Pintu lif terbuka di aras 15. Nureen Safia melangkah keluar lalu dia menapak ke arah bilik penginapannya. Menghampiri biliknya dia perasan ada seseorang mengikutinya.
Segera dia menoleh ke belakang lalu berhenti dari melangkah.
"Kenapa tuan ikut saya?" garang dia bertanya. Marahnya pada Luth Ambreen dalam lif tadi belum reda, ditambah pula lelaki itu mengekorinya pula.
"Eh..siapa ikut kau, jangan perasan boleh tak?" riak berlagak dipamerkan lelaki itu
"Habis tu.. kalau tuan tak ikut saya, tuan buat apa kat sini?. Tuan memang suka stalk saya..kan?"
Luth tayang muka tak bersalah, menjawab pun tidak. Tangannya mengeluarkan sekeping kad seperti kad ATM dari poket seluarnya, dia menghampiri bilik yang bertentangan dengan bilik Nureen lalu diimbaskan kad tersebut pada alat eletronik yang melekat pada pintu bilik.
Pintu bilik bernombor 1521 terbuka, sebelum masuk, Luth Ambreen pandang gadis itu yang dalam keadaan terlopong.
"Tutup mulut tu, kang langau masuk mulut..aku juga yang kena keluarkan"
Terkatup mulut Nureen dengan sindiran Luth Ambreen. Anak mata masih pada lelaki itu. Dia masih dalam keadaan terkejut kerana lelaki itu menginap dibilik yang sama aras dengannya, berhadapan bilik dia pula tu.
Luth Ambreen membatalkan hasrat hendak memasuki biliknya lalu mendekati Nureen Safia, kad imbas ditangan gadis itu diambil, lalu dilayangkan pada alat eletronik pada pintu bilik 1520. Nureen kelu tidak terkata dengan perbuatan CEO Megah Holding itu.
"Dah..masuk. Kau nak solat kan?" lembut nada suaranya, seperti memujuk.
Nureen Safia hanya mengangguk. Anak mata masih pegun pada wajah kacak itu.
"20 minit..nanti aku tunggu kau depan lif"
Nureen Safia mengangguk lagi. Dia seperti di pukau. Luth Ambreen menolak perlahan hujung bahu Nureen Safia hingga gadis itu melepasi pintu biliknya, lalu lelaki itu menarik pintu agar tertutup.
"Kunci pintu" pesannya. Luth kembali ke biliknya untuk menunaikan solat zohor. Senyum manis terbias dibibirnya.
Nureen merenung wajahnya dicermin bilik mandi. Kenapa hatinya rasa sesuatu.
Nureen Safia melangkah ke arah lif, dari jauh kelihatan Luth Ambreen sedang menantinya dihadapan pintu lif.
"Kenapa tuan tak turun dulu?" tanya Nureen.
"Kau nak aku jadi munafik ke?" soalan dijawab soalan tanpa memandang Nureen. Jari telunjuknya menari-nari dipermukaan iPad.
Ishh..mamat ni kan. Malas nak melayan lelaki itu, jarinya menekan punat lif arah turun. Sesaat kemudian pintu lif terbuka. Mereka berdua melangkah masuk. Pintu lif tertutup semula.
"Kau datang sini dengan siapa, husband kau?" soal Luth Ambreen pada Nureen Safia.
"Tak.." dijawab malas, anak matanya hanya terarah pada nombor lif yang semakin menurun nombornya.
"Kau drive sendiri?" tanya Luth lagi.
"Tak.."
"Habis tu.. kau datang dengan duda tu ke?"
Pantas Nureen menoleh ke arah lelaki itu. Renungan tajam dihunuskan pada Luth Ambreen. Mamat ni kan mulut memang puaka betul.
"Tuan ingat saya ni kebulur sangat ke dengan duda gersang tu..hah!. Tak ada maknanya saya nak tumpang dia bagai, naik kereta lembu lagi baik daripada saya naik kereta dia lah." Haa.. ambik kau, puaka sangat mulut tu. "Saya datang sini dengan Kak Shida...puashati" dijeling lelaki yang asyik dengan iPadnya.
Luth Ambreen menaikkan kedua bahu, bibir mulut dijuihkan sedikit. Dalam hati, suka dapat menyakat gadis itu. Sebenarnya dia nampak mereka berdua datang satu kereta. Masa itu dia sedang minum di cafe, kedudukan mejanya tepi dinding kaca cafe hotel itu.
"Kemeja aku kau dah cuci?"
"Dah..balik kursus nanti, saya pulangkan". Sayang sangat baju dia tu, tak inginlah nak simpan. Nureen menceceh perlahan.
"I heard Nureen"
Gulp...telinga lintah rupanya mamat senget mulut puaka ni. Aduhhhh..
"Simpanlah...mana tahu suatu hari nanti kau rindukan aku, baju tu jadi penawarnya" Luth jongket senyum, kaki panjangnya melangkah keluar dari lif.
Dah sampai bawah rupanya, gaduh punya gaduh tak sedari pintu lif dah ternganga.
Memang sengetlah mamat ni, bibir bergerak tanpa suara. Anak mata tepat memandang belakang lelaki itu yang sedang melangkah.
"Nak tidur dalam lif ke?" laung Luth Ambreen dari luar lif.
Bergegas Nureen melangkah keluar dari lif. Tak kuasa nak tidur dalam lif...
*****************
Tangan Kak Shida ligat menyumbat pakaian dan barangan peribadi ke dalam beg. Nureen Safia memerhati dari sofa berkembar dua. Kedua kakinya diangkat dan dilipat bersimpuh diatas sofa tersebut. Kalut sekali tingkah laku Kak Shida Ketika ini.
"Reen..akak minta maaf" Jari menarik zip bagasinya
"Eh..Kak Shida ni, tak pe, Reen faham. Lagi pun esok dah last kursus tu" balas Nureen, dia faham situasi wanita itu ketika ini.
Kak Shida terpaksa pulang awal, dia dimaklumkan oleh suaminya bahawa anak sulung mereka terlibat dalam kemalangan.
"Esok Reen nak balik dengan siapa"
"Akak tak payah risaulah, kan ramai staf Megah Holding, Durrah ada, Kak Salina ada, Kak Min pun, Reen tumpanglah dorang nanti"
"Kau jangan tumpang duda gersang tu pulak, kang ke lain dia bawa kau" pesan Kak Shida. Bimbang juga dia dengan keselamatan Nureen, datang kursus dengan dia, balik entah dengan siapa-siapa pula.
"Ishh..akak ni, Reen pun tak inginlah, daripada tumpang dia, Reen lebih rela jalan kaki...tau" ketawa dia.
"Ewah..ewah..jalan kaki konon, apa kau ingat rumah kau sebelah hotel ni ke?"
Nureen tersengih menayangkan giginya yang tersusun cantik.
"Akak dah siap ke?, jom Reen teman akak sampai kereta"
Hilang saja kereta Kak Shida dari pandangannya, Nureen melangkah untuk kembali ke biliknya.
"Nureen!.." seseorang memanggilnya ketika dia melewati lobi hotel.
Ditoleh ke arah suara itu. "Alamakkk... duda ni lagi." nak larikan diri dah tak boleh.
Lebar senyuman Encik Jalal, kakinya melangkah menghampiri Nureen.
"Nak pergi mana?" soal lelaki itu setelah mendekati gadis idamannya.
"Err..tak ke mana-mana pun" jawab Nureen.
"Kalau macam tu jom teman saya, nak keluar beli barang sikit"
"Emm..Encik Jalal, saya..saya.." tiba-tiba handphone ditangannya berdering, segera dia menjawab.
"Kau buat apa dengan duda gersang tu? Kau masuk cafe sekarang, aku tunggu" Luth Ambreen rupanya ditalian.
Nureen pusing tubuhnya ke arah cafe, bayang lelaki itu dicari. Handphone masih melekat ditelinga.
"Tak payah cari, aku ada je kat cafe ni, kalau tak nak aku dukung kau, baik kau masuk..sekarang!!" tegas suara Luth Ambreen, terus dimatikan talian.
"Nureen cari siapa?" soal Encik Jalal apabila dia melihat gadis itu meninjau ke dalam cafe.
"Errr...kawan saya call, dia nak jumpa saya, dia ada kat dalam cafe tu. Saya pegi dulu ye Encik Jalal" segera Nureen meninggalkan duda gersang itu. Bergegas dia melangkah ke arah cafe.
Liat betul kau dengan aku kan?. Tak pe, suatu hari nanti kau akan melutut merayu pada aku. Azam hati Encik Jalal.
Share this novel