"Baju siapa dalam baldi tu Reen, macam.. baju lelaki mak tengok?" tanya Puan Salmiah pada Nureen. Dia mahu mengambil wuduk untuk solat maghrib, terpandang baldi disudut bilik mandi.
Nureen yang sedang menyediakan susu untuk Aisha Husna, toleh ke arah ibunya. "Baju boss.." jawabnya.
"Dah kenapa pula kamu yang kena cuci? Kenapa boss kamu tak hantar ke dobi je?" Soal Puan Salmiah, hairan juga dia kenapa Nureen perlu membasuh baju majikannya.
"Reen tumpahkan air kopi kat baju dia mak... tu pasal Reen kena cuci. Tak sengaja pun kopi tu tumpah, terlanggar tanpa sengaja" jelas Nureen pada ibunya, geram pula dia bila ingatkan kejadian siang tadi.
"Macam mana boleh terlanggar tu?" tanya Puan Salmiah lagi.
"Emak...apa kata emak pergi solat dulu. Wuduk dah ambilkan, kang terkeluar angin nanti..batallll pulak wuduk tu" Nureen tayang sengih sambil menggoncang botol susu, dengan buah dadanya turut sama bergoyang.
Nureen menghampiri ibunya, bahu ibu tua itu dipaut lembut. Dua beranak itu beriring hingga ke depan pintu bilik Puan Salmiah.
"Selesai solat nanti Reen cerita ye mak"
"Mama..cepat yahhh, Una nak cucu nii (cepat lahh, Husna nak susu ni)" rengek Aisha Husna yang sedang berbaring depan TV diruang tamu.
"Ye..mama datang ni, tahu anak mama nak susu"
"Cemerkap.." perlahan saja suara Puan Salmiah lalu beliau menapak masuk ke biliknya untuk menunaikan kewajipan pada yang ESA.
Dibiarkan pintu bilik persalinan itu terbuka luas. Langkah berjaga-jaga. Walaupun dia didalam, Tuan Luth diluar, untuk mengelakkan fitnah, Nureen perlu berbuat demikian.
Wardrobe yang terletak dihujung sebelah kiri bilik itu dihampiri. Pintu wardrobe dibuka. Terdapat beberapa helai kemeja berlainan warna dan t-shirt berkolar tersangkut didalamnya.
"Nak ambik yang mana satu ye" katanya perlahan sambil berfikir. "Kelabu lah" pilih Nureen.
"Kelabu!" seretak dengan Nureen, Luth Ambreen menyebut.
Pantas Nureen berpaling apabila terdengar suara lelaki itu. Dilihatnya Luth Ambreen sedang elok menyandar bahunya dijenang pintu dengan kedua tangan disilangkan ke dada bidangnya.
"Ke..ke..kenapa Tuan masuk sini?" soal Nureen tergagap-gagap.
"Mana ada aku masuk?, kau tengok betul-betul?" Keningnya diangkat beberapa kali.
"Baik Tuan keluar, kalau tidak saya...."
"Saya apa?.." pintas Luth. Dia menapak menghampiri Nureen. Niat untuk mengambil baju kemeja yang baru untuk ditukar, tetapi...Nureen pula yang cuak lain macam.
Belum sempat menghampiri Nureen, tiba-tiba telefon bimbit Luth berbunyi. Diseluk poket seluarnya untuk mengeluarkan telefon bimbitnya yang berdering.
Nureen berkira-kira mahu melangkah keluar dari bilik itu, suara keras lelaki itu menegah.
"Stay there!!..jangan pegi mana-mana" telunjuk dihala pada Nureen sebelum dia keluar dari bilik persalinan itu untuk menjawab panggilan.
Setelah Luth Ambreen beredar, cepat-cepat Nureen keluarkan baju kemeja rona kelabu, lalu disangkut pada stand hanger. Tak kuasa dia nak menunggu, apa nak jadi..jadilah. Kemudian dia bergerak menghampiri pintu bilik persalinan itu.
Dijenguk kepalanya untuk melihat kedudukan lelaki itu. Luth Ambreen sedang bercakap sesuatu yang serius ditelefon bimbitnya dengan postur badan berdiri mengadap ke arah tingkap.
Nureen Safia mengambil peluang keluar dari bilik persalinan itu secara senyap. Sambil melangkah, sekali lagi matanya terarah pada Luth Ambreen, mana tahu tiba-tiba lelaki itu kalih ke arahnya, habis la dia.
Kaki diatur perlahan menuju ke pintu pejabat Luth Ambreen untuk keluar. Nasib baik lantai pejabat lelaki itu dilapisi karpet. Tak adalah tumit kasutnya nak kletuk kletak sangat.
Tombol pintu dipusing seberapa perlahan yang mungkin agar tidak menghasilkan bunyi. Dikuak daun pintu hanya muat untuk tubuhnya sahaja. Perlahan-lahan Nureen menutup semula pintu itu. Kelam kabut dia menuju ke meja kerjanya.
"Fuhhh...macam nak putus nyawa" seram betul dia ni. Mata dikerling ke arah bilik CEO Megah Holding.
Tanpa Nureen sedari, aksinya meloloskan diri dari bilik Luth Ambreen, disaksikan oleh lelaki itu melalui biasan cermin panjang yang tertampal bersebelahan tingkap pejabat CEO itu.
"Comel sangat perangai" Luth Ambreen jongket tersenyum.
"Siapa pulak yang sangkut beg kertas ni..?" bebel Nureen apabila ternampak beg kertas rona hitam tergantung pada cermin sisi keretanya semasa dia mahu pulang dari kerja.
Dipandang sekeliling, tak nampak bayang sesiapa pun. Pak guard adalah berdiri di pintu masuk bangunan Megah Holding. Tak kan Pak guard pula nak kasi.
Diambil beg kertas yang tergantung itu. Ada kertas kecil dikepilkan pada beg kertas itu yang tertulis namanya.
To : Nureen Safia :-)
Didalamnya terdapat kotak rona kelabu. Nureen masuk ke dalam kereta, beg kertas diletakkan ditempat duduk sebelah penumpang. Enjin kereta dihidupkan, penghawa dingin ditekan punatnya.
Tiba-tiba otaknya seperti ditekan suis.
"Takkan Encik Jalal kot? Hah.. sudah" Nureen cuak. Cepat-cepat dia mengambil beg kertas itu, kotak kelabu didalamnya dikeluarkan lalu dibuka penutup kotak itu.
Dibaca sticky note berwarna pink yang terlekat dibaju kemeja putih itu.
Cuci bersih-bersih!!??. Klu tidak.. terima nasib... :-. LA
"Eee....mamat ni kan, memang suka menyusahkan hidup aku la..arghhh!!!" jerit Nureen. Nasib baik dalam kereta. Agak-agak bergegar tak kereta.
Tok!..Tok!..
Tingkap kereta sebelah pemandu diketuk. Nureen toleh. Sebuah motorbike berada bersebelahan keretanya.Penunggang motorbike itu mengenakan helmet full face.
Eh..siapa mamat selenga ni?..dia dengar ke aku jerit tadi.
Nureen menurunkan cermin tingkap keretanya. Lelaki itu turut menurunkan visor helmetnya.
"Tuan Luth!!??" buntang biji mata Nureen.
"Ada masalah ke nak cuci baju tu?" anak mata Luth terhala pada baju kemeja putih dalam gengaman Nureen.
"Hah!??.."
Luth Ambreen memecut superbikenya meninggalkan Nureen yang terpinga-pinga.
Nureen pandang kemeja putih ditangannya kemudian dipandang pula Luth Ambreen yang sudah jauh dari matanya.
Dia terfikir sesuatu. "Eh..bukan ke...mamat despatch!!. Hah sudah, ini mesti kes nak balas dendam ni" selama ini dia menyangka Luth Ambreen datang ke Megah Holding menaiki kereta. Rupa-rupanya lelaki yang disangkanya mat despatch hari tu adalah CEO Megah Holding. Naya..Naya..
"Boss kamu tu nak usik kamu je tu" kata Puan Salmiah setelah usai mendengar cerita anak gadisnya.
"Usik mak kata?" hatinya dah pangkah habis CEO Megah Holding.
"Hmmm.." diangkat kening sekali pada Nureen. Puan Salmiah senyum.
"Ikutkan hati.. Reen nak koyak-koyak baju dia mak, tak pun bakar terus, biar rentung" geram betul dia dengan mamat senget tu.
"Jangan macam tu..nanti lain pula jadinya" nasihat Puan Salmiah.
"Biarlah mak nak jadi apa pun" hatinya panas.
"Mak takut nanti..hati Reen pula koyak tak pun rentung dengan dia" mendalam maksud Puan Salmiah, lalu dia bangun dari duduknya.
"Haaa??..mak cakap apa ni?"
Puan Salmiah buat-buat tak dengar, terus dia menapak menuju ke kamarnya. "Mak masuk tidur dulu ye"
Share this novel