Usai mengisi perut, Nureen bangun hendak ke kaunter bayaran. Tak kan lah nak biar CEO Megah Holding pula bayar apa yang dia makan.
"Nak ke mana?" soal Luth Ambreen.
"Aaa..nak ambil mineral" bohong Nureen.
"Ambil untuk aku sebotol"
"Haa..Okay" balas Nureen. Kakinya meuju ke arah kaunter bayaran. Semasa hendak membayar..
"Kakak punya suami sudah bayar semua" kata cashier restoran itu.
"Eh..ye ke?" Nureen tak puas hati, mungkin cashier tu silap meja agaknya. "Tu..meja yang saya duduk tadi" Nureen tunjuk meja yang dia duduk tadi pada cashier tersebut
"Ya...ya..betul kakak, itu meja sudah bayar. Milo 2, nasi 2, roti tulur sumua sudah bayar" terang cashier itu.
"Oklah kalau macam tu, saya nak bayar ni" ditunjukkan 2 botol mineral ditangannya.
Setelah membuat pembayaran, Nureen beredar dari situ. Hujan kembali reda. Nureen lihat Luth Ambreen sedang berdiri dilaluan menghala ke tempat parking kenderaan, menunggu dia barangkali. Ditangannya payung yang Nureen gunakan tadi.
Alamak! payung dia. Aku terlupa payung tu, aku gantung pada belakang kerusi yang aku duduk tadi.
"Kenapa tuan bay..." belum sempat dia habis bercakap, Luth mencantas.
"Dah...jom"
Amboi mamat senget ni, aku belum habis cakap lagi kot.
Baru nak melangkah, telefon bimbit Nureen berdering. Dia melihat skrin telefon yang sedang bercahaya itu.
"Tuan..kejap ye mak saya call" aku bagi tahu dia.
Lelaki itu mengangguk kemudian dia berlalu ke arah kenderaannya.
Selesai bercakap ditalian, Nureen melangkah ke arah kenderaan majikannya. Entah macamana, ketika dia memijak kaki lima itu, kakinya tergelincir.
"Arghhhh..." Jatuh terduduk dia disitu. "Aduhhhh.." digosok-gosok punggung serta pergelangan kakinya.
Luth Ambreen yang sedang memerhati gadis itu dari dalam kereta, terus meluru keluar dari kenderaannya.
"Kau okey tak ni?" Luth cemas. Melutut dia di depan gadis itu. Dipandang wajah cantik itu. Memerah wajahnya menahan sakit.
"Okey tuan..okey.. okey" suara serak menahan tangis dan sakit. Terkial-kial dia hendak bangun.
"Okey apa macam tu?" balas Luth. Anak mata masih tajam merenung wajah menahan kesakitan.
"Okey..saya boleh ban...arghhh.." tubuhnya dirasakan melayang.
"Degil sangatkan" Luth Ambreen menyauk tubuh Nureen lalu dikendong rapat ke tubuh sasanya.
"Tuan...apa ni?, turunkan saya" Nureen malu dengan perbuatan lelaki itu.
"Kau diam! Nampak longkang tu?" Luth muncung mulut ke arah longkang besar yang tidak jauh dari situ. "Aku sumbat kau kat situ..nak?" tegas suaranya.
Nureen pandang ke arah longkang yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Segera kepalanya digelengkan, takut. Dahlah kakinya sakit, dibuat sungguh mamat senget ni, baru ada akal.
"Tahu takut" kata Luth.
Nureen pandang wajah lelaki itu, tiada riak langsung, selamba je dia mengendong dengan mata terhunus ke depan. Ringan sangat ke aku ni? hati Nureen bertanya.
Tiada siapa yang tahu, Luth sedang menahan gelora jiwanya. Saat dia menyauk dan mengendong tubuh itu, matanya secara tidak sengaja tertacap pada isi mekar didada gadis itu yang beralun-alun pergerakkannya. Sebab tu mata Luth hanya kejung ke depan, tak sanggup nak menatapnya lagi. Bagai nak pecah dadanya menahan gelora jiwa lelakinya.
"Buka pintu"
Tangan kiri Nureen membuka pintu kereta. Luth mengelak sedikit. Dengan menggunakan kakinya, Luth menolak bucu bahagian bawah pintu kereta agar terkuak luas. Hati-hati dia meletak tubuh gadis itu lalu dilaraskan tempat duduk agar lebih selesa.
"Okey..selesa tak, kalau tak..aku nak adjust seat ni" tanya Luth
Nureen hanya mengangguk, malu masih menebal. Kalau boleh dia nak pakai topeng muka agar boleh menutup wajahnya yang sedang membahang ini.
Lelaki itu memasang tali pinggang kaledar pada tubuh Nureen. Setelah dipastikan semuanya dalam keadaan yang baik, Luth menutup pintu sebelah penumpang lalu dia bergerak ke bahagian pemandu.
Nureen Safia memerhati pergerakkan lelaki itu sehingga tubuh sasa itu masuk ke dalam kereta. Belum pernah lagi ada lelaki yang melayannya sebegitu rupa. Dipandang lagi wajah kacak itu. Lama.. Beruntung siapa yang menjadi isterinya. Dah lah kaya, segak, bergaya. Apa orang kata..tall, dark and handsome. Mamat senget ni tak de lah dark sangat. Dark yang sedap mata memandang..haa gitew. Pakej lengkap, semuanya ada pada dia. Ehh..aku puji dia ke? Aku puji mamat senget mulut puaka tu ke?..oh no..oh no..
"Dah habis?" soal Luth Ambreen.
Aku kerut dahi, hairan. "Apa yang habis?" aku soal dia balik.
"Dah habis ke kau scan aku, kalau dah aku nak drive ni"
Nahh..setempek aku kena. Aduh..malunya. Mana topeng..mana topeng. Aku kalih muka ke kiri, pandang ke luar kereta.
"Kita pegi klinik" katanya sambil memandu. "Aku tak tahu kaki kau tu macamana keadaannya, terseliuh ke, patah ke, tulang tercabut ke. Lebih baik pegi klinik"
Agak-agaklah mamat senget ni.. tergelincir je kot, bukannya berlanggar dengan lori kontena nak tercabut tulang bagai. Memang puaka betul mulut si senget ni kan. Tarik baliklah apa yang aku puji tadi tu. Cancell..delete.. whatever lah. Janji puji-pujian tu dah tak valid.
"Hmmm.." itu je jawapan aku, sakit hati.
********
Sampai depan klinik, mamat senget tu minta aku tunggu sekejap dalam kereta, dia nak ambil wheelchair. Tapi apa yang aku sakit hati dengan mulut puaka dia tu, boleh dia tanya aku...
"Kau nak naik wheelchair ke, kau nak aku kendong kau? Manalah tahu kau suka aku kendong kau?"
"Dua-dua tak payah, nak merangkak je masuk dalam klinik tu" hambik kau, ingat mulut kau je puaka. Terus aku buka pintu kereta.
"Tunggu! aku ambil wheelchair" dia tenung aku macam nak telan. Tahu pun sakit hati.
Rezeki..masa kita orang masuk dalam klinik tak ada pesakit lain kecuali aku je. Luth sorong wheelchair aku hingga ke bilik dokter. Aku ingatkan lepas dia hantar aku, dia nak keluar dari bilik dokter tu, rupanya tidak.
"Puan tanggalkan kasut, naik atas katil tu saya nak periksa kaki puan"
Ehh..Jap-jap..apahal puan pulak, aku single mingle lagi kot. Aku pandang Luth. Tak nak keluar sangatkan, nak tunggu juga kat dalam bilik ni, kan dokter tu dah ingat dia tu laki aku.
Luth angkat sedikit kepalanya...maksudnya apa hal?. Luth bangun, wheelchair yang aku duduk digerakkan ke belakang sedikit. Dia berdiri lutut depan aku, lalu tangannya meleraikan simpulan tali kasut sport aku, kasut ditanggalkannya perlahan agar tidak memberi kesan sakit pada kaki aku. kemudian stokin berwarna unggu pudar dilurut turun lalu ditanggalkan. Oh..So sweet..
Sekali lagi Luth mencempung tubuh aku lalu diletakkan atas katil agar dokter dapat membuat pemeriksaan ke atas kaki aku yang cedera.
Saat dicempung aku jegil mata padanya, haram betul... dia buat tak tahu je. Geramnya aku dengan mamat senget ni. Sumpah jadi freezer ok tak?
*******************
Aduhh..Luth Ambreen ni, klu perempuan lain..dah jatuh hati bergolek -golek..
Share this novel