
Lelaki didepannya masih mengetuk papan komputer. Serius raut wajahnya. Panggung kepala pun tidak padanya. Jangankan panggung, kerling pun tidak. Kalau dah sibuk sangat kenapa panggil? hatinya membebel.
Nureen berpaling lalu dia melangkah untuk keluar dari bilik itu.
"Nak ke mana tu!?" kasar pertanyaan Luth Ambreen.
"Keluar" jawabnya sebal.
"Siapa suruh? Duduk sini" arah lelaki itu.
Perlahan-lahan kaki menapak semula lalu duduk pada kerusi didepan meja kerja lelaki itu
Luth pandang wajah isterinya dengan riak tidak puas hati. Ada perkara yang sedang membakar hatinya ketika ini. Dia bangun dari kerusi empuknya lalu dia melangkah ke arah Nureen Safia. Kerusi bersebelahan Nureen menjadi sasaran punggungnya. Dipusing kerusi itu menjadikan kedudukannya mengadap sisi gadis itu.
"Tenghari tadi kau lunch dengan siapa?" soal Luth Ambreen.
"Tak keluar pun. Saya bawa bekal, makan kat pantri je" jawabnya tanpa memandang wajah lelaki yang bertanya itu. "Kenapa nak tahu?" soalnya balik.
Kerusi yang diduduki gadis itu, Luth pusing mengadap ke arahnya. Ditarik kerusi beroda itu merapat hingga ke dua lutut Nureen masuk dicelahan dua pehanya.
"Duda gersang tu teman kau makan..kan?" rasa cemburu terbit dihatinya.
"Habis tu..saya nak buat macam mana, tengah makan tiba-tiba dia muncul kat pantri, tak kan saya nak halau dia pulak" jawab Nureen, geram dituduh sedemikan rupa.
"Lain kali kalau bawa bekal, makan je kat meja kau. Tak pun masuk bilik aku, habis cerita" balas Luth.
"Agak-agaklah nak makan kat bilik tuan pun" balas Nureen sebal. "Marah orang lain, kita yang kena sembur. Pegi la warning Encik Jalal tu, bagi tahu dekat dia jangan kacau saya lagi. Dia yang terhegeh-hegehkan saya, tergila-gilakan saya, bukan saya yang menggatal dengan dia pun. Pernah ke tuan nampak saya menggoda Encik Jalal tu?, tak pun mana-mana lelaki dalam opis ni?. Dengan tuan pun saya tak pernah menggatal. Ada pernah saya goda tuan? sampai tuan jatuh hati pada saya, ada? tak kannn...." sakit hati punya pasal, Nureen sembur Luth.
Kecil besar kecil besar Luth pandang isterinya. Bukan main mulut tu menjawab, getus hati Luth.
Al kisahnya Luth mahu mengambil air kosong dipantri, belum sempat dia melangkah masuk ke pantri dia terdengar suara berbicara.
"Rajinnya you Nureen, bangun pagi-pagi masak, bawak bekal" puji Encik Jalal. "Untung siapa yang kahwin dengan you. Harap-harap I lah orang yang beruntung tu" Tersengih-sengih Encik Jalal dapat berdua-duaan dengan gadis pujaan hatinya.
Nureen hanya diam. Malas nak melayan kerenah duda gersang tu. Nak bangun terus masa duda gersang tu sampai di pantri, nampak sangat tak sopan. Apa lagi yang dia boleh buat, teruskan makan walaupun rasa macam telan pasir bila duda tu ada depannya. Nak makan pun tak tenang.
"Bila I boleh masuk meminang you?, lamaaa dah I tunggu green light dari you Nureen" semakin menjadi-jadi merenyam Encik Jalal ni. "Hujung bulan depan I hantar rombongan meminang you.. ye, you jangan tolak pulak" berhajat sakan Encik Jalal ni.
Nureen buat-buat tak dengar. Menyampah betul. Cepat-cepat dia menghabiskan bekalnya lalu bangun membasuh segala peralatan bekalnya . Dia mahu segera lari dari Encik Jalal si duda gersang itu.
Luth Ambreen yang berada disebalik dinding pantri, sudah berasap kepala. Kalau tak diingatkan ini pejabat dan dia CEO Megah Holding, mungkin dah berterabur gigi si duda gersang tu. Takut tidak dapat menahan sabar, segera Luth angkat kaki.
Nureen pandang tepat wajah lelaki didepannya. Tegang saja wajah itu.
"Cemburu?" soal Nureen.
"Yes of course. My absolute right" Luth bangun dari duduknya lalu menuju ke arah jendela pejabatnya, merenung ke luar jendela. Kedua tangan naik meraup wajahnya yang tegang.
Kecantikan isterinya tidak dinafikan, sebab itulah ramai yang jatuh hati padanya baik secara diam mahupun terang terangan seperti Encik Jalal. Nak diuar-uarkan berita pernikahan mereka, belum sampai masanya lagi. Mata dipejam rapat, dengusan berat dilepaskan.
Nureen pandang belakang lelaki itu yang sudah menjadi suaminya. Dia belajar membuka hatinya untuk menerima lelaki itu, sekarang ini dia sudah mulai merasai.
Tiba-tiba lelaki itu melangkah panjang ke arah pintu bilik pejabat itu. Pintu dikunci. Kemudian dia melangkah kembali ke arah Nureen. Pergelangan tangan isterinya digenggam lalu diheret gadis itu membontotinya.
Bilik persalinan dituju. Sampai sahaja dalam bilik itu, pintu dihempas kuat lalu dikunci. Tubuh Nureen ditolak merapat ke pintu itu lalu kedua tangannya naik mengepung tubuh isterinya. Mata tunak ke wajah cantik itu.
"Tu...tuan nak buat apa ni?" soal Nureen, tergamam dengan tingkah laku lelaki itu.
Luth pandang tepat ke dalam mata isterinya. Lama..
" I love you, I love you too much. Tolong jangan pandang lelaki lain selain dari aku..please..please my dear" anak mata Luth masih tepat menikam ke dalam mata isterinya. Bersinar anak matanya menyampaikan rasa hati yang tak terbelah bagi buat isterinya.
Nureen balas pandangan lelaki itu. Bergerak-gerak anak matanya. "Selama ini, saya tak pernah pandang mana-mana lelaki, saya tak pernah layan mana-mana lelaki. Seorang lelaki pun tak pernah hinggap dihati saya sehinggalah saya bernikah dengan tu...ummpp" terbeliak mata Nureen apabila bibir Luth menindih bibir mugilnya.
Nureen cuba melepaskan tautan dibibirnya tetapi sebelah tangan lelaki itu naik menekan belakang kepalanya. Luth mendominasi ciuman itu. Nureen pasrah dengan kemahuan suaminya, dibiarkan saja. Lelaki itu halal buatnya.
Lama Luth beraksi sehingga terasa kebas bibirnya, baru dilepaskan bibir mugil itu.
Luth pandang bibir isterinya yang baru dilunyaikan olehnya. Kehangatan jelas terasa. Ibu jari naik mengesat bibir mugil itu.
"Seksi..your lips are sexy. Rasa macam mahu kunyah-kunyah" kata Luth dengan menggoda.
Nureen tunduk malu. Digigit bibir bawah.
"Jangan buat macam tu, aku geram" suara husky melantun keluar dari mulut Luth.
"Hahh.." Nureen angkat kepala, bibir sedikit terbuka, terkejut dengan apa yang keluar dari mulut lelaki itu.
Dengan keadaan bibir mulut Nureen yang begitu, sekali lagi Luth melekapkan bibirnya ke bibir mugil isterinya. Kedua tangan Luth menekap kemas disisi kepala Nureen. Lama mereka berkucupan.
Nureen membalas kucupan itu. Kedua tangannya naik melingkari belakang tengkuk suaminya. Seolah-olah melangsaikan apa yang terhutang.
Tetapi..belum langsai keseluruhannya....
********************
Share this novel