BAB 5

Romance Series 66946

Turun saja dari tingkat atas laju kakinya menuju ke ruang dapur. Mencari umminya.

"Laju sangat tu, nak ke mana anak bujang ummi ni?" tanya Datin Lateefa Ameena semasa lelaki itu melalui ruang tamu ke dua banglo itu.

"Laaa..ummi kat sini, Luth ingatkan ummi ada kat dapur. Luth nak pegi Mall, nak beli barang sikit. Ummi ada nak pesan apa-apa tak?"

"Rasanya...tak ada kot.." jawab Datin Lateefa Ameena.

"Kalau macam tu..Luth pegi dulu ya ummi" tangan kanan umminya dicapai lalu kekura tangan itu dicium lembut. Kemudian kedua pipi kiri dan kanan dikucup.

"Ya lah, elok-elok bawa kereta tu" pesan Datin Lateefa.

"InsyaALLAH ummi"

Sedang Luth memanaskan enjin keretanya, tiba-tiba sebuah BMW X3 berwarna putih memasuki perkarangan banglo 3 tingkat itu.

Kawan ummi kot, sangka hati Luth. Dia menggerakkan keretanya lalu keluar menuju ke Mall.

"Una sihat?" tanya Badrul. "Lama Uncle Bad tak jumpa Una." kata bapa saudara Aisha Husna. Badrul adalah adik kepada arwah ibu Aisha Husna.

"Cihat(sihat)" jawab Aisha Husna dengan pelatnya.

Tangan kecil itu diiring Badrul hingga ke sebuah meja berhampiran dinding kaca. Mereka bertiga melabuhkan duduk disitu.

Sesaat kemudian datang pelayan untuk mengambil pesanan.

"Nureen nak makan apa?" tanya Badrul.

"Apa-apa je lah, Nureen tak kisah pun" jawab Nureen Safia.

"Una nak ais teyim (krim) 2" belum sempat Badrul bertanya, Aisha Husna dahulu memberi jawapan dengan dua jari dinaikkan depan wajah bapa saudaranya.

Badrul dan Nureen Safia ketawa dengan keletah Aisha Husna. Pelayan yang berdiri disitu turut tersenyum dengan gelagat anak kecil itu.

"Una tak boleh makan ais krim banyak-banyak" Badrul sekadar mahu mengusik Aisha Husna.

"Ayahhhhh(Alahhhh), nape tak boyeh(boleh) matan(makan) banyak-banyak" sedikit kecewa apabila bapa saudaranya berkata demikian.

"Kalau sakit gigi nanti macam mana?" giat Badrul menyakat anak saudaranya. Maklumlah lama tak berjumpa anak kecil itu.

"Tak cakit ya, Una gocok gigi(Tak sakit la, Una gosok gigi)" lalu gigi kecilnya yang bersusun cantik ditayangkan pada lelaki itu. Comel benar aksinya.

Terburai ketawa mereka dengan tingkah laku si kecil itu.

"Ok lah..ok lah..uncle order ais krim untuk Una" kata Badrul, lalu di kucup kepala anak kecil itu yang berada disampingnya

"Yeaaay.." gembira sampai bertepuk tangan Aisha Husna bila keinginannya ditunaikan oleh Badrul.

Kemesraan mereka bertiga bergelak ketawa disaksikan sepasang mata yang memerhati tidak jauh dari situ.

Kemudian lelaki yang memerhati itu melangkah pergi, dalam masa yang sama hatinya terasa ngilu. Dia isteri orang, pesan hati Luth Ambreen. Berdosa menyukai isteri orang.

Sambil menjamu selera, sesekali mata Badrul tertacap pada wajah ayu Nureen Safia. Dia tidak menafikan memang cantik adik ipar arwah kakaknya. Ada getaran halus berkisar di hatinya apabila melihat raut wajah ayu itu. Rasanya tidak salah kalau dia mengeratkan lagi silaturahim yang telah terjalin diantara keluaganya dengan keluarga gadis itu. Itu niatnya.

"Nape Uncle tengok mama? mama tantik(cantik) eah.." soal si kecil yang perasan bapa saudaranya asyik memandang Nureen.

Kata-kata Aisha Husna membuatkan Nureen pantas panggung kepala. Matanya berlaga dengan mata Badrul.

"Eh..mana ada uncle tengok mama." terkantoi Badrul dengan anak buahnya. "Tuu ha...uncle tengok orang buat gula-gula kapas. " kalut Badrul memberi alasan. Jari telunjuk dihunus ke arah belakang Nureen. Kebetulan memang ada penjual gula-gula kapas diluar restoran itu.

Nureen toleh ke belakang melihat ke arah yang dimaksudkan oleh Badrul.

"Mama...nak guye-guye apas?(gula-gula kapas)" minta si cilik itu.

Nureen mengangkat jari telunjuknya lalu digoyang ke kanan dan ke kiri, membawa maksud tidak boleh.

"Ayahhhhh..(alahhhh)" bibir dimuncungkan.

"Sayang..ais krim ni pun belum habis lagi." Nureen memujuk. "Jangan makan makanan manis banyak sangat, nanti gigi rongak" nasihat Nureen pada Aisha Husna.

Badrul perhatikan Nureen memujuk anak kecil itu. Lemah lembut kata tuturnya jangankan kanak-kanak, dia yang mendengar pun lemah jiwa raga. Bagusnya kalau dia jadi suri hatiku.

"Gigi ongak..macam Atok Din?"

Badrul dan Nureen ketawa.

"Makan cepat, nanti kita nak shopping" kata Badrul. "Uncle nak beli baju baru pada Una, nak tak?"

"Baju baru?" membulat matanya, lebar senyuman Aisha Husna. "Nak..nak" teruja benar dia.

"Kalau macam tu, cepat makan ais krim tu"

Aisha Husna segera meyambung menikmati aiskrimnya yang semakin cair.

"Nureen..minta maaflah kalau saya bertanya. Awak memang tak ada boyfriend ke?" bukan sekadar pertanyaan, dia sendiri pun nak tahu juga, agar mudah untuk dia memasuki jarum.

Nureen Safia menggeleng perlahan.

"Tak pernah ada langsung?" soal Badrul lagi.

Sekali lagi Nureen menggeleng. "Tak pernah ada dan tak akan ada. Saya hanya mahu jaga emak dan membesarkan Una, itu matlamat saya" jawab Nureen perlahan.

Lelaki itu sedikit kecewa dengan jawapan Nureen.

"Badrul...minggu depan saya nak pegi kursus...seminggu,. Dalam tempoh tu, awak tolong tengok-tengokkan mak saya dan Una, boleh?"

"Eh..boleh. No problem. Una kan anak sedara saya, mak Nureen tu kan macam mak saya jugak" Badrul menghulur senyuman manis pada Nureen.

Nureen tidak menyambut huluran senyum manis lelaki itu, dia tunduk menyambung suapan, menghabiskan makanannya yang masih berbaki.

Susah betul nak beli hati si cantik ni. Omel Badrul.

Mereka bertiga masuk ke dalam kedai menjual pakaian kanak-kanak. Badrul membeli beberapa helai pakaian untuk anak buahnya, Aisha Husna.

"Jom kita masuk kejap kedai tu, saya nak beli barang sikit" Badrul mengajak Nureen dan Aisha Husna masuk ke kedai menjual pakaian lelaki.

Nureen hanya melihat-melihat sahaja, maklumlah kedai pakaian lelaki, tiada apa pun yang dia perlu beli.

"Antara dua ni mana yang sesuai untuk saya?" Badrul menunjukkan dua helai kemeja lengan panjang berona biru laut dan kelabu.

"Kelabu" pilih Nureen tanpa berfikir panjang, sekadar memilih tiada niat lain. Lelaki itu, tak tahulah.

"Ok..saya ambil yang Nureen pilih" Badrul senyum. Kemudian lelaki itu menuju ke arah kaunter pembayaran.

Hari tu pun kemeja aku, dia pilih kelabu juga. Rupanya Luth Ambreen juga berada dikedai yang sama, dia memerhati gelagat Nureen dibalik pakaian yang bergantungan. Mungkin gadis itu tidak perasan dia, kerana dia mengenakan 'cap' serta bercermin mata gelap. Hidung dan mulutnya ditutup mask kerana dia sedikit selsema pada pagi itu.

Selesai Badrul membuat bayaran, mereka bertiga keluar dari kedai pakaian itu. Luth Ambreen yang masih didalam kedai memerhati tiga individu yang baru sahaja pergi.

Kalau suami isteri, kenapa jalan jauh-jauh macam tu, sorang depan pegang tangan anak, yang sorang jalan dibelakang jauh pulak tu. Tak nampak macam laki bini langsung. Betul ke perempuan ni dah kahwin. Entah-entah single lagi. Habis budak kecil tu..anak siapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience