BAB 25

Romance Series 66946

Anak mata dihala pada jam dinding diruang tamu itu. Jarum jam sudah menginjak ke pukul sepuluh empat puluh lima minit malam. Banyak sangat ke kerjanya? Dah lewat sangat ni, omel hati tuanya. Puan Salmiah risaukan anak perempuannya yang belum pulang. Tak pernah Reen selewat ini. Call tak dapat-dapat.Tahap risaunya semakin memuncak.

Dipandang cucu sulungnya yang sedang enak dibuai mimpi. Kanak-kanak.. apa yang dia tahu masalah orang dewasa. Penat menanti kepulangan Nureen, anak kecil itu terlena diatas tilam kecil depan tv.

Puan Salmiah mencapai telefon bimbitnya diatas meja kopi, mahu menghubungi Luth Ambreen. Belum sempat ditekan nombor menantunya, telefon di tangan berdering. Luth Ambreen terlebih dahulu menghubunginya.

"Assalamualaikum mak" salam dihulur kepada ibu mertuanya melalui talian telefon bimbit.

"WaƔlaikumsalam" jawab Puan Salmiah.

"Reen ada? Nak cakap dengan dia sekejap. Luth call dia, tak dapat." kedengaran cemas suara lelaki itu ditalian.

"Reen belum balik kerja lagi"

"Belum balik?" Luth rasa pelik.

"Mak risaulah, lewat sangat ni" adu Puan Salmiah pada menantunya ditalian. "Mak call dia pun tak dapat juga" adu wanita itu lagi. "Reen tak pernah balik selewat ni. Selalunya kalau ada hal apa-apa, dia bagi tahu mak." jelas wanita itu.

"Reen ada call Luth petang tadi, tapi masa tu Luth silent phone, ada meeting. Ada Reen bagi tahu mak dia pegi mana-mana tak?"

"Petang tadi Reen telefon mak, dia cakap balik lambat sikit ada kerja nak kena siapkan. Sampai ke maghrib tak balik-balik. Lepas maghrib, mak call dia..tak dapat. Mak risaulah Luth" luah Puan Salmiah pada satu-satu menantu yang dia ada.

"Macam ni mak, saya minta tolong kawan saya carikan Nureen sementara saya balik esok pagi. Saya ambil flight paling awal esok. Kalau mak dapat apa-apa berita dari Reen, mak bagi tahu Luth. Una dah tidur ke mak?" tak dengar langsung suaranya. Biasanya kalau dia telefon, kalut Una nak bercakap dengannya.

"Tidur dah, penat menunggu mamanya balik"

"Mak jangan fikir-fikir sangat, nanti lain pulak jadinya."pesan Luth pada Puan Salmiah. Bimbang takut terjadinya apa-apa pada ibu mertuanya akibat terlalu memikirkan Nureen.

"Ye lah" balas Puan Salmiah.

"Oklah mak, Assalamualaikum" Luth menamatkan talian.

"WaƔlaikumsalam "balas wanita itu

********

Setelah dipastikan Nureen benar-benar pengsan, Jalal menyelongkar beg tangan wanita itu. Telefon bimbit Nureen diambil, segera dia mematikan telefon itu.

Dah lama aku inginkan kau, tetapi jantan lain yang kau pilih, marah hati Jalal. Dia meneruskan pemanduannya dengan sengihan panjang. Nureen disebelah dipandang sekilas. Dia perlu membawa Nureen jauh dari sini.

Tiba disuatu kawasan perkampungan yang jauh dari bandar, kereta Jalal meyimpang masuk ke kawasan kebun getah. Disusuri jalan yang tidak berturap itu. Kelajuan kenderaannya diperlahankan akibat struktur jalan yang berlopak-lopak.

Lebih kurang dua puluh minit melalui jalan kecil dalam kebun getah itu, kereta Jalal tiba disatu pondok kecil yang berada ditengah-tengah rimbunan pohon getah. Suasana gelap gelita, kedengaran unggas malam bersahut-sahutan.

Dalam kelam malam, Jalal pandang wajah gadis disebelahnya. Kemudian dia membuka pintu kereta, kaki melangkah keluar dari kereta. Berbekalkan cahaya lampu kenderaannya, Jalal membuka pintu pondok itu, berkeriuk bunyi daun pintunya apabila ditolak oleh Jalal. Dia melangkah masuk ke pondok yang berlantaikan tanah itu.

Tangan kiri menggagau suis lampu yang berada berdekatan pintu masuk. Kiranya Jalal sudah biasa dengan pondok itu.

Tap..suis ditekan.

Pondok kecil itu diterangi cahaya lampu mentol bulat. Matanya mengitari suasana dalam pondok itu. Pangkin disebelah kanan pondok itu ditatap lama. Dua biji bantal lusuh serta sebuah tilam bujang terdampar diatas pangkin itu. Beberapa hari lepas dia sudah datang ke sini membuat persediaan.

Dia dan Nureen akan tinggal disini buat sementara waktu. Jalal melangkah keluar dari pondok itu dan menghala ke keretanya. Pintu kereta sebelah penumpang dibuka. Lampu dalam kereta menyimbah ke wajah Nureen yang tidak sedarkan diri.

Jalal pandang wajah cantik yang terpejam mata itu. "Kau memang cantik Nureen. walau dalam keadaan apa sekali pun. Bekas bini aku pun tak secantik kau" Jalal menyerigai. Kedua tangannya menyauk belakang gadis itu lalu dikendong masuk ke dalam pondok usang itu. Tubuh Nureen dibaringkan ke atas tilam bujang yang terletak pada pangkin itu.

Semasa membaringkan wanita itu, Jalal menghirup haruman dari tubuh Nureen. Sesaat matanya terpejam rapat menikmati haruman dari tubuh wanita idamannya itu. Dia tersenyum puas. Dari kepala hingga ke kaki diperhatikan tubuh itu. Naluri lelaki nan satu itu merintih. Ditahan rasa itu. Kemudian dia berlalu dan keluar semula dari pondok itu.

Beg tangan Nureen dilempar masuk ke dalam bonet belakang keretanya. Tangan menyelok salah satu poket seluarnya, sesuatu dikeluarkan dari poket seluar itu. Jalal jongket senyum melihat kunci kereta Nureen ditelapak tangannya.

"Ha..ha..ha" galak Jalal ketawa. "Nureen.. Nureen..siapkan kerja ye. Ha..ha..ha" Jalal ketawa lagi. "Kereta rosak pulak.." teringatkan alasan Nureen, lagi besar ketawa lelaki itu. "Aku ingatkan kau cerdik..bodoh rupanya.."

Jalal mengubah kedudukan keretanya Kenderaan itu diparkir dibelakang pondok usang itu.

Jam ditangan diperhatikan. Sudah hampir empat jam Nureen pengsan, bila-bila masa saja dia akan sedar. Jalal mengeluarkan jarum suntikkan dari sebuah bekas bersegi empat memanjang, cecair yang terdapat pada jarum suntikkan itu adalah ubat pelali. Lelaki itu tidak mahu Nureen sedar buat sementara waktu ini. Sekiranya Nureen sedar, ini akan mendatangkan masalah buatnya.

Lalu jarum itu dicucuk pada lengan bahu Nureen Safia. Entah berapa jam lagi Nureen akan dibuai tidur akibat kesan ubat pelali itu.

Kau memang cantik Nureen, sangat cantik, desir hatinya. Matanya menjelajah ke segenap ruang wajah Nureen. Tak puas matanya menatap kecantikan Nureen, belakang tangan pula naik membelai pipi mulus itu. Bibir merah lembab itu direnung, seksi..getus hati geramnya. Kemudian bibir lelaki itu menjamah dahi Nureen, lama.. matanya terpejam rapat, menikmati kucupan pada dahi gadis pujaannya.

Cukuplah untuk malam ini aku cium dahi kau dulu. Lain hari aku teroka, Jalal menyerigai galak. Seluruh tubuh kau aku akan jelajah. Banyak masa lagi yang aku ada. Kau berehat ye, lelaki itu ketawa suka, seperti orang sakit jiwa gayanya.

Memang Jalal dah sakit jiwa, kalau tidak..tak kan dia sanggup culik Nureen. Kan...

Isteri boss dia tu.

******

Luth Ambreen telah menceritakan apa yang telah berlaku pada Nureen kepada walidnya.

Dato Lutfee menghantar Datin Lateefa ke rumah Puan Salmiah bagi menemani bisannya. Selepas menghantar isterinya, Dato Lutfee bergegas ke Megah Holding.

"Ada maklumat Walid?" terjah Luth ditalian apabila Dato Lutfee menghubunginya.

"Kata Daud, security yang bertugas. Staf yang keluar dari bangunan Megah Holding sebelum Nureen.. adalah Jalal"

"Luth dah agaklah walid, 'DIA'!...Firasat Luth memang tak salah. Jalal yang punya angkara"

"Luth tuduh dia?. Jalal kan staf Megah Holding? Tak kan dia nak culik menantu Walid pulak" Dato Lutfee kurang senang dengan tuduhan anak lelakinya.

"Luth tahulah walid. Balik esok, Luth cerita pada walid. CCTV macamana walid?" tanya Luth.

"Ada rakaman CCTV menunjukkan Nureen naik kereta Jalal. Tapi cara gayanya tu bukan culik. Elok je Nureen masuk dalam kereta Jalal" Dato Lutfee dapat mendengar Luth mendengus kasar ditalian.

"Tunggu Luth balik esok pagi. Baru kita bertindak" katanya pada Dato Lutfee. Hatinya tidak dapat ditenteramkan lagi. Menunggu esok pagi, bagaikan menunggu seratus tahun lamanya.

"Hello Danny. I need your help" terus sahabat baiknya dihubungi. "My wife was kidnapped" maklumnya pada Danny.

"What!!? When!?.." Danny terkejut. Apa yang sahabatnya khuatiri tempohari telah terjadi. Luth pernah memberitahunya.

"Early in the night. Tomorrow I'll see you. I'm still in Langkawi. Tomorrow I'm back on the earliest flight" nafasnya turun naik memaklumkan perkara itu pada sahabatnya. Diharapkan sisi gelap Danny dapat membantu mencari isterinya. Danny adalah ketua mafia.

"I'll help you. My people are there to help find your wife" janji Danny pada sahabatnya. Dia ketua mafia yang berkuasa di bandar itu.

"Ok..jumpa kau esok" Luth menamatkan talian.

Telefon bimbit Jalal cuba dihubungi, mana tahu kalau-kalau berdering, boleh dia mengesan jejaknya.

Tetapi hampa...

Luth melepaskan keluhan berat, kedua tangan naik meraup wajah.

Ya ALLAH...KAU lindungilah isteriku Ya ALLAH..Mata dipejam rapat, ada air jernih mengalir ditubir matanya.

Macam mana dia hendak lelapkan matanya malam ini. Sedangkan hatinya galau memikirkan nasib dan keadaan isterinya.

*************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience