BAB 28

Romance Series 66946

Masuk saja ke dalam apartment suaminya, terus Nureen bersuara.

"Abang kata nak pegi honeymoon? Kenapa datang sini?" dipandang suaminya yang sedang menarik luggage masuk ke dalam bilik utama. Lelaki itu lesap di balik pintu bilik.

Nureen menapak ke arah sofa. Punggung dilabuhkan pada sofa berangkai tiga. Empuk sangat-sangat sofa ni, kata hatinya, tangan mengusap sofa berona coklat muda itu. Ini kali kedua dia berada di apartment mewah milik suaminya. Mata meneliti segenap ruang tamu itu. Dia kagum dengan hiasan dan tatarias kediaman itu. Kemas dan bersih, seperti ada orang yang tinggal disitu pula. Setahu dia suaminya tinggal dikediaman keluarganya.

Semasa pertama kali dia datang ke sini pada malam kes tangkap khalwat tempohari, tidak sempat dia meninjau sekitar kediaman itu. Jangan kata tinjau, jeling pun dia tidak berani waktu itu. Luth Ambreen dengan wajah kusut dan tegang saat itu, mana mampu dia mengangkat muka dan bertanyakan apa-apa.

Nureen bangun, niat dihati mahu menerokai ruang dapur. Ketika melintasi bilik yang ke dua, tergerak dihati mahu meninjau bilik yang pernah dia menginap satu ketika dahulu. Pintu bilik dibuka, anak mata meliar ke segenap bilik itu. Sama..tidak ada yang berubah, kemas dan teratur bilik itu. Pintu bilik ditutup semula.

Kali melangkah menuju ke ruang dapur. Anak mata memerhati susun atur ruangan dapur itu. Luas.. kelengkapan dapur serba mewah. Ini kalau malas juga memasak, tak tahu lah nak cakap. Dengan microwave dan oven melekap didinding. Dapur terbenam dalam kabinet. Peti sejuk sebesar-besar alam. Nak masuk dalam peti sejuk tu pun boleh.

Meja pulau rona kelabu cair menarik minatnya. Nureen mengusap-ngusap permukaan meja itu. Dia suka, cantik sangat, dengan tiga 'bar stool' dibahagian depan meja itu. Sisi kiri dan kanan meja pulau itu terdapat kabinet kecil tidak berpintu, kalau disusun mug atau mangkuk kecil..mesti cantik. Nureen memasang angan.

Bahagian belakang table top itu pula terdapat pintu kabinet berkembar dua. Tangan menarik pintu itu terbuka. Terdapat tiga lapisan tingkatnya. Tingkat bawah tersusun beberapa buah periuk granite jenama Kayuhome. Tingkat tengah dan atas tersusun pinggan serta cawan jenama Noritake bercorak biru dibahagian tepinya. Nureen tersenyum melihat kekemasannya. Bertuah badan..macam orang tua-tua cakap, cuci kaki je.

Ehh..mana Encik suami ni, baru dia perasan, lama dah suaminya masuk bilik, tak keluar-keluar lagi pun. Tidur ke?. Nureen menuju ke bilik tidur utama. Belum sempat pintu dibuka, Luth Ambreen terlebih dahulu menarik pintu dari dalam.

"Abang tidur ke, lama sangat?" tanya Nureen.

"Sakit perut. Pastu abang solat zohor" jawab Luth Ambreen.

"Patutlah lama sangat. Solat tak ajak" Nureen ala-ala merajuk manja giteww.

"Sayang dah boleh solat ke? abang ingatkan sayang ABC lagi?"

Nureen jeling pada suaminya kemudian dia berlalu masuk ke dalam bilik. Patutlah pertanyaannya semasa masuk ke rumah tadi tidak dijawab, kalut nak membuang hajat rupanya.

"Besarnya bilik abang, kalah bilik sayang kat rumah mak" guraunya. Luth mengekori isterinya.

"Untuk sayang juga"

"Bilik mandi boleh buat main futsal!.." kata Nureen ketika tangannya membuka pintu kamar mandi. Pintu kamar mandi ditutup.
Nureen menapak ke arah katil lalu duduk dibirai katil, Luth Ambreen pun melabuhkan punggungnya bersebelahan Nureen.

"Abang tak tinggal sini, tapi rumah abang ni kemas..bersih, macam ada orang pula menghuni kat sini"

"Abang upah orang datang kemas, bersih apa yang patut. Seminggu tiga kali abang minta sepupu Kak Munah datang"

"Sepupu Kak Munah? Kak Munah tea lady kat opis kita tu ke?"

"Yeap. Abang siap pesan pada Kak Munah, jangan ceritakan pada sesiapa pun kat opis tu yang sepupu dia kerja kat rumah abang.

"Patutlah kemas je rumah ni"

"Sepupu Kak Munah tu, suami dia sakit, tak boleh nak kerja, anak-anak masih ada yang sekolah. Mak mertua dia pun uzur, tinggal sekali dengan dorang"

"Alaaa..kesiannya"

"Abang nak pesan pada sayang. Lepas ni sayang jangan ceritakan pada sesiapa pun, demi keselamatan kita semua" pesan Luth pada Isterinya.

Nureen mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Hari tu abang cakap nak pegi honeymoon? tapi kenapa kita datang sini?" Luth janji nak bawa dia pergi honeymoon, alih-alih apartment suaminya yang mereka sampai.

"Kita honeymoon kat sini dululah sayang. Abang sibuk sekarang ni. Nak ambil cuti panjang tak boleh lagi, sayang. Sayang pun tahukan Megah Holding ada dua projek mega. Abang kena pantau selalu projek-projek tu. Tambah pula kita dah kekurangan sorang staf, tempat Jalal tu nak kena ganti secepat mungkin"

"Ok..sayang faham, suami sayang ni sibuk" kedua tangan naik mencubit perlahan kedua pipi Luth Ambreen, digoyang-goyang pipi itu kiri dan kanan.

"Lagi pun sekarang ni abang tak naklah tinggal mak dan Una lama-lama, bimbang. Kalau kita kat sini, apa-apa hal kita segera boleh balik"

"Betul juga cakap abang tu" Dengan apa yang telah berlaku, Nureen faham suaminya masih bimbang tentang keselamatan mereka semua, baik sebelah dia mahupun sebelah mertuanya.

"Abang cadang nak bawa sayang, mak, Una, pegi Mekah, kita buat umrah sama-sama. Nantilah, lepas projek mega tu selesai semuanya."

"Pergi Mekah bang?" membulat mata Nureen mendengar cadangan suaminya. Memang tempat itulah menjadi impian dia dan Puan Salmiah. Nureen pandang suaminya, terharu.

Nureen merapatkan bibirnya ke pipi Luth Ambreen, mahu mencium pipi lelaki itu sebagai tanda terima kasih, tetapi lain pula jadinya.

Tiba-tiba lelaki itu paling wajahnya ke arah Nureen, secara tidak sengaja bibir Nureen tercium bibir suaminya.

Buntang mata Nureen, cepat-cepat dia menarik kembali kepalanya.

"Sayang dah pandai sekarang ye" usik Luth.

"Apa?" malu-malu Nureen dibuatnya. Muka sudah mengebas.

"Sayang dah pandai 'kiss' curi ye" usik lelaki itu lagi.

"Ishhh...abang ni, mana ada. Yang abang tu tiba-tiba paling muka dah kenapa? Sayang nak cium..."

"Cium apa?" Luth cantas kata-kata isterinya. Wajah didekatkan pada si isteri. Raut wajah cantik Nureen dipandang tak lepas.

"Dahlah, sayang nak mandi. Nak solat zohor" kekok dengan renungan itu, ditolak lembut tubuh suaminya, ada rasa segan tiba-tiba bertandang. Lalu dia bangun dari birai katil dan menapak ke arah bagasinya.

Lelaki itu jongket senyum dengan sikap malu-malu kucing isterinya. "Sayang..tak acilah separuh jalan je?" masih lagi dalam mood mengusik.

"Abang, sini tarak aci, mau aci, India pigi la" Nureen berseloroh menutup rasa segannya. Tangan membuka bagasinya.

Luth Ambreen geleng kepala. Loyar buruk juga isteri aku ni.

Dari birai katil Luth pandang Nureen yang sedang mengemas pakaian dalam bagasi itu.

"Sayangggg..." meleret nada suara Luth memanggil.

"Hmmm.." Nureen mengumam, tangan leka menggantung pakaian pada hanger.
Perlahan Luth bangun dari duduk lalu menapak ke arah Nureen. Sampai dibelakang Nureen pinggang isterinya dirangkul dari belakang, bibir mendarat dileher kanan Nureen. Terbuai Luth dengan keharuman dari tubuh isterinya.

Berderau tubuh Nureen dengan perlakuan lelaki itu. "Hmmmm...Abangggg..." bibir yang melekap dilehernya membuatkan Nureen meleret manja.

"Iye..kenapa sayang" bibir yang masih dileher Nureen menghasilkan suara husky menggoda.

"Ahhhhhhhh....." Nureen mendesah. Pakaian ditangan sudah terlepas ke lantai.

Tidak tertahan naluri lelaki Luth mendengar desahan isterinya. Geloranya memuncak hebat. Dikalih tubuh Nureen mengadapnya. Tangan naik ke belakang kepala Nureen, ditarik merapat wajah isterinya, bibir basah Nureen menjadi sasaran bibirnya. Bertaut bibir menyulam cinta antara dua hati.

Tubuh Nureen yang semakin melonglai itu, terus digendong oleh Luth. Dibawa tubuh isterinya ke katil. Diletak perlahan tubuh isterinya disitu. Luth merangkak naik lalu dia menindih tubuh Nureen.

"Assalamualaikum cinta hati abang" direnung jauh ke dalam mata isterinya.

"Waálaikumsalam duhai kesuma jiwa"

Bibir Nureen dipagut lembut, seketika kemudian Luth membenam ulas bibir merekah isterinya. Tidak lama disitu, bibirnya turun ke leher Nureen.

Anak mata Luth melekat pada rantai dileher isterinya. Biarlah rahsia rantai ini hanya dia saja yang tahu. Kalau tidak kerana rantai ini, mungkin sampai ke hari ini, dia tidak dapat menjejaki isterinya dibawa lari oleh Jalal. Alhamdulillah..syukur pada ALLAH kerana memberi ilham padanya untuk meletak peranti jejak pada rantai isterinya.

Mendesah Nureen, akibat mainan bibir Luth dipangkal lehernya. Sedutan demi sedutan asmara sang suami membawa mereka belayar ke lautan cinta yang menyatukan dua hati.

Tamat........

Selesai menunaikan

Trima ksih bnyk² kpd para pembaca. InsyaALLAH kita brjumpa lagi pada nukilan yg seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience