BAB 19

Romance Series 66946

Sementara menunggu lelaki itu selesai solat, Nureen Safia duduk dibirai katil. Sesekali ditoleh ke arah suaminya. Sejuk dan tenang hatinya melihat lelaki itu sedang menunaikan suruhan ALLAH.

Nureen teringat kejadian di kedai makan tempohari. Luth langsung tak menceritakan hal perempuan itu padanya. Mungkin suaminya tak sempat lagi nak cerita kot. Eh..kenapa pula aku sibuk nak tahu.

"Dah solat?" soal Luth pada Nureen. Tangan melipat sejadah lalu diletakkan pada hujung katil.

Nureen pandang Luth, senyum segaris diberikan.

"ABC?" soal Luth.

Nureen angguk perlahan. Dia segera bangun dan bergerak ke arah pintu. Luth menangkap lengan isterinya, ditarik gadis itu agar duduk dibirai katil.

"Nak pegi mana?" soal Luth. Dia duduk bersebelahan isterinya.

"Nak keluarlah, kan tuan dah habis solat, Nak buat apa lagi?" jawab Nureen.

"Duduklah kejap, ada benda aku nak cakap dengan kau ni, asyik nak lari je. Aku tak makan kau lah" usik lelaki itu.

"Makan tu...tak rasanya, takut ngap terus" balas Nureen menjeling.

Luth senyum simpul dengan kata-kata isterinya. Agak-agak ngap sekarang boleh tak? Buat bekalan dia outstation.

"Apa dia? cakaplah, senyum-senyum pula" Nureen pandang Luth yang sedang tersenyum itu. Penasaran dia dengan senyuman itu

"Esok aku pegi outstation, mungkin seminggu atau lebih" direnung ke dalam mata isterinya. "Tolong jaga diri kau untuk aku..hmm" suara menggoda penuh harapan

Nureen hanya mengangguk kemudian menunduk.

Tangan Luth meraih tangan Nureen, digenggam erat tangan lembut itu. Satu kucupan dilepaskan pada dahi sang isteri. Nureen tidak mengelak Luth memperlakukannya begitu.

Luth bangun dari duduk, ditarik sekali tangan isterinya untuk bangun. Mereka berdiri mengadap antara satu sama lain.

"Aku sayang kau, hanya engkau pilihan hati aku. Hanya kau saja yang ada dalam hati aku" lunak suara Luth berbicara berkaitan hati dan perasaan.

"Perempuan yang hari tu sia...umphh" terbeliak biji mata Nureen. Bibir Luth menutup bibir isterinya daripada berkata-kata.

Seketika kemudian Luth melepaskan bibir mugil isterinya. "Bekalan.." kata Luth tersenyum nakal.

"Jahat" dijeling lelaki itu. Marah tapi suka.

Tiba-tiba Luth merangkul tubuh isterinya. Dipeluk erat tubuh itu. Berat mahu ditinggalkan isteri kesayangannya yang baru dinikahi.

Nureen terdiam dalam pelukkan lelaki itu, ada getaran halus mendatang. Dadanya berdebar.

Disedut dalam haruman tubuh isterinya, mata terpejam rapat. Sesaat kemudian dilepaskan tubuh itu. Mereka bertatapan.

"Kau sayang aku?" soal Luth.

Nureen diam, tidak tahu apa perlu diperkatakan.

"Aku nanti saat itu" sekali lagi dirangkul isterinya, erat pelukannya.

Kali ini tangan Nureen naik membalas pelukan suaminya. Adakah itu jawapan pada pertanyaan suaminya tadi?

Luth terjeda. Alhamdulillah Ya ALLAH, kau permudahkan segala urusan isteriku..KAU lindungilah dia, doa Luth Ambreen dalam hati.

Lebar senyuman Luth.

********

Dato Lutfee dan Datin Lateefa pandang anak lelaki tunggal mereka. Sambil menikmati hidangan makan malam, Luth tersenyum-senyum. Dia tidak perasan kedua orang tuanya sedang memerhati gelagatnya.

"Dah kenapa tu?" perlahan suara Datin Lateefa menyoal pada suaminya.

"Petang tadikan Luth pegi rumah Nureen, ada la tu yang menyenangkan hati dia" teka Dato Lutfee. Dia faham sangat perangai anak lelakinya itu, kalau berkaitan dengan Nureen, senyum sampai ke telinga.

"Ummi, tambah nasi" dihulur pinggannya pada umminya. Datin Lateefa menyenduk nasi lalu diletak ke dalam pinggan Luth.

"Cukup?" tanya si ibu, mata tak lepas memandang wajah anak lelakinya.

"Cukup ummi" tersenyum-senyum dia.

"Hai..bertambah Luth makan malam ni?" tegur si bapa.

"Ummi masak sedap malam ni"

"Habis tu..hari lain ummi masak tak sedap ke?" sindir Datin Lateefa

"Ishh..ummi ni, hari lain pun sedap jugak. Masakan ummi, best in the world la ummi" Luth memuji umminya.

Apa yang menantu aku buat sampai Luth tersenyum-senyum macam tu sekali. Datin Lateefa memicing matanya ke arah anak lelaki didepannya. Tapi baguslah..dia tumpang gembira bila melihat anak lelakinya gembira.

"Besok Luth pegi dengan Husni ke?" Husni adalah projek manager Megah Holding.

"Tak Walid, Luth pegi dengan driver dulu, Husni kemudian sikit, dia ada hal nak kena settle. Husni naik flight kemudian" jelas Luth pada walidnya.

"Hati-hati" pesan Dato Lutfee.

"InsyaALLAH Walid"

Selesai makan, terus Luth masuk ke biliknya. Telefon bimbit diatas meja kecil tepi katilnya diambil. Ada sepuluh missed call dari Marina.

Dah kenapa pompuan ni, soal hatinya. Terus dia mendail nombor telefon bimbit Marina.

"Kenapa you call I? I tengah dinner tadi"

"Tolong I Luth, I kena ragut" beritahu Marina ditalian.

"Husband you mana?" soal Luth.

"Dia jumpa client" beritahu Marina.

"Habis..kalau wife dia emergency macam ni, tak kan dia nak utamakan client dia jugak"

"Luth..tolong la I.." meleret suara Marina, menggoda sebenarnya.

"Sorry Marina, I tak dapat tolong you, I nak tidur awal. Esok I nak travel jauh" terus Luth mematikan talian.

Sebenarnya dia terfikirkan sesuatu. Marina mahir dalam taekwondo. Kalau setakat peragut cikai-cikai tu, boleh je dia tepis. Lagi pun, masa dia bercakap dalam talian tadi, sunyi saja kedengarannya. Kalau dah kena ragut, selalunya tepi jalan, ada bunyi bising-bising kenderaan. Tak kan kena ragut dalam bilik pula.

Rupa-rupanya perkara yang sebenarnya..

"Jack..dia tak nak datang" beritahu Marina pada lelaki yang dipanggil Jack.

"Tak pe kita fikir plan lain pulak" kata Jack.

"Sempat lagi ke?" soal Marina.

"Boleh je, asalkan dia masuk perangkap kita" balas Jack.

**********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience