Sepiring cucur jagung bersama seteko teh O panas dihidangkan diatas meja kopi. Perbincangan kedua keluarga sudah sampai ke penghujung. Kata sepakat telah dicapai oleh keluarga Luth Ambreen dan keluarga Nureen Safia. Buat masa sekarang status perkahwinan mereka berdua dirahsiakan dahulu.
Kedua belah pihak redha dengan apa yang menimpa pada anak-anak mereka.
"ALLAH nak duga kita macam-macam cara, jadi... kita sebagai hamba NYA kenalah banyak bersabar" itu yang keluar dari mulut Dato Lutfee. Hidup kalau berteraskan agama, InsyaALLAH..hidup akan tenang dan baik-baik saja.
Kedua belah pihak bersetuju akan mengadakan majlis walimatulurus, tetapi atas permintaan Nureen, majlis itu ditangguhkan dahulu.
"Biarlah hati saya benar-benar ikhlas menerima Tuan Luth sebagai suami, saya tak nak memaksa hati dan diri saya, takut lain pula jadinya. Lagi pun pernikahan ini berlaku dalam keadaan yang mendadak, dalam keadaan saya belum bersedia menjadi seorang isteri. Saya harap Tuan Luth, dato dan datin faham situasi saya. Saya minta maaf banyak-banyak." luahan hati Nureen Safia.
"Sebagai orang tua, kita doakanlah yang terbaik demi kebahagian dorang berdua" suara Dato Lutfee. Datin Lateefa Ameena dan Puan Salmiah hanya mengangguk.
Luth banyak diam dalam perbincangan ini. Dia pandang tepat ke wajah isterinya. Dia sememang tahu, selama ini pun Nureen tak pernah suka atau menaruh hati padanya. Pandang dia sebelah mata pun tidak. Nureen tak seperti perempuan-perempuan lain diluar sana yang terhegeh-hegeh dan tergila-gilakan kekacakan dan kekayaannya. Gadis itu tidak menggunakan kecantikannya untuk menggoda mana-mana lelaki. Sikap itulah yang membuatkan dia jatuh hati pada Nureen selain dari kecantikannya.
Haiii...nak kena kerja keraslah ni nak tawan hati dia, omel hati Luth. Hmmm... Luth mendengus perlahan.
"Saya minta maaf banyak-banyak dato..datin" luah Puan Salmiah. "Saya bimbang perkara ini akan membuatkan kedudukan dato dan datin sedikit tergugat, kami hanya orang biasa-biasa saja, tiada pangkat dan kedudukan" sambungnya lagi dengan rasa bersalah.
"Salmiah..pangkat dan kedudukan didunia saja. Tak boleh dibawa mati pun. Salmiah janganlah rasa bersalah. Bukan anak Salmiah sahaja, anak saya pun terlibat" pujuk Datin Lateefa Ameena. "Saya dan suami berlapang dada menerima Nureen dalam keluarga kami. Salmiah jangan bimbang..ye" katanya lagi ikhlas sambil tersenyum. "Cuma.. apa yang berlaku pada mereka, ibubapa mana yang tak terkilan" katanya lagi. Rasa kecewa tu memang ada. Tapi dia tidak membenci Nureen. Perkara dah berlaku, buat macam mana pun dah tak boleh patah balik.
"Betul kata isteri saya tu Puan Salmiah" tambah Dato Lutfee. "Jangan menghukum diri sendiri. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. ALLAH beri dugaan sebab DIA sayang kita, DIA tahu kemampuan kita untuk menghadapinya"
"Terima kasih banyak-banyak dato..datin" ucap Puan Salmiah. Dia pandang suami isteri itu. Dia senyum lalu mengangguk. Baik benar budi perkerti mereka anak beranak ni, getus hatinya.
"Jemput minum, dah sejuk gamaknya air tu" pelawa Puan Salmiah.
"Sedap cucur jagung ni" puji Dato Lutfee. "Siapa buat?" soalnya.
"Menantu abanglah, siapa lagi. Salmiah kan duduk dengan kita dari kita sampai tadi sampai sekarang" kata Datin Lateefa. Sebenarnya masa dia ke tandas tadi dia sempat berbual sekejap dengan Nureen di dapur. Waktu itu Nureen sedang menjemput adunan cucur jagung masuk ke dalam kuali. Dia bangga dapat menantu yang pandai memasak. Cantik pula tu. Walaupun hatinya sedikit terkilan cara mereka bernikah.
"Mamaaa..." Aisha Husna muncul dengan wajah sememeh, baru bangun tidur. Ditangannya patung teddy bear rona pink dan botol susu yang sudah kosong.
"Ya sayang...mari sini" panggil Nureen.
Anak kecil itu menapak ke arah Nureen lalu dia naik dan tidur diatas riba Nureen.
"Nak susu?" soal Nureen pada Aisha Husna, botol susu yang kosong diambil dari genggaman kanak-kanak itu.
Anak kecil itu menggeleng.
Dato Lutfee dan Datin Lateefa pandang anak kecil itu tak berkelip. Hairan mereka dengan panggilan 'mama' yang keluar dari mulut kanak-kanak itu.
"Cucu saya, anak kepada arwah anak sulung saya" Puan Salmiah faham dengan pandangan bisan barunya itu. "Anak sulung saya meninggal dalam kemalangan bersama isterinya. Ketika itu.. Aisha Husna masih kecil, setahun lebih umurnya" ditenung cucu sulungnya yang tidur diatas ribaan Nureen.
Dato Lutfee dan Datin Lateefa angguk kepala. Faham.. Luth Ambreen hanya memerhati anak kecil itu ditepuk perlahan pinggulnya oleh Nureen. Bonus baginya semalam nikah dah ada anak. Anak kecil itu modal baginya. Strategi sedang dirangka. Dia senyum nakal dalam hati.
"Terima kasih banyak-banyak terima Reen berkerja di Megah Holding" Puan Salmiah pandang wajah Dato Lutfee dan Datin Lateefa. "Gaji yang Nureen terima tiap-tiap bulan itulah dia menyara anak yatim piatu ni. Reen tolak tawaran sambung belajar demi menjaga saya dan Aisha Husna" terang Puan Salmiah.
Dato Lutfee dan Datin Lateefa terharu mendengar pengorbanan yang dilakukan oleh menantu mereka.
"Mama..cape(siapa) tu?" Aisha Husna bangun dari ribaan Nureen. Matanya memandang tetamu yang ada.
Nureen pandang Luth Ambreen, kemudian anak matanya kalih pada ke dua orang tua lelaki itu. Apa aku nak cakap ni? getus hatinya. Lama dia dalam keadaan begitu. Aisha Husna pandang wajah Nureen, menagih jawapan.
"Mama? cape tu?" soal anak kecil itu lagi sambil menggongcang lengan ibu muda itu menagih jawapan.
Nureen masih diam, tak tahu apa yang patut dikatakan.
"Oyang tanye tak nak jawab(orang tanya tak nak jawab). Tak nak tawan mama yah(Tak nak kawan mama lah)" Aisha Husna merajuk.
"Papa Luth!.." lelaki itu menjawab bagi pihak Nureen. Kesian anak kecil itu menunggu mamanya bersuara sampai merajuk.
Semua yang ada disitu pandang Luth Ambreen.
Nureen kerut dahi. Buat dah perangai sengal mamat senget ni, bebel hatinya.
"Betullah tu..yang itu papa Luth, yang ini Tok Ummi, yang ini Atok Walid" kata Dato Lutfee sambil jari telunjuk mengarah kepada Luth, isterinya dan dirinya sendiri.
"Papa?..Yang detat tubur(dekat kubur)tu?" soal Aisha Husna, kurang faham.
"Yang itu ayah dengan ibu Una. Yang ini papa" jelas Puan Salmiah pada cucu sulungnya.
"Una.. mari dekat papa" digamit anak kecil itu. Kan dah kata, Luth dah pasang strategi. Nak ambil maknya kena ambil hati si anak dahulu.
Aisha Husna pandang Luth kemudian ditatap pula wajah Nureen, 'confius' agaknya
"Mamaaa.." Aisha Husna pandang wajah Nureen
"Pegi la, papa panggil tu" kata Puan Salmiah.
Luth gamit lagi anak kecil itu. "Una nak makan ais krim tak?" Tu diaaa Luth dah hulur pancing.
"Ais teyim(ais krim)??..." membulat mata Aishah Husna bila Luth sogokkan dengan makanan kegemarannya. "Nak!..nak!.." teruja ya amat anak kecil itu.
"Kalau nak, mari sini duduk dekat papa, nanti papa bawa Una makan ais krim"
Segera dia turun dari ribaan Nureen. Laju kaki Aisha Husna menapak ke arah lelaki tu. Umpan dah mengena.
"Nak dua, boyeh(boleh)tak papa Luth?" diangkat dua jari depan mata lelaki itu.
"Bolehhh.. banyak pun boleh" balas Luth sambil meriba anak kecil itu.
"Haaa..banyak pun boyeh" lagi membulat mata Aisha Husna. "Cayang(sayang) papa Luth "
Tak boleh jadi..tak boleh jadi. Mamat senget ni nak rasuah anak aku pulak. Mendokol hati Nureen menahan geram.
"Una..jom kita mandi. Comotlah anak mama ni" Nureen buat alasan.
"Tak nak yah, nak itut papa makan ais teyim (Tak nak lah, nak ikut papa makan ais krim)" balas Aisha Husna.
Si kecil sudah berpaling tadah. Habislah kau Nureen, Aishah Husna dah jadi geng mamat senget tu.
**************
Share this novel