BAB 10

Romance Series 66946

Mereka singgah di sebuah restoran mamak. Kelaparan mereka berdua. Diluar.. hujan mencurah-curah. Dah lebih lima minit mereka didalam kereta.

Kali terakhir mereka mengisi perut, jam 3.30 petang tadi..masa rehat, minum petang sebelum tamat kursus.

"Kau ambil payung kat tempat duduk belakang tu" arah Luth Ambreen pada Nureen. Anak mata masih terarah pada hujan diluar sana. "Nak tunggu hujan berhenti, alamat kebulur la"

Memang puakalah mulut mamat senget ni. Hujan kan rahmat dari Allah.

Nureen kalih tubuhnya ke kanan, tangan dihulur panjang mengapai payung di tempat duduk belakang. Belum sempat tubuhnya dikalih ke depan semula, Luth pula miring tubuhnya ke kiri mahu mengambil jaket kulitnya. Nureen tergamam, Luth terkedu.

Jarak wajah mereka hanya sejengkal. Pucuk hidung nyaris bertemu. Masing-masing kaku... lidah kelu. Hanya mata beradu melahirkan debar. Lama mereka dalam keadaan begitu.

Pranggg...

Arghhh....

Sepantas kilat lengan lelaki itu diraih oleh Nureen, wajah disembunyikan disitu, mata terpejam rapat. Nureen sememangnya fobia dengan guruh dan petir. Dentuman kuat dilangit menyebabkan dia berbuat demikian.

Luth Ambreen tergamam dengan tindakan gadis itu. Anak mata lurus ke depan. Debaran didada bak ombak tsunami. Naluri lelakinya diduga. Kalau Iman senipis kulit bawang..alamat punah segalanya. Dia beristighfar dalam hati.

Berapa minit kemudian, deria baunya terhidu wangian maskulin. Kelopak mata terbuka, baru Nureen tersedar, wajahnya sedang menempel dilengan lelaki itu. Pantas dia melepaskan pautan lengan Luth Ambreen dan menjarakkan tubuhnya dari lelaki itu.

Nureen kembali tegak ditempat duduknya. Anak mata memandang keluar tingkap, jari-jari tangan bermain-main diantara satu sama lain menghalau debaran. Malu tak usah dicakap, terpeluk anak teruna orang.

Begitu juga dengan Luth Ambreen, telapak tangan naik mengusap belakang tengkuk seraya berdehem beberapa kali, menghambat debaran yang bertandang.

"Jom..jom..turun" ajak Luth, menutup getar hatinya yang masih berlagu. "Kau pakai payung tu" tak sanggup nak berlama-lama didalam kereta. "Aku pakai jaket ni" lelaki itu tayang jaket pada Nureen.

Nureen sekadar mengangguk.

Mereka sama-sama keluar dari kenderaan. Luth berlari-lari anak mengelak kebasahan. Hakikatnya..basah juga, cuma tak lencun je.

Mata melilau mencari meja kosong. Nureen mencuit lengan Luth, yang berlapik jaket kulit, mulut dimuncung ke arah satu meja yang baru ditinggalkan oleh sepasang suami isteri pertengahan umur.

Mereka berdua melangkah ke arah meja yang sudah kosong itu, lalu mengambil tempat duduk masing-masing.

Seorang pelayan datang menghampiri meja mereka. "Mau minum apa adik manis?" pelayan itu senyum.

Nureen membalas senyuman pelayan itu. "Milo panas, kurang manis".

Luth pandang pelayan yang berusia sekitar 40an itu. Lama. Kenapa bila mamat Bangla tu panggil Nureen adik manis, dia terasa bernanah telinganya..kenapa??

"Sama..Milo panas, kurang manis" mendatar suaranya. Anak mata beralih ke raut wajah cantik di depannya. Getaran masih bersisa apabila merenung wajah itu.

"Makan?" tanya pelayan itu lagi.

"Nasi!!" Nureen dan Luth sama-sama menjawab.

"Nasi...adik manis pigi sana tengok apa lauk mau" pelayan itu menunjukan almari yang menempatkan pelbagai jenis lauk. Kemudian pelayan itu pun berlalu dari situ.

Adik manis..adik manis..huhh..getus hati Luth Ambreen.

Luth dan Nureen sama-sama bangun untuk mengambil nasi.

"Kau duduk sini, aku ambilkan untuk kau. Nanti tak ada meja pula? Kau nak lauk apa!?" soal Luth.

Perlahan-lahan Nureen melabuhkan punggungnya semula. Tanya lauk pun garang semacam. Siapa jadi bini dia, nasib badan laaa. Makan hati berulam jantunglah jawabnya, bebel hatinya.

"Nasi separuh, ikan, daging masak hitam..kuah campur, tak nak banjir sangat" bagi tahu Nureen pada Luth.

Luth melangkah ke arah tempat yang menempatkan makanan itu.

Sambil menuggu Luth kembali semula ke meja, Nureen membelek telefon bimbitnya. Tiba-tiba ada panggilan dari lelaki itu. Nureen pandang lelaki itu. Luth tunjuk isyarat angkat telefon.

"Kenapa?" tanya Nureen pada Luth.

"Ikan goreng ke kari ikan?" tanya Luth.

"Ikan goreng" jawab Nureen. Ingatkan mamat senget ni main sebat je..tau pulak nak bertanya.

Sepuluh minit kemudian, Luth kembali dengan dua pinggan nasi kandar ditangannya. Ditolak perlahan pinggan nasi berlaukan ikan goreng dan daging masak hitam kepada Nureen.

Pandai pun..menepati citarasa, puji hati Nureen. Dikerling ke arah pinggan nasi lelaki itu. Tak banyak sangat nasinya, separuh... mungkin. Didalam pinggan nasinya ada sebiji telur rebus, kari ikan dan sayur kobis. Kuah pun tak banyak sangat. Pada pandangannya, seorang CEO makan makanan sebegitu..ok lah.. tak memilih dan tak cerewet. Kalau CEO lain agak-agak lauk apa ye? Kari kambing, udang masala, Kari ayam kampung..Fuhhh...

"Cukup ke tu?' tegur Nureen, bibir dimuncungkan ke arah pinggan nasi lelaki itu.

"Aku diet macam kau jugak" balasnya. "Dah...makan, depan rezeki jangan banyak cakap"

'Bila masa orang kata diet' perlahan suara Nureen.

"Makan!..jangan nak menceceh, ke nak aku suapkan?" tepat anak mata lelaki itu ke wajah Nureen.

Nureen mencebik. " Boleh je makan sendiri". Tangan mencapai sudu dan garfu, doa makan dibaca sebelum nasi disudukan ke mulutnya.

Sedap pula nasi ni, getus hati Nureen. Mungkin lapar sangat kot, ditambah pula dengan keadaan hujan yang mencurah-curah turun. Biasanya kalau hujan.. selalu lapar, boleh pakai ke tidak teori tu.

Elok sahaja Luth menghabiskan nasinya, seorang pelayan meletakkan sepiring roti canai telur yang masih berasap diatas meja.

"Errr...silap meja kot?" maklum Nureen pada pelayan itu.

"Aku punya lah" kata Luth Ambreen.

Nureen pandang lelaki itu, tak percaya. Baru saja menghabiskan sepinggan nasi, nak balun roti canai telur pulak. Kata diet, omel hatinya.

"Apa pandang? Nak?..order sendiri" kata Luth yang sedang menyiram kuah kari ke atas roti canai telurnya.

"Tak nak lah, dah penuh" balas Nureen. "Buruk lantak" perlahan suaranya.

"Kau mengata aku..kan?"

"Mana ada, saya kata... hujan-hujan macam ni banyak katak"

******************

Trima ksih bnyak² kpd semua pembaca. Saya terharu dgn sokongan anda semua. love uolls

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience